Luis Diaz Terpaksa Rehat Panjang Hingga Tahun Hadapan

Pemain hadapan Liverpool, Luis Diaz terpaksa berehat panjang sehingga awal tahun hadapan selepas mengalami kecederaan menyaksikan tiada aksi dari Diaz dengan tahun ini masih berbaki beberapa bulan.

Situasi terkini Luis Diaz ini pasti memberi tamparan hebat kepada Jurgen Klopp kerana Diaz merupakan antara pemain Liverpool yang konsisten dan bagus disebalik kemerosotan prestasi The Reds.

Sejak menyertai Liverpool pada januari lalu, Diaz meneruskan aksi konsistennya dan sering mendapat tempat dikesebelasan utama.

Pemain kebangsaan Colombia itu setakat ini ini telah menjaringkan tiga gol dan dua assist di liga termasuklah ketika membantu Darwin Nunez menjaringkan gol menentang Arsenal.

Walaubagaimananpun, malang menimpa Diaz sebelum tamat separuh masa pertama apabila mengalami kecederaan angkara terjahan Thomas Partey dan digantikan dengan Roberto Firmino.

Menurut James Pearce, serta laporan dari Colombia, bekas bintang Porto itu kini bersedia untuk terlepas enam hingga lapan minggu akan datang untuk The Reds.

Itu akan membawanya melepasi 13 November, itulah tarikh paling awal untuk Diaz kembali beraksi, tetapi itu merupakan perlawanan terakhir kempen sebelum rehat untuk Piala Dunia.

Dengan Diaz dan Colombia gagal melayakkan diri ke kejohanan di Qatar, ia bermakna dia tidak akan bermain lagi sehingga perlawanan Boxing Day menentang Aston Villa, paling awal.

Satu perkara yang Klopp mungkin dapati sedikit ketenangan ialah jurang masa tanpa perlawanan bola sepak, semasa Piala Dunia, akan memberinya masa yang lebih lama untuk cergas sepenuhnya apabila musim kembali.

Bagaimanapun, dengan kepadatan jadual bagi Oktober dan November sebelum rehat, pemain berusia 25 tahun itu masih akan terlepas 10 perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk perlawanan hujung minggu akan datang menentang Manchester City.

Terdapat berita buruk lagi untuk The Reds pada hari Ahad, dengan Trent Alexander-Arnold terpaksa diganti pada separuh masa, juga kerana kecederaan.

Namun ketiadaan Trent Alexander-Arnold mungkin tidak memberi impak seperti ketiadaan Diaz lantaran prestasi semasa Arnold yang teruk dan menjadi lubuk buat pasukan lawan.

Bercakap selepas perlawanan, Klopp tidak terlalu positif mengenai tekanan dialami Trent Alexander Arnold, telah berkata:

“Selain itu [kecederaan Diaz] Trent juga teruk dengan buku lalinya.”

“Buku lali telah terseliuh, itu tidak bagus. Trent tidak pernah, dalam tujuh tahun, meminta untuk keluar jika dia boleh bermain. Dia terlalu sakit, ia mula membengkak serta-merta, jadi kita perlu lihat.”

Persembahan hakiki di bahagian pertahanan Alexander-Arnold telah dipersoalkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan pemain berusia 24 tahun itu tidak mendapat sebarang masa permainan untuk England pada rehat antarabangsa baru-baru ini.

Kecederaan Kyle Walker kelihatan memberinya jalan kembali ke rancangan Gareth Southgate, tetapi kecederaan ini sekali lagi boleh meninggalkan tempatnya di dalam pesawat ke Qatar yang menimbulkan persoalan.

Kecederaan itu seperti menambah garam ke luka buat Liverpool yang merupakan finalis semua kejohanan musim lalu kerana mereka telah kehilangan mata buat kali keenam dalam hanya lapan perlawanan setakat ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu mendahului 1-0 pada minit pertama menerusi Gabriel Martinelli, Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Darwin Nunez tetapi Bukayo Saka meletakkan pasukan tuan rumah itu kembali di hadapan sebelum separuh masa.

Sekali lagi Liverpool kembali, kali ini apabila Firmino menjaringkan gol penyamaan hanya lapan minit selepas permulaan separuh masa kedua, tetapi Saka menjaringkan penalti ketika berbaki 14 minit, untuk melengkapkan ketiga-tiga mata.

BACA:  Penyokong Liverpool Bengang Sanchez Langsung Tak Dihukum Selepas Rempuh Diaz