Lima Pemain Yang Mengharungi Musim Terbaik (Individu) Dalam Sejarah EPL

Premier League boleh dianggap rumah kepada beberapa pemain berprofil tinggi dalam sejarah dunia bola sepak, bahkan ada yang sudah bergelar legenda dalam sukan nombor satu dunia ini.

Peminat sukan bola sepak tidak dinafikan sentiasa terhibur dengan aksi-aksi dan persembahan yang dipersembahkan oleh para pemain dalam saingan liga paling kompetetif ini.

Di Malaysia sendiri, Premier League sudah tentu akan menjadi saingan liga paling digilai ramai walau mereka tidak menyokong England.

Ia kerana saingan bola sepak Inggeris merupakan saingan paling menarik dan telah melahirkan ramai legenda terhebat sepanjang zaman.

Di era bola sepak modern, peminat terhibur melihat aksi legenda seperti Alan Shearer, Didier Drogba, Yaya Toure, Michael Owen, Steven Gerrard, Frank Lampard, David Beckham dan ramai lagi nama besar lain.

Selain terhibur dengan aksi pasukan kegemaran, para peminat turut dihiburkan dengan aksi individu para pemain yang senantiasa mempamerkan rentak persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Walaupun sukan bola sepak merupakan sukan yang dimainkan secara berkumpulan, namun aksi individu yang menakjubkan juga memainkan peranan yang cukup penting.

Persembahan baik seseorang pemain dalam satu kempen itu boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada rakan sepasukannya yang lain untuk turut memberikan yang terbaik.

Berikut merupakan senarai lima pemain yang pernah mengharungi musim terbaik dalam karier masing-masing di pentas saingan Premier League.

Ada antara mereka yang dianggap ‘One season wonder’ dan ada juga yang berjaya konsisten mempamerkan aksi persembahan menakjubkan.

1) Luis Suarez | Liverpool, 2013-14

Apa yang menariknya tentang legenda Liverpool ini, beliau pada musim terbaik dalam kariernya, Suarez sebenarnya telah terlepas lima perlawanan awal kerana menjalani penggantungan.

Beliau juga memikul Liverpool di atas bahunya, dan hampir saja untuk memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 24 tahun pada ketika itu.

Beliau ketika itu terpaksa berdepan hukuman penggantungan sebanyak 10 perlawanan kerana menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic pada musim sebelumnya.

‘El Pistolero’ tampil pada musim 2013/14 dengan membuat 33 penampilan dalam aksi saingan Premier League ketika.

Suarez berjaya mempamerkan aksi dan persembahan yang sungguh menakjubkan pada musim tersebut, dengan menjaringkan 31 gol dan mencatatkan 12 assists.

Pemain kebangsaan Uruguay itu menjadi pemain kedua yang paling banyak menyumbang gol, dengan menjaringkan 43 dari 38 penampilan dalam saingan Premier League.

Punca Suarez kena gantung 10 perlawanan

Beliau memainkan peranan cukup penting dalam membantu Liverpool mencabar kejuaraan liga pada musim tersebut.

Suarez secara puratanya menyumbang satu gol dari setiap 69 minit dalam saingan liga ketika itu, namun beliau gagal membantu Liverpool memenangi liga selepas ketinggalan dua mata dibelakang Manchester City.

Suarez pada ketika itu juga turut berjaya memenangi anugerah kasut emas pertama dan satu-satunya milik beliau dalam saingan Premier League.

Suarez tidak dinafikan merupakan antara pemain paling berprestasi ketika karier beliau di Anfield dan akan sentiasa dikenang sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah beraksi dalam saingan Premier League.

2) Thierry Henry | Arsenal, 2002-03

Legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal itu berada di tahap kemuncak prestasinya pada musim 2002/03 dan mengekalkan persembahan sama pada musim berikutnya ketika membantu Gunners memenangi gelaran dengan tidak terkalahkan.

Thierry Henry berjaya menjaringkan 30 gol dan mencatatkan 6 assists ketika membantu Arsenal mencipta sejarah pada musim 2003/04 dengan memenangi gelaran liga tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.

Namun begitu, musim terbaik beliau sepanjang kariernya di England adalah pada satu musim sebelum itu, iaitu pada kempen 2002/03.

Dari 37 penampilan dalam saingan Premier League pada ketika itu, Henry telah terlibat dalam 44 jaringan (24 gol dan 20 assists) untuk Arsenal.

Legenda Perancis itu telah mencipta rekod baru sebagai pemain yang paling banyak mencatatkan assists dalam satu musim pada penghujung kempen 2002/03.

Rekod tersebut akhirnya berjaya disamai oleh Kevin de Bruyne pada musim 2019/20 dengan ia bertahan dalam tempoh yang cukup lama.

Legenda Arsenal yang memakai jersi bernombor 14 itu masih memegang rekod sebagai pemain paling banyak terlibat dengan gol dari 38 perlawanan dalam saingan Premier League.

Beliau sememangnya antara legenda terhebat sepanjang zaman dalam saingan Premier League dengan memenangi empat kali anugerah kasut emas dari lima musim antara 2001/02 hingga 2005/06.

3) Cristiano Ronaldo | Manchester United, 2007-08

Cristiano Ronaldo benar-benar mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang pemain terhebat dalam generasinya, selepas mengharungi musim yang mengagumkan pada kempen 2007/08.

Sepanjang musim yang sungguh menakjubkan itu, bintang handalan Portugal itu dianggap sebagai salah seorang prospek masa hadapan dalam dunia bola sepak

Cristiano Ronaldo membuktikan yang beliau harus diberi tumpuan selepas terlibat dalam 50 gol dengan menjaringkan 42 gol dan mencatatkan 8 assists dari 49 penampilan untuk Manchester United.

Dengan rekod 31 gol yang beliau jaringkan dalam saingan Premier League ketika itu, Ronaldo secara puratanya telah berjaya menjaringkan satu gol dalam setiap 88.6 minit.

Di usia 22 tahun pada ketika itu, bintang Portugal itu telah membentuk salah satu gandingan trio terhebat dalam sejarah Premier League disamping Wayne Rooney dan Carlos Tevez.

Pada musim 2007/08, beliau berjaya membantu United memenangi gelaran Premier League dan juga Champions League.

Pemenang lima kali gelaran Ballon d’or itu turut menjadi pemain kedua termuda yang berjaya menjaringkan lebih dari 30 gol satu musim dalam saingan Premier League.

Cristiano Ronaldo berjaya memenangi anugerah Ballon D’or pertama beliau pada penghujung tahun tersebut, seterusnya memulakan perjalanan beliau sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman.

4) Mohamed Salah | Liverpool, 2017-18

‘The Egyptian King’ merupakan pemain paling berprestasi dalam saingan Premier League sejak beberapa musim terakhir ini.

Mohamed Salah tidak memerlukan masa yang lama untuk memberikan impaknya dalam saingan bola sepak di liga Perdana Inggeris ini.

Beliau melakukan debut bersama Liverpool pada musim 2017/18, selepas sebelum itu beliau mengharungi karier yang hambar ketika beraksi bersama Chelsea dalam saingan Premier League.

Bintang Mesir itu membuat kemunculan semula dalam saingan liga Perdana Inggeris dengan penuh bergaya dan ia merupakan musim terbaik beliau secara individu.

Pada musim tersebut, Mo Salah berjaya menjaringkan 32 gol dalam aksi saingan Premier League, dan hanya satu gol sahaja yang dihasilkan menerusi sepakan penalti.

Apa yang menariknya, rekod tersebut merupakan rekod terbaik selepas 38 perlawanan yang dilakukan oleh kesemua pemain yang pernah beraksi dalam saingan Premier League.

Beliau bahkan hanya kekurangan dua gol sahaja untuk menyamai rekod Andrew Cole dan Alan Shearer yang menjaringkan 34 gol dari 42 penampilan dalam satu musim di Premier League.

Salah ketika itu berjaya memenangi anugerah PFA Player Of The Year, seterusnya memulakan dominasi trio serangan Liverpool bersama Mane dan Firmino dalam dunia bola sepak Eropah.

Daripada 52 penampilan dalam semua pertandingan pada musim 2017/18, Salah berjaya menghasilkan 44 gol dan turut mencatatkan 14 assists.

Bintang berusia 29 tahun itu menjadi pemain kedua dalam sejarah Liverpool yang berjaya menjaringkan gol terbanyak dalam satu musim, dengan hanya tiga gol sahaja dipisahkan dari Ian Rush yang menjaringkan 47 gol dalam satu musim pada kempen 1983/84.

5) Robin van Persie | Manchester United, 2012-13

‘The Flying Dutchman merupakan antara penandatanganan terbaik United ketika ditandatangani pada tahun 2012 dari Arsenal.

Beliau ketika beraksi bersama Gunners telah menjadi salah seorang penyerang paling prolifik dalam saingan Premier League.

Sama seperti Mo Salah, Robin Van Persie dengan segera menjadi pemain pujaan di Old Trafford dan telah memainkan peranan penting ketika membantu Manchester United menjuarai saingan Premier League pada musim 2012/13.

Legenda yang kini berusia 37 tahun itu telah terlibat dalam 45 gol dengan beliau menjaringkan 30 gol dan mencatatkan 15 assists untuk Red Devils pada musim tersebut.

Ia termasuklah dengan 26 gol dan 15 assists yang beliau catatkan dalam aksi saingan Premier League pada musim yang sama.

Sumbangan beliau telah membantu legenda terhebat sepanjang zaman, Sir Alex Ferguson untuk menjulang gelaran liga ke-20 beliau, sebelum mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak.

Robin Van Persie berjaya memenangi anugerah kasut emas kedua beliau secara berturut-turut ketika itu, seterusnya menulis namanya sendiri sebagai salah seorang pemain paling berjaya dalam sejarah Manchester United.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  5 Jersi Kelab Bola Sepak Paling Bernilai Sepanjang Zaman