John Stones berjaya memukau para peminat seluruh dunia dengan menunjukkan kemampuan beliau melakukan lompatan anti gravity ketika bertemu Scotland.
Beliau melompat dengan ketinggian yang sungguh mengagumkan dan tidak dapat dicabar oleh mana-mana pemain dalam perlawanan tersebut.
Pertembungan antara dua seteru tertua dunia itu telah dilangsungkan di Wembley awal pagi tadi dan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Huge leap from John Stones but his header crashes against the crossbar. #ENG #SCO pic.twitter.com/1I1fSPKm2p
— Squawka News (@SquawkaNews) June 18, 2021
Pada minit ke-11 permainan, pemain pertahanan Manchester City, John Stones telah memukau peminat seluruh dunia dengan melakukan aksi lompatan anti graviti yang hampir saja merobek gawang gol Scotland.
England pada ketika itu berjaya memenangi sepakan penjuru dan Mason Mount ditugaskan untuk mengambil sepakan tersebut.
Stones yang berada dalam kotak penalti Scotland berjaya menemui ruang kosong untuk menerima bola hantaran dari Mason Mount, dan melompat seperti Michael Jordan ketika kemuncak kariernya.
Bola tandukan beliau berjaya menewaskan David Marshall dengan penjaga gol Scotland itu hanya mampu melihat sahaja bola tersebut menuju ke arah jaring gawang golnya.
Nasib menyebelahi beliau, bola tersebut sekadar singgah di palang dan kembali masuk ke kawasan permainan, sebelum dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Scotland.
John Stones and Jordan Pickford had small clashes in the #ENG vs. #CRO match on Sunday. Stones wanted Pickford to stop the ‘long ball hoofs’ and play from the back.
[via @johncrossmirror] pic.twitter.com/FrfYMVVZaZ
— City Chief (@City_Chief) June 14, 2021
Walaupun Stones gagal menjaringkan gol dari kesempatan tersebut, namun para peminat semuanya kagum dan teruja melihat bagaimana tingginya beliau melompat untuk memenangi bola tersebut.
Para peminat di media sosial memberikan pujian yang menggunung atas kemampuan beliau melakukan lompatan yang sungguh menakjubkan itu.
John Stones out here jumping like a Kangaroo😂😂😂😂
— Duke mee Lira 👑 (@doroo_ish) June 18, 2021
john stones briefly attempting to take flight with that jump
— little baby pinklungs (@djangofetts) June 18, 2021
John stones airways!!! What a jump
— 'Toba Ariyo, MNIOB 👷🏗️🚧 (@Toba_Ariyo) June 18, 2021
Is it a bird? Is it a plane? No, it’s John Stones. Unreal jump that 🔥
— Real Talk Manchester City ⚽️ (@RealTalkMCFC) June 18, 2021
What an insane leap from John Stones. That header deserved to be a goal what a jump. Footballers athleticism nowadays is so breathtaking to watch! #ENG #ENGSCO #EURO2020
— Kenny Mlay (@PapiiKennyy7) June 18, 2021
“Stones tak dinafikan memang ada kelebihan ketika melibatkan perebutan bola di udara, dah banyak kali dia buktikan hal tersebut, tapi kali ni, lompatan dia memang gila.”
“Kalau dalam sukan bola tampar, net mungkin paras kaki dia je waktu dia melompat. Benar-benar manusia hebat yang mampu melawan kuasa graviti.”
“Pemain lain mampu tengok saja ketinggian lompatan dia, langsung tak ada pemain yang boleh cabar dia, terlalu jauh beza ketinggian lompatan dia berbanding pemain lain.”
Begitulah antara komen-komen dari para peminat yang begitu teruja dan kagum melihat ketinggian lompatan Stones dalam perlawanan ini.
A John Stones header against the post is the closest to a goal as England v Scotland is 0-0 at half-time pic.twitter.com/8ci7PT7VOg
— PA Dugout (@PAdugout) June 18, 2021
Stones sebelum ini pernah membuktikan kelebihan beliau dalam memenangi perebutan bola di udara ketika aksi Piala Dunia 2018, yang mana beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika membelasah Panama 6-1 di Rusia.
Dalam aksi pertemuan bertemu Scotland awal pagi tadi, satu-satunya peluang terbaik yang dimiliki oleh England untuk menjaringkan gol adalah peluang dari tandukan anti graviti Stones.
Bintang sensasi Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo sememangnya dikenali dengan kemampuan beliau untuk melakukan aksi lompatan anti graviti, namun beliau kini sepertinya sudah ada pencabar dari England yang turut mempunyai kelebihan yang sama.
John Stones hits the post against Scotland…
England vs Scotland/Group Stage
🏴 #JohnStones/Keep going lads… pic.twitter.com/P411Vedvcl— Man City Fan (@iammancityfan) June 18, 2021
Pada awal bulan lalu, penyerang handalan Everton, Dominic Calvert Lewin, berjaya mencuri tumpuan ramai selepas menunjukkan kemampuan lompatan beliau yang mengagumkan ketika aksi pemanas badan bertemu Austria.
Jentera serangan England dalam perlawanan ini jelas tidak berfungsi dengan baik dan tidak keterlaluan untuk katakan yang Harry Kane langsung tidak menyumbang apa-apa dalam perlawanan ini.
Kane gagal untuk mempamerkan rentak persembahan terbaiknya sepanjang Euro 2020 ini dengan bintang Tottenham Hotspur itu tidak mencatatkan sebarang percubaan selepas turun beraksi dalam dua perlawanan pertama England.
Lebih teruk lagi, ketika aksi babak pertama bertemu Scotland ini, beliau hanya menyentuh bola sebanyak 10 kali sahaja sepanjang 45 minit permainan.
🏴🏴 The oldest international fixture in football ends goalless at Wembley.
John Stones hit post before Lyndon Dykes had a header cleared off line.
Scotland pick up their first point, while England are second in Group D with four points.#EURO2020 pic.twitter.com/cmdBaY4wSe
— Football on BT Sport (@btsportfootball) June 18, 2021
Tidak pasti sama ada beliau sedang runsing memikirkan soal masa depannya, atau apa yang sedang beliau hadapi, apa yang pasti, Kane tidak berada di tahapnya yang terbaik.
England perlu mencatatkan kemenangan dalam aksi pertemuan bertemu Czech Republic selepas ini untuk mengesahkan tempat mara ke pusingan kalah mati.
England tidak boleh kalah kerana Scotland juga berpeluang untuk mara seandainya mereka berjaya menewaskan Croatia dan The Three Lions pula tewas di tangan Czech Republic.
John Stones jumps like Michael Jordan and heads the ball like Jason Lee.
— Kurisu Hotto (@KrisHolt1) June 18, 2021
John Stones with his impression of Michael Jordan, in Space Jam, nearly opening for England #ENGSCO
— HANDS (@Lord_Hands) June 18, 2021
John Stones just leaped like he was Michael Jordan
— D (@dnjmz) June 18, 2021
that was some leap by John Stones … Michael Jordan would be happy with that air-time
— Tony Standing 180 (@TonyDJTStanding) June 18, 2021
Jika England menang, dan mara ke peringkat seterusnya sebagai Juara kumpulan, lawan mereka selepas ini adalah wakil dari kumpulan F.
Mereka bakal bertemu antara Jerman, Perancis dan Portugal di peringkat 16 terbaik nanti, dan jika anak-anak buah Southgate mengekalkan rentak persembahan seperti sekarang, mereka mungkin akan pulang lebih awal.
The names John. John Stones. 👔@josephsinclair x @squaremile_com pic.twitter.com/RlcLjC8wBv
— City Chief (@City_Chief) June 15, 2021
Lebih teruk lagi, jika England tewas di tangan Czech dan Croatia menang dengan jaringan yang besar, maka England akan mengakhiri kempen Euro 2020 di peringkat kumpulan sahaja.