Peminat Terharu Melihat Cara Mane Menunjukkan Kasih Sayangnya Terhadap Diaz

Luis Diaz telah dinobatkan sebagai penerima anugerah pemain terbaik ketika aksi dalam perlawanan bertemu Benfica awal pagi tadi.

Diaz pamer aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika membantu Liverpool menewaskan Benfica dalam aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League di Lisbon.

Sadio Mane sendiri sepertinya tak sabar-sabar mahu meraikan kemenangan mereka itu bersama Diaz, dengan beliau dilihat memeluk dan mencium rakan sepasukannya itu selepas tamat perlawanan.

Diaz telah menunjukkan impak yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak dari hari pertama beliau beraksi untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Walau baru sahaja melengkapkan perpindahan dari Porto ke Anfield pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini, namun aksi yang beliau persembahkan nampak seolah-olah beliau sudah bertahun-tahun bersama skuad.

Pemain kebangsaan Colombia yang hampir sahaja menyertai Tottenham Hotspur sebelum memutuskan untuk ke Anfield itu telah mempamerkan aksi yang sangat mengujakan ketika aksi debutnya dalam saingan Premier League.

Jurgen Klopp sendiri bahkan turut terkejut dan terperanjat melihat impak yang ditunjukkan oleh penjaring kedua terbanyak saingan Copa America 2021 itu.

Ketika aksi bertemu Benfica awal pagi tadi, beliau telah mengorbankan dirinya untuk mencatatkan assists yang cantik untuk gol yang dijaringkan oleh Sadio Mane.

Beliau melayangkan badan untuk menanduk bola hantaran Trent Alexander Arnold mencari Sadio Mane yang berada di sebelahnya.

Beliau juga turut berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan ini dengan Diaz cemerlang meledak gol ketiga Liverpool untuk skuad dari Merseyside itu membawa bekalan selesa ke Anfield.

Persembahan mantap dan menakjubkan yang beliau persembahkan dalam perlawanan ini telah berjaya membantu Diaz untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Ketika beliau mahu ditemu bual selepas tamat perlawanan tersebut, Sadio Mane sempat datang mencelah untuk mengganggu temu bual itu dengan menunjukkan kasih sayangnya kepada Diaz.

“Mane nampak betul-betul sayangkan Diaz dan mereka memang nampak sangat akrab. Inilah sahabat.”

“Walau kita sekadar melihat reaksi spontan begini, namun itu sudah cukup untuk menjelaskan yang mereka sememangnya mempunyai hubungan yang sangat akrab.”

“Setiap orang sudah tentu mengharapkan mereka akan ada sahabat seperti Sadio Mane. Mereka sudah tentu bakal membentuk gandingan yang sungguh menakjubkan.”

“Bahasa tubuh yang paling mudah untuk difahami, Mane nampak betul-betul menghargai Diaz dan mereka juga nampak sangat akrab.”

“Sangat comel di mata saya, Mane datang semata-mata untuk memeluk dan mencium Diaz sebelum kembali ke bilik persalinan. Sungguh mengharukan.”

Sadio Mane jelas sekali sangat gembira selepas Luiz Diaz mencatatkan assists yang menakjubkan untuk gol jaringan beliau dalam perlawanan ini.

Hal itu juga menunjukkan yang Diaz langsung tak tamak dengan beliau sendiri pada ketika itu berkesempatan untuk menjaringkan gol, namun beliau memilih untuk beri ruang kepada Mane yang lebih berpotensi.

Sebelum ini ramai yang mempersoalkan tentang siapa yang akan memainkan peranan penting di posisi serangan Liverpool seandainya mereka ketiadaan Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Semuanya kini nampak sudah berubah dengan Liverpool kini memiliki Diogo Jota dan Luiz Diaz yang turut mempunyai kualiti yang hampir sama seperti trio serangan itu.

Liverpool kini memiliki lebih banyak pilihan di posisi serangan dan kualiti mereka tak sedikit pun jatuh jika ada mana-mana pemain yang akan duduk di bangku simpanan.

Gol jaringan Diaz dalam perlawanan ini memberi bekalan selesa kepada Liverpool menjelang pertemuan dalam aksi leg kedua minggu hadapan.

Liverpool kini sedang memburu untuk memenangi gelaran Premier League, FA Cup dan Champions League dengan mereka masih ada di semua pertandingan tersebut.

Lebih menarik lagi, selain bakal berentap dengan Man City dalam saingan Premier League, kedua-dua Liverpool dan The Citizens turut akan bertembung di peringkat separuh akhir saingan FA Cup.

Kedua-dua mereka juga berpotensi untuk bertemu dalam saingan Champions League memandangkan kedua-dua mereka masih ada di kejohanan tersebut.

BACA:  Wolves Pernah Menolak Kesempatan Untuk Tandatangani Darwin Nunez