Aksi Sevilla Bertemu Salzburg Dianggap Antara Perlawanan Paling Menarik Dalam Sejarah UCL

Aksi Sevilla bertemu Salzburg dianggap antara perlawanan paling menarik untuk disaksikan dalam sejarah saingan UCL.

Tidak mengejutkan untuk melihat semua perhatian tertumpu ke arah aksi debut Cristiano Ronaldo bersama Manchester United dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Champions League awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, selain aksi kekalahan 2-1 setan merah di tangan Young Boys, pertemuan antara Sevilla bertemu Salzburg sebenarnya jauh lebih menarik untuk ditonton.

Dan walaupun saingan Champions League dianggap antara kejohanan terbesar dalam saingan peringkat kelab di pentas dunia bola sepak, aksi peringkat kumpulan kebiasaannya tidak begitu menarik untuk ditonton.

Walau bagaimanapun, hal itu tidak berlaku pada aksi pertemuan antara Sevilla dan Salzburg dengan kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik untuk ditonton.

Melihat kepada keputusan terikat 1-1, sepertinya tiada apa yang menarik atau mengujakan dalam perlawanan ini, namun sebenarnya telah berlaku pelbagai insiden menarik dan menakjubkan sepanjang 45 minit pertama permainan dalam perlawanan tersebut.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap perlawanan tersebut antara aksi peringkat kumpulan yang paling menarik untuk ditonton dalam sejarah saingan Champions League.

Penyerang Red Bull Salzburg, Karim Adeyemi memenangi tiga penalti hanya dalam tempoh 35 minit perlawanan dilangsungkan.

Hal itu menyebabkan ramai yang bingung dan mempertikaikan bagaimana boleh mereka hanya mampu mencatatkan seri sahaja walau sudah ada tiga peluang untuk menambah jaringan.

Penalti jelas sekali merupakan satu kelebihan untuk mana-mana pasukan yang menerimanya, namun Salzburg gagal untuk memanfaatkan kesempatan tersebut.

Adeyemi gagal menyempurnakan sepakan penalti pertama, dengan Luka Sucic kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti kedua untuk bantu Salzburg mendahului perlawanan.

Luka Sucic kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti ketiga Salzburg, namun beliau gagal untuk menyempurnakan tugasannya.

Sebelum tamat aksi babak pertama permainan, giliran Sevilla pula dihadiahkan dengan sepakan penalti, dan ia berjaya disempurnakan oleh Ivan Rakitic untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Empat penalti sebelum masuk ke bilik persalinan tidak cukup untuk dianggap drama lagi, dengan bintang Sevilla, Youssef En-Nesyri kemudiannya dilayangkan kad merah pada aksi babak kedua permainan, kerana beliau melakukan dive.

Sebaik beliau melakukan taktik kotor tersebut untuk memenangi penalti, pengadil perlawanan melayangkan kad kuning kedua untuknya, seterusnya menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan padang, dan kembali ke bilik persalinan.

Dengan kedua-dua pasukan berdepan dengan kesukaran untuk bermain dalam cuaca hujan lebat, jika kebanyakan perlawanan dalam saingan Champions League seperti ini, ia tentu jadi semakin menarik untuk ditonton.

Aksi babak pertama perlawanan ini dianggap antara yang paling menarik dalam sejarah saingan Champions League dan akan kekal diingati sebagai perlawanan pesta penalti.

Bintang Salzburg, Oumar Solent pula sepertinya bakal mahu melupakan perlawanan ini selepas beliau melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan skuadnya terlepas peluang untuk membawa pulang tiga mata.

Beliau berpeluang untuk menjaringkan gol dengan beliau berada di hadapan gawang gol terbuka, namun berbanding menolak bola masuk ke gawang, Oumar lebih memilih untuk tendang bola keluar dari kawasan permainan.

Empat penalti pada aksi babak pertama, dua darinya gagal menghasilkan jaringan, satu kad merah dan beberapa aksi dungu yang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menjaringkan gol, telah menjadikan perlawanan ini sangat menarik untuk ditonton.

Walau perlawanan ini tidak menyajikan aksi serang menyerang tanpa henti yang menyebabkan peminat terpaku untuk menontonnya, namun drama yang berlaku dalam perlawanan ini bolehlah dianggap menarik untuk disaksikan.

Sumber: GMS

BACA:Β  Panenka Indah Nian Messi Melengkapkan Kebangkitan Sensasi PSG