Lima Jurulatih Dipecat Dek Alasan Yang Unik dan Pelik

Kisah dan berita pengurus atau jurulatih pasukan bola sepak dipecat adalah perkara biasa dan kebiasaannya terjadi kerana kemerosotan prestasi yang teruk namun ada pengurus yang dipecat dengan alasan yang agak unik, pelik serta tidak masuk akal.

Menjadi seorang pengurus atau jurulatih sesuatu pasukan bukanlah tugas mudah. Malah menjadi jurulatih bukan setakat berkisar mengenai 4-4-2, 4-3-3, 3-4-3, 012 ,013, 019 atau 017.

Seorang jurulatih perlu memastikan pemain di bawah kendaliannya mampu untuk menendang dan menahan bola dengan betul, menanduk dengan betul, bergerak ke tempat posisi yang betul.

Dan kalau jurulatih Barcelona mereka perlu mengajar pemain mereka untuk jatuh dengan betul dan jika pengurus pasukan yang merah perlu mengajar cara meraih penalti.

Namun, ramai jurulatih yang gagal mentransformasi pasukan sehingga membawa kepada kejatuhan, lalu dipecat melainkan kalau namanya ialah Arsene Wenger namun tetap ditendang keluar juga.

Ini selalunya yang terjadi lah, jurulatih dipecat kerana prestasi pasukan yang merudum teruk dan terjerumus ke lembah kehinaan.

Namun ada juga sesetengah jurulatih yang dipecat kerana alasan yang agak pelik dan unik, antaranya ialah seperti senarai di bawah.

Leroy Rosenior

Namanya tidak semegah Jose Mourinho atau Antonio Conte, namun pada tahun 2007, dia telah membuat satu rekod sebagai jurulatih yang paling sebentar berkhidmat.

Pada tahun tersebut, kelab Torquay berada dalam proses untuk dijual dan sementara menantikan kelab dibeli, pemiliknya Mike Bateson mahu mencari seorang jurulatih unttuk mengendalikan pasukan buat sementara waktu.

Leroy di sebelah kanan

Cari punya cari, akhirnya Leroy Rosenior dipilih dan telah hadir dalam satu majlis kecil-kecilan untuk memperkenalkannya.

Sedang majlis berlangsung, Batesman mendapat tahu bahawa kelabnya sudah menemui pembeli, lalu segera memecat Rosenior!

Kesian Rosenior. Kena gosok lepas tu kena tinggal. Sungguh jahat orang itu!

Kim Jong Hun

Tuhan sahaja yang tahu dia masih hidup atau tidak. Bagi yang tak tahu, dia adalah ketua jurulatih Korea Utara ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Seperti yang dijangka sebelum pertandingan bermula, Korea Utara gagal meneruskan perjuangan melebihi peringkat kumpulan.

Tetapi, kegagalan tersebut mengejutkan Kim Jong Un – ketika ini masih belum menjadi ketua negara komunis tersebut.

Jong Un sebenarnya jurulatih yang hebat

Bagi Jong-Un, Korea Utara bakal bergelar juara jika dan hanya jika ketua jurulatih, Jong-Hun, mendengar arahan yang selalu diberikannya ketika Piala Dunia berlangsung.

Akhirnya, Jong Hun bukan setakat dipecat, malah dipaksa menjadi buruh binaan! Pelik juga kenapa Jong-Un sendiri tidak menjadi jurulatih. Takut rambut rosak kot.

Iffy Onuora

Pernah dengar tak lembu berselerakan di padang latihan di Wisma FAM? Kalau tak pernah, bagus. Maknanya masih ada penghuni di bangunan wisma tu.

Bekas pengurus Ethiopia, Iffy Onuora telah dipecat kerana lembu berada di tengah padang!

Ounora yang dahulunya bermain untuk Huddersfield telah bersetuju unutk menjadi pengurus pasukan kebangsaan Ethiopia, meskipun jawatan tersebut tidak segah namanya.

Iffy Onuora

Sepanjang di bawah kendaliannya, prestasi pasukan Ethiopia agak memberangsangkan apabila layak ke separuh akhir piala CECAFA, yang setara Piala AFF di Asia Tenggara.

Walaubagaimanapun pada tahun 2011, dia dipecat oleh lembaga kerana dalam laporannya, dia perlu menghalau sekawan lembu sebelum memulakan latihan.

Mungkin ahli lembaga sentap, mereka ingat Onuora cakap diorang lembu.

Tom Docherty

Cinta itu buta, dan bisa membutakan. Begitulah yang berlaku kepada Docherty pada tahun 1977. Mary Brown ialah isteri kepada seorang lelaki bernama Laurie Brown jatuh cinta dengan pengurus Manchester United tersebut, dan rasa cintanya ternyata tidak bertepuk sebelah tangan.

Sejak pertemuan kali pertama, hubungan mereka bertambah akrab hingga ke ranjang. Sebenarnya, Docherty ketika itu juga merupakan suami orang ketika itu.

Tom Docherty sebelah kanan

Menjadikan cerita ini lebih kompleks, Laurie ialah pakar fisioterapi di Manchester United!

Akhirnya hubungan ini diketahui umum sekaligus membawa kepada kejatuhan Docherty di United. Apa yang menarik, mereka masih lagi bersama. Cinta sejati? Mungkin.

Cinta mungkin dibina daripada kehancuran, tetapi mekar di atas kasih sayang. #BukanQalifModen

Sam Allardyce

Sam Allardyce bukan akan berjaya pun sebagai pengurus England. Lagipun, bersama England dia tidak akan berhadapan risiko diturunkan liga, dan dalam perlawanan pertamanya bersama pasukan tiga singa tersebut, Allardyce berjaya mencapai kemenangan.

Pada 26 September 2016, Daily Telegraph menerbitkan video samaran wartawannya yang mengkantoikan Big Sam. Big Sam direkodkan bercakap kepada seorang ‘ahli perniagaan’ yang ingin mencari lubang untuk mengelak daripada undang-undang hak pemilikan pihak ketiga pemain.

Big Sam – pengurus terbaik England

Setelah video tersebut tersebar luar, Allardyce dipecat serta-merta dan digantikan oleh Gareth Southgate.

Rekod Big Sam bersama England? 100% menang! 100% tiada bolos!

BACA:  Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Mengikut Posisi