Saingan musim 2021/22, ramai pemain-pemain berkelas dunia yang masih bergelut dengan masalah prestasi dan tidak bermain di tahap persembahan terbaik mereka.
Walau ramai pemain yang sedang bergelut dengan masalah prestasi dan kekurangan minit permainan, para peminat pada awal musim ini tetap dihiburkan dengan aksi bintang lain yang sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka.
Satu hal yang pasti, saingan pada musim ini dianggap yang paling sengit untuk semua pasukan yang bersaing dalam lima liga utama di benua Eropah.
PSG transfer window this season:
1. Lionel Messi for free
2. Sergio Ramos for free
3. Donnarumma for free
4. Wijnaldum for free
5. Achraf Hakimi for 70 Million
This is genuinely the best transfer window in football history. pic.twitter.com/zYbvEbDFWS— Malik✪ (@MalikFCB10) August 7, 2021
Hal itu terjadi kerana jendela perpindahan pemain pada musim panas baru-baru ini juga sebenarnya antara yang paling menarik dan terhebat pernah disaksikan.
Pemain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Romelu Lukaku, Jadon Sancho, Raphael Varane, Sergio Ramos, Sergio Aguero semuanya telah melengkapkan perpindahan masing-masing menyertai kelab baru.
Tiada masalah untuk bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menyesuaikan diri beraksi dalam saingan Premier League dan Champions League bersama Manchester United.
Beliau pada ketika ini dianggap sebagai penjaring utama kelab dan Ronaldo berjaya terlibat dengan 50 peratus dari kesemua gol yang dijaringkan oleh setan merah musim ini.
Cristiano Ronaldo needs 8 more goals to reach 50 Goals this year.
He has 14 more games this year.
12 Man United games
2 Portugal games pic.twitter.com/kONh5feAWy— Everything Cristiano (@EverythingCR7_) November 4, 2021
Walau bagaimanapun, pemain seperti Messi, Sancho dan beberapa lagi pemain lain pula, mereka sepertinya agak bergelut dengan kelab baru masing-masing.
Berikut merupakan senarai lima pemain penyerang berkelas dunia, yang kini sedang bergelut dengan masalah prestasi.
1. Lionel Messi
Masalah ekonomi kelab merupakan punca dan sebab utama mengapa Barcelona terpaksa melepaskan Messi untuk mengakhiri karier 21 tahun beliau di Nou Camp, untuk bersama Paris Saint Germain.
Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu disambut dengan penuh meriah oleh para penyokong PSG ketika beliau baru sahaja tiba di ibu kota Perancis itu.
Lionel Messi will miss PSG's Champions League clash against RB Leipzig due to an injury 🤕 pic.twitter.com/3nBc5BOidF
— Goal (@goal) November 2, 2021
Para peminat bola sepak seluruh dunia turut teruja untuk melihat bagaimana hasilnya gandingan Messi, Neymar dan Mbappe bersama Paris Saint Germain, selepas pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu sah menjadi milik PSG.
Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat menakjubkan ketika membantu PSG menewaskan Manchester City 2-0 sebelum ini.
Lionel Messi jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang bersama Paris Saint Germain, terutama sekali ketika beraksi dalam saingan domestik.
Pemain berusia 34 tahun itu telah membuat lima penampilan dalam saingan Ligue 1 sepanjang musim ini, dengan beliau masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol.
Leo Messi has been subbed off at halftime.
PSG trail Lille 1-0… pic.twitter.com/ZNs6vL433D
— B/R Football (@brfootball) October 29, 2021
Walau bagaimanapun, persembahan beliau dalam saingan Champions League sepertinya masih berada di tahap yang terbaik, dengan Messi telah berjaya menjaringkan tiga gol dari tiga penampilan setakat ini.
Messi berjaya menjaringkan gol debutnya ketika beraksi bertemu Manchester City, dan turut berjaya menjaringkan dua lagi gol ketika aksi kemenangan 3-2 menewaskan RB Leipzig.
2. Harry Kane
Ketua pasukan kebangsaan England itu hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester City pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, beliau dilaporkan terpaksa untuk memenuhi permintaan Daniel Levy agar terus kekal bersama Tottenham Hotspur.
Brilliant away support tonight so great to get the win for them and be in the hat for the next round. pic.twitter.com/gqh9q4vn4q
— Harry Kane (@HKane) October 27, 2021
Harry Kane sangat dikenali dengan sikap profesional dan kemampuan beliau menjaringkan gol yang cukup menakjubkan baik untuk negara mahupun kelab.
Walau bagaimanapun, beliau pada musim ini telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar dan jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.
Kane dilihat sangat tumpul sepanjang musim ini, dan ketika beliau beraksi bertemu Manchester United baru-baru ini, beliau hanya mampu mencatatkan satu percubaan sahaja berdepan dengan barisan pertahanan Red Devils yang sedang bermasalah.
Selepas beliau terlepas aksi perlawanan pembukaan Spurs bertemu Manchester City, Kane telah membuat 14 penampilan dari semua pertandingan sepanjang musim ini.
Another blank for Harry Kane this evening, will his new manager be able to get him firing again? 🤔 pic.twitter.com/OEERxnjpqV
— 90min (@90min_Football) November 4, 2021
Beliau berjaya menjaringkan tujuh gol dan mencatatkan satu assists sepanjang tempoh tersebut, dan Kane jelas sekali boleh catatkan rekod yang lebih baik berbanding itu.
Kebanyakan gol yang beliau jaringkan sepanjang musim ini datangnya dari aksi dalam saingan UEFA Conference League.
3. Romelu Lukaku
Selepas kejayaan menjaringkan gol ketika debutnya dalam aksi London derby bertemu Arsenal, Romelu Lukaku gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.
Dari empat penampilan awal sejak beliau ditandatangani, pemain kebangsaan Belgium itu sudah berjaya menjaringkan empat gol dalam semua pertandingan.
Romelu Lukaku will be back in 7-10 days time according to @HLNinEngeland. Which is great news just after the international break. pic.twitter.com/pnFM1UwEb6
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) November 3, 2021
Lukaku kini sudah melalui tujuh perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol, dan hanya mampu mencatatkan satu assists sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Pemain berusia 28 tahun itu berjaya mendominasi saingan liga bola sepak Itali pada musim lalu, dengan beliau cemerlang membantu Inter Milan menjuarai gelaran Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun.
Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk mengukuhkan reputasi yang sama ketika kembali beraksi dalam saingan Premier League musim ini.
🚨 Romelu Lukaku will be back training for Chelsea in 7-10 days ( Kristof Terreur ) pic.twitter.com/NlrGM2BBOo
— Pys (@CFCPys) November 3, 2021
Walau bagaimanapun, Lukaku masih lagi boleh dianggap penyerang paling berkualiti yang mempunyai penyudah yang menakjubkan dalam dunia bola sepak hari ini.
Beliau sejak beberapa minggu kebelakangan ini terpaksa diketepikan kerana berdepan dengan masalah kecederaan.
4. Eden Hazard
Eden Hazard meninggalkan Stamford Bridge sebagai salah seorang pemain sayap terhebat dalam dunia bola sepak era modern ini, namun beliau kini dibayangi oleh bayang-bayang beliau sendiri bersama Real Madrid.
Masalah kecederaan sememangnya punca utama yang menjejaskan prestasi bintang Belgium itu, dan membataskan aksinya bersama Los Blancos.
📸 | Eden Hazard at the end of the match against Elche.
[@DeportesCuatro] pic.twitter.com/5gBsuOAYdY
— Hazard Xtra. (@HazardXtra) November 1, 2021
Walau bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu sepertinya sudah tidak bergelut dengan masalah kecederaan sepanjang musim ini, dengan beliau telah membuat 10 penampilan untuk Real Madrid dalam semua pertandingan.
Beliau hanya mampu mencatatkan satu assists sahaja ketika aksi pertama beliau sepanjang musim ini, dan kemudiannya Hazard gagal memberikan sebarang impak.
Ketua pasukan kebangsaan Belgium itu telah diketepikan dari skuad ketika beraksi dalam perlawanan terpenting mereka musim ini, termasuk aksi El Clasico bulan lalu.
Carlo Ancelotti says he prefers other players over Eden Hazard at the moment 👀 pic.twitter.com/1OpEfsQGT5
— ESPN FC (@ESPNFC) October 27, 2021
Lima dari sembilan penampilan beliau dalam saingan La Liga musim ini merupakan aksi beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.
Hazard kini berada di belakang pemain seperti Karim Benzema, Vinicius Jr, Rodrygo dan Marco Asensio untuk merebut slot berada dalam kesebelasan utama skuad.
5. Jadon Sancho
Manchester United menghabiskan dua jendela perpindahan untuk mendapatkan Jadon Sancho, dengan mereka akhirnya berjaya menandatangani bintang England itu dengan nilai £76.5 juta pada musim panas baru-baru ini.
Jadon Sancho has failed to score or assist in any of his 12 appearances for Manchester United this season.
And now he's lost his place in the England squad. 😩 pic.twitter.com/bOVZoeiY3y
— Squawka Football (@Squawka) November 4, 2021
Pemain muda England itu sebelum ini berjaya mengukuhkan dirinya sebagai pemain penyerang terbaik dalam dunia bola sepak, sepanjang empat tahun kariernya di Signal Iduna Park.
Beliau juga sebelum ini pernah menimba pengalaman beraksi dalam saingan bola sepak Inggeris dengan beraksi bersama Manchester City.
Melihat beliau menyertai Manchester United, jelas sekali ramai pihak yang meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk pemain sayap itu bersinar.
Bintang berusia 21 tahun itu gagal untuk merebut kedudukan dalam kesebelasan utama kelab barunya, dan beliau juga gagal menyumbang sebarang gol selepas membuat 12 penampilan bersama kelab dalam semua pertandingan.
Jadon Sancho told he made "mistake" joining Man Utd amid England snubhttps://t.co/RrL2GsVS03 pic.twitter.com/j2O3F1IBBy
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 4, 2021
Beliau dilihat lebih kerap menghabiskan masa menemani Van de Beek di bangku simpanan, berbanding diturunkan beraksi bersama kesebelasan utama United.
Ole Gunnar Solskjaer baru-baru ini ada melakukan pertukaran taktikal untuk memperbaiki skuadnya, dengan beliau memainkan lima pemain untuk membantu barisan pertahanan.
Sistem tersebut telah menyebabkan pemain sayap hilang tempat, dan seandainya ia dikekalkan, sepertinya semakin sukar untuk Sancho mendapat tempat.