Lima Pemain ‘Overrated’ Dengan Gaji Tidak Masuk Akal

Dengan pertumbuhan eksponen dalam kepentingan bola sepak setiap tahun, ia menjadi bukti bahawa ada peningkatan yang konsisten dalam penajaan, pendapatan televisyen, dan jualan tiket yang telah di tunjukkan oleh kelab-kelab terbesar.

Sebagai rujukan, edisi terakhir Deloitte Football Money League menyenaraikan kelab-kelab bola sepak terkemuka di dunia menunjukkan bahawa lima pasukan teratas dalam senarai membuat jumlah keuntungan keseluruhan sebanyak $ 3.6 bilion antara mereka pada musim 2018/2019 dan kemudian berakhir dengan $ 300 juta lebih daripada jumlah yang dicatatkan oleh kumpulan yang sama musim sebelumnya.

Dengan peningkatan pendapatan, perbelanjaan juga meningkat dan mereka yang berpendapat bahawa “Game Was Gone” ketika Trevor John Francis menjadi pemain pertama British untuk mencapai £ 1 juta nilai perpindahan pada tahun  1979.

Dan yang mengejutkan pemain di masa kini mampu memperoleh pendapatan setinggi itu hanya dalam masa dua minggu. Seperti kebanyakan bidang lain, dalam bola sepak juga berlaku hal yang sama dari segi penilaian pendapatan berasaskan banyak faktor termasuk pengalaman, keupayaan, dan nilai yang lain sebelum memutuskan berapa bayaran setimpal.

Walau bagaimanapun, diwaktu seseorang pemain itu bermati-matian berusaha dan menunjukkan persembahan terbaik setiap minggu, ada pemain yang sedang bergembira tidak menyumbang apa-apa melainkan menghabiskan duit pasukan untuk gajinya yang tinggi melangit.

Di sini, kita senaraikan lima pemain yang mendapat gaji yang melebihi kemampuan mereka.

# 5 Mesut Ozil (Arsenal) – £ 350,000 seminggu

Arsenal menjadi terkenal di bawah Arsene Wenger, dengan Sikap kedekut mereka untuk membeli pemain ketika ada jendela perpindahan dipercayai menjadi sebab utama mengapa kedudukan mereka sebagai pasukan digeruni satu masa dahulu tidak lagi mereka miliki.

Menariknya mereka telah memecahkan rekod perpindahan kelab mereka untuk menandatangani Mesut Ozil dari Real Madrid pada musim panas 2013 dan dijangka bahawa bekas pemain antarabangsa Jerman itu akan menjadi batu loncatan untuk membawa kelab  kembali ke puncak.

Tiga tahun bersama Madrid, Ozil bersinar bak bintang berkedipan di malam hari dengan teknik permainan yang cantik dan kebijaksanaan beliau dalam mencari ruang serta membuat hantaran yang cantik menjadikan beliau salah seorang playmakers terbaik di dunia. Dan gandingan beliau bersama Ronaldo ketika di Madrid sangat efektif.

Beliau kemudian berjaya mengekalkan aksi persembahan cemerlang beliau ke pasukan Arsenal. Dan beliau juga ketika itu dalam perjalanan untuk memecahkan record Thierry Henry dalam Assist terbanyak dalam satu musim Premier League.

Zaman kejatuhan Unai Emery melihatkan Ozil tidak lagi bermain untuk pasukan utama Arsenal pada musim 2018/19. Ada spekulasi yang menyatakan bahawa beliau sudah mahu keluar meninggalkan Arsenal.

Tetapi selepas beliau kembali mendapat tempat sebagai pemain utama, aksi beliau semakin hambar dan beliau hanya mampu menjaringkan enam gol dan tiga assist daripada 40 perlawanan liga.

# 4 Tanguy Ndombele (Tottenham) – £ 200,000 seminggu

Tanguy Ndombele telah membuat penandatanganan dengan Tottenham Hotspur ketika dia dibeli dengan nilai perpindahan £ 62.8 juta dari Lyon pada musim panas lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu telah membintangi Les Gones selama dua musim di Ligue 1 dan muncul sebagai pemain yang paling dicari di pasaran sebelum Spurs memenangi perlumbaan untuk Menandatangani nya.

Selain dari yuran perpindahan yang tinggi, ketibaan beliau ke Spurs juga menyajikan beliau dengan pendapatan yang lumayan. Beliau menerima gaji yang tertinggi di dalam pasukan dengan nilai yang sama diterima bintang terhebat Spurs Harry Kane.

Apa yang menghairankan adalah bintang yang sudah lama beraksi untuk Spurs serta banyak memberi sumbangan kepada pasukan seperti Christian Eriksen dan Dele Alli memperoleh kurang separuh daripada pendapatan yang Ndombele terima.

Walaupun memiliki gaji yang sangat tinggi, Ndombele belum membuat satu pun tanda penting di kelab utara London, dengan kecederaan dan ketidakpercayaan dari Jose Mourinho membatasi impaknya.

Sejauh ini, dia hanya mampu menyumbang dua gol dan dua assist daripada 24 perlawanan dalam semua pertandingan. Sementara ia juga mendapati dirinya berada di belakang  Harry Winks, Giovani Lo Celso, dan penandatanganan baru Steven Bergwijn di barisan tengah pilihan Mourinho.

# 3 Paul Pogba (Manchester United) – £ 290,000 seminggu

Empat tahun lalu, Manchester United telah melabur besar untuk menandatangani paul Pogba dari Juventus dengan rekod tertinggi di dunia dan disamping itu United juga telah membawa masuk Zlatan Ibrahimovic serta Jose Mourinho, yang sepatutnya membawa kelab itu kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Namun kini Zlatan dan Mourinho telah berlepas dari Old Trafford, Pogba masih kekal tetapi ia tidak berupaya terus beraksi. Pemain antarabangsa Perancis itu sering dilanda kecederaan yang tidak pernah sembuh serta mengakui bahawa beliau berminat untuk beraksi bersama Real Madrid pada musim panas lalu untuk menamatkan perjalanannya di Liga Perdana.

Pemain berusia 26 tahun itu menerima pendapatan yang sangat tinggi berbeza dengan pemain lain yang masih bermain di United. Tetapi lihat saja apa sumbangan yang beliau beri kepada pasukan?

Beliau juga tidak segan untuk menyatakan hasratnya mahu berpindah ke pasukan lain. Adakah beliau seorang pemain yang setia dan wajar menerima pendapatan terlalu tinggi begitu?

Beliau adalah seorang pemenang Piala Dunia bersama pasukan Perancis dan aksinya di United jelas sekali bukan aksi sebenar beliau.

Musim ini, dia hanya bermain dalam tujuh perlawanan Liga Perdana dan hanya berbekalkan satu tahun lagi dalam kontraknya.

United harus memikirkan kerugian yang mereka bakal tanggung dalam membela pemain seperti ini yang tidak menyumbang apa-apa untuk pasukan. Lebih baik United melepaskan sahaja pemain yang menerima gaji yang tidak setimpal dengan sumbangan nya ini.

# 2 Ousmane Dembele (Barcelona) – £ 250,000 seminggu

Ousmane Dembele mempunyai tugas sangat berat yang perlu dilakukan selepas beliau Menandatangani kontrak bersama Barcelona untuk menggantikan tempat Neymar. Memandangkan beliau dibayar dengan harga yang begitu tinggi dan rekod prestasi cemerlang beliau bersama Dortmund jadi harapan yang diletakkan kepada beliau agak tinggi.

Perjuangannya tidak dapat di teruskan dengan kecederaan jangka panjang yang kekal selama sebulan dalam kerjayanya di Barcelona. Dan ini merupakan yang pertama dari beberapa kecederaan serius yang telah menyaksikan pemenang Piala Dunia itu menghabiskan lebih banyak masa di ruang rawatan daripada di padang.

Bagi dirinya sendiri, dalam beberapa keadaan ketika dia boleh beraksi, Ousmane Dembele telah berkembang dan bermain agak baik. Tetapi bagi pemain yang memperoleh pendapatan yang sangat tinggi berjumlah £ 250,000 setiap minggu untuk beraksi lebih dari 60 perlawanan dalam masa tiga tahun itu agak mengecewakan.

Mengharapkan beliau baru-baru ini kembali  dari kecederaan, pemain berusia 22 tahun itu kini diketepikan untuk sepanjang musim ini, menyebabkan Barcelona terpaksa melakukan penandatanganan kecemasan Martin Braithwaite dari Leganes.

Bayangkan sahaja beliau menerima gaji yang begitu lumayan Tetapi beliau hanya menghabiskan masa untuk menerima rawatan. Kesilapan Barcelona juga tidak melihat dahulu rekod kecederaan pemain ini untuk dinilai sebelum meletakkan nilai pendapatan yang begitu tinggi.

# 1 Alexis Sanchez (Inter Milan) – £ 400,000 seminggu

Terdapat adegan kegembiraan yang keterlaluan merentasi media sosial ketika Manchester United  berjaya menambat hati Alexis Sanchez dan memberi kedukaan kepada Manchester City yang juga berebut untuk menandatangani beliau dari Arsenal pada tarikh akhir jendela perpindahan Januari 2018.

Bagaimanapun, selepas dua tahun dari ketibaan pemain kebangsaan Chile itu, peminat yang dahulu teruja kini seakan sudah lupa bahawa Sanchez masih pemain United.

Sanchez menunjukkan aksi yang mantap ketika bersama Barcelona dan Arsenal, namun setibanya beliau di United hanya aksi beliau bermain piano beliau sahaja yang mampu dikenang oleh peminat.

Beliau telah menjadi sebahagian daripada pertukaran pemain yang menyaksikan Henrikh Mkhitaryan pergi meninggalkan United untuk menyertai Arsenal.

Dosa terbesar yang dilakukan oleh United adalah dengan menawarkan gaji yang terlalu lumayan kepada Sanchez. Setan Merah membayar £ 400,000 seminggu kepada beliau.

Pendapatan itu sebenarnya Jauh melebihi pendapatan peman lain di dalam United. Hasilnya, persembahan yang ditunjukkan oleh Sanchez tidak mencerminkan pendapatan tinggi yang beliau terima.

Selama dua tahun di United, Sanchez hanya menjaringkan lima gol dari 45 perlawanan. Kerana tidak menunjukkan aksi yang bagus dan United tidak lagi memerlukan khidmat beliau maka Sanchez telah di pinjamkan ke Inter milan.

Namun United masih lagi membayar 3/4 dari gaji beliau sementara Inter hanya membayar baki £100,000 gajinya. Jika dilihat kepada sumbangan beliau untuk pasukan Inter selama lapan bulan ini ternyata kedua United dan Inter hanya mengeluarkan duit untuk membayar gaji kepada pemain yang tidak mendatangkan keuntungan kepada pasukan.

BACA:  Berapakah Gaji Pengadil Di Piala Dunia 2022?