Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dianggap sebagai antara pengurus terhebat dalam dunia bola sepak atas apa yang telah beliau buktikan ketika mengendalikan The Reds dan Borussia Dortmund.
Beliau mula mencuri perhatian ramai ketika cemerlang membawa Borussia Dortmund dan diakui sebagai pengurus terhebat dunia selepas kejayaan beliau membawa Liverpool dari pasukan belasahan menjadi sang penakluk dunia.
Pengurus dari Jerman itu memiliki kebijaksanaan yang sungguh menakjubkan dan beliau juga diakui hebat dalam mengendalikan para pemain.
Just a reminder that Jurgen Klopp is performing absolute miracles with this team with a negative net transfer spend and still managed to win the CL + PL.
Best manager in the world and I don’t want to hear anyone else. pic.twitter.com/iabIK4PAUV
— Samue (@SamueILFC) November 8, 2021
Cara beliau mengubah seorang pemain biasa-biasa menjadi bintang besar dalam dunia bola sepak sememangnya diakui oleh ramai pihak, dengan semua bersetuju Klopp mempunyai sentuhan magis yang tersendiri.
Sepanjang kariernya sebagai pengurus kelab, Jurgen Klopp telah melahirkan ramai pemain-pemain berkelas dunia yang mula mencipta nama ketika berada di bawah kendalian beliau.
Robert Lewandowski, Pierre Emerick Aubameyang, Marco Reus, Virgil Van Dijk, Roberto Firmino, Mohamed Salah, Trent Alexander Arnold dan ramai lagi pemain lain yang berjaya mencipta nama ketika beraksi di bawah kendalian Klopp.
Namun begitu, bukan semua pembelian yang beliau lakukan berjaya memenuhi kehendaknya, dengan ada juga beberapa penandatanganan yang gagal untuk Klopp bawa mereka pergi lebih jauh.
🗣 "We don't consider ourselves as the best team in the world"
Jurgen Klopp discusses Liverpool's identity, the challenge of winning and the pressures that come with great expectations. pic.twitter.com/fqbSB5dtG2
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 6, 2021
Dalam erti kata lain, Klopp juga pernah mendapatkan pemain yang gagal, dan karier pemain itu sendiri jatuh merundum ketika beraksi bersama bekas pengurus Borussia Dortmund itu.
Sama seperti pengurus lain, beliau juga turut pernah gagal untuk menaikkan nama pemain berbakat yang ditandatangani olehnya.
Berikut merupakan lima pembelian paling gagal yang pernah dilakukan oleh Jurgen Klopp sepanjang kariernya sebagai pengurus.
1. Ciro Immobile
Pemain penyerang kebangsaan Itali, Ciro Immobile, tidak diragukan sememangnya antara penandatanganan paling gagal yang pernah dibeli oleh Jurgen Klopp.
Beliau ditandatangani oleh Borussia Dortmund dari Torino pada tahun 2014 yang lalu, dengan yuran perpindahan bernilai £16.20 juta.
Ciro Immobile has described Jurgen Klopp as "someone you do not forget”https://t.co/YHGe1PR2sm
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 24, 2020
Pada musim pertama beliau beraksi di bawah kendalian Jurgen Klopp, beliau hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari 24 penampilan dalam saingan Bundesliga.
Ia jelas agak mengejutkan memandangkan Immobile pada musim sebelumnya berjaya menjaringkan 22 gol dari 33 penampilan dalam saingan Serie A bersama Torino.
Selepas berdepan kesukaran ketika beraksi bersama Borussia Dortmund dan Sevilla, Immobile akhirnya kembali beraksi dalam saingan Serie A.
Beliau berjaya membantu Lazio untuk bersaing dalam saingan Serie A sejak musim 2016, dan aksi hebat yang beliau pamerkan sekarang adalah punca mengapa Klopp menandatangani beliau sebelum ini.
🔴 Joao Felix linked
🔴 Ciro Immobile latest
🔴 Klopp on Coutinho
🔴 Trent signs new contractIt's all happening on our #LFC live blog ⬇️https://t.co/uCqcuzpPBe
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) January 19, 2019
Sejak lima tahun terakhir ini, Ciro Immobile telah berjaya menjaringkan lebih dari 100 gol untuk kelab dan negara.
Secara keseluruhannya beliau hanya mampu menjaringkan 10 gol sahaja dari 34 penampilan bersama Borussia Dortmund.
2. Loris Karius
Loris Karius akan terus dikenang sebagai punca kepada kegagalan Liverpool memenangi gelaran Champions League pada musim 2018/19.
The Reds pada ketika itu sedang dalam usaha mereka untuk memburu kejuaraan Champions League keenam mereka, namun dek kerana dua kesalahan yang dilakukan oleh Karius, maka mereka terpaksa akur tewas kepada Real Madrid.
Loris Karius on Jurgen Klopp: “He’s a great guy. If you don’t start, it’s always difficult to like the manager but he’s just a good guy.” pic.twitter.com/ufIIZ00twO
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) October 14, 2021
Kesilapan itu terus dikenang dek kerana beliau melakukannya dipentas yang besar. Beliau juga dianggap kambing hitam selepas kekalahan di tangan Real Madrid itu.
Selepas dari perlawanan itu, Karius terus gagal untuk mendapat kepercayaan dari Jurgen Klopp dan menyebabkan beliau hilang tempat dari skuad utama.
Selepas ketibaan Alisson Becker, Karius terus hilang tempat dan sepertinya beliau tidak mungkin akan kembali beraksi bersama The Reds lagi.
Walaupun nilai yang Liverpool bayar untuk mendapatkan khidmatnya agak murah, namun kesilapan yang beliau lakukan di Kyiv sepertinya terlalu mahal untuk dimaafkan.
Not a sight we ever thought we’d see again…
Loris Karius is back training with Liverpool in Austria, and has said previously he’s willing to stay and be second choice — what should Klopp do with the goalkeeper this summer? pic.twitter.com/MxfwZSCEej
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) August 18, 2020
Tidak ada sesiapa yang boleh beri jaminan yang Liverpool akan menang dalam perlawanan itu jika bukan Karius yang bermain, namun satu hal yang pasti, kesilapan yang beliau lakukan seolah mengakhiri kariernya di Anfield.
3. Adrian Ramos
Adrian Ramos merupakan antara salah seorang pemain yang kariernya merundum ketika beraksi di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Sebelum menyertai Borussia Dortmund, bekas bintang Hertha Berlin itu dianggap pemain muda terbaik dalam saingan Bundesliga.
Jürgen Klopp having a very public row with striker Adrián Ramos at the end of the game at the Emirates. #BvB pic.twitter.com/c1klqu69Yn
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 26, 2014
Pada musim 2013/14 beliau berjaya menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan dan kerana itulah beliau ditandatangani oleh Borussia Dortmund.
Sebaik ditandatangani, pemain kebangsaan Colombia itu gagal untuk menyerlah di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Adrian Ramos hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja sepanjang musim pertama beliau beraksi di Signal Iduna Park.
Ia merupakan satu rekod yang sangat teruk memandangkan beliau pada musim sebelumnya berada di kelompok empat teratas dalam senarai pemenang kasut emas.
Musim terbaik beliau bersama Borussia Dortmund adalah pada musim 2015/16, yang mana beliau pada ketika itu menjaringkan sembilan gol dari 27 perlawanan.
Pemain yang ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £8.73 juta itu gagal untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robert Lewandowski dan kerana itu beliau dianggap antara pembelian paling gagal Jurgen Klopp.
This will be fun
Jürgen Klopp and Adrian #Ramos at his first @BVB training – head to http://t.co/wB5zkRDYsC for more pic.twitter.com/w6fbtlDOmY
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) July 27, 2014
Selepas gagal bersama Borussia Dortmund, Adrian Ramos telah ditandatangani America de Cali di Colombia.
4. Marko Grujic
Marko Grujic telah ditandatangani oleh Jurgen Klopp pada musim panas 2016 dan beliau pada ketika itu dianggap sebagai pemain central midfielder muda terhebat dalam dunia bola sepak.
Liverpool menandatangani bintang Serbia itu dengan yuran perpindahan bernilai £6.3 juta, namun dari segi dana The Reds tidak rugi kerana berjaya menjualnya semula dengan harga lebih tinggi.
In January 2016, Marko Grujić became Jürgen Klopp's first signing as Liverpool manager.
1496 days after making his first appearance for the club, he's scored his first goal. pic.twitter.com/osUJ2C6UTg
— Squawka Football (@Squawka) September 24, 2020
Grujic telah mewakili Serbia sepanjang kariernya ketika remaja dan beliau dianggap sebagai prospek masa hadapan oleh kelab-kelab gergasi Eropah.
Beliau melakukan debutnya bersama Red Star Belgrade di usia 17 tahun pada tahun 2015, dan Grujic turut memainkan peranan penting ketika membantu skuadnya memenangi gelaran liga pada ketika itu.
Beliau pada ketika itu turut berjaya menarik minat kelab-kelab seperti Chelsea, Inter Milan dan Juventus untuk mendapatkan khidmatnya.
Namun Jurgen Klopp berjaya meyakinkan beliau untuk ke Anfield, namun sayangnya pemain midfield itu gagal untuk bersaing dalam merebut tempat dalam skuad utama.
Marko Grujic's path to the #LFC first team has been set out by Jürgen Klopp.
Read the plans for the midfielder: https://t.co/dZvgNopCCN pic.twitter.com/AnCDMkEuJP
— Liverpool FC (@LFC) October 7, 2017
Selepas lima tahun bersama Liverpool, yang mana ia termasuk empat tahun tempoh beliau dipinjamkan, Marko Grujic akhirnya dijual kepada FC Porto pada musim panas baru-baru ini.
5. Dominic Solanke
Dominic Solanke merupakan bakat England yang paling bersinar ketika beliau tiba di Anfield sebelum ini.
Produk akademi Chelsea itu sebelum ini pernah memenangi UEFA European U-17 Championship (2014) dan FIFA U-20 World Cup (2017) bersama skuad England sebelum ditandatangani oleh Jurgen Klopp.
Walaupun penandatanganan beliau tidak memerlukan dana yang besar, namun Solanke sebenarnya pemain yang sangat diharapkan untuk membantu kelab memenangi sesuatu.
Klopp on Solanke: "He's on a fantastic way. He could have played a little bit more confidently but he's a young boy. In a few situations I saw he did differently than he would have in training. It will help him a lot." pic.twitter.com/WxLnyYQwBA
— Liverpool FC (@LFC) December 12, 2017
Beliau bahkan turut pernah memenangi anugerah bola emas ketika beraksi dalam saingan Piala Dunia U-20. Namun sayangnya Solanke gagal bersinar di Anfield.
Dari 27 penampilan dalam semua pertandingan, beliau hanya mampu untuk menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists sahaja.
Beliau kemudiannya sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama Liverpool dan menyebabkan pihak kelab bersetuju untuk menjualnya kepada AFC Bournemouth.
Penyerang berketinggian 6’2 itu berjaya dijual dengan harga £19 juta dan ia sebenarnya satu hal yang agak menakjubkan memandangkan beliau jarang digunakan di Anfield.
Jürgen Klopp on Dominic Solanke, who got an assist on his first PL start for #LFC: "He should have scored! He's fantastic and can improve in pretty much everything. That’s probably the best news. I'm really happy I could give him this opportunity – he's a really good player" pic.twitter.com/rsWHyxERfs
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) November 29, 2017
Walaupun Liverpool berjaya mengaut keuntungan dari penjualan Solanke, namun tidak boleh dinafikan yang beliau merupakan antara pembelian paling gagal Jurgen Klopp.
Sumber: Sportskeeda