Wolves Pernah Menolak Kesempatan Untuk Tandatangani Darwin Nunez

Wolverhampton Wanderers pernah menolak kesempatan untuk menandatangani penandatanganan terbaru Liverpool, Darwin Nunez beberapa tahun lalu.

Menurut sumber laporan dari beberapa media, Wolverhampton Wanderers pernah berpeluang untuk menandatangani bintang Uruguay itu pada jendela perpindahan musim panas 2020 yang lalu.

Darwin Nunez sendiri pada ketika itu masih beraksi bersama kelab dari division kedua saingan bola sepak Sepanyol, Almeria.

Selepas ditandatangani dari Amerika Selatan dengan yuran perpindahan bernilai £13 juta, Darwin Nunez berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan di Sepanyol.

Beliau ketika itu berjaya menjaringkan 16 gol dari 30 penampilan dalam aksi saingan La Liga 2.

Pada masa itu juga, Wolverhampton Wanderers sebenarnya sedang dalam usaha mereka untuk mencari pemain penyerang yang baru.

Wolves menghantar pihak scout ke Sepanyol untuk menonton aksi Nunez dan mereka pada ketika itu sangat teruja untuk mendapatkan pemain penyerang Uruguay itu.

Walau bagaimanapun, atas alasan yang masih tidak didedahkan, Wolves pada ketika itu memilih untuk melepaskan sahaja kesempatan untuk menandatangani Darwin Nunez dari Almeria.

Nunez kemudiannya telah ditandatangani oleh gergasi Portugal, Benfica yang sanggup mengeluarkan dana bernilai £20 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Hal ini lebih mengejutkan lagi kerana Nunez sebenarnya seorang pemain yang diwakili oleh Jorge Mendes.

Jorge Mendes merupakan ejen yang telah banyak bekerjasama dengan Wolves sebelum ini dalam urusan jual beli pemain.

Para penyokong Liverpool tentunya berasa lega kerana Wolves tidak menandatangani Nunez, kerana mereka mungkin tidak akan dapat melihat bintang Uruguay itu menyarung jersi The Reds andai Wolverhampton Wanderers mendapatkan khidmatnya terlebih dahulu.

Liverpool sangat terdesak mahu mendapatkan pemain penyerang kerana mereka sedang dalam persediaan mahu mendapatkan pengganti Sadio Mane.

Sadio Mane sudah sah meninggalkan Anfield pada musim panas ini untuk menyertai Bayern Munich.

Liverpool Setuju Jual Sadio Mane Pada Harga £35.1 Juta

Pasukan gergasi Liga England, Liverpool, dilaporkan bersetuju untuk menjual Sadio Mane ke kelab Bundesliga, Bayern Munich pada harga £35.1 juta seperti yang dilaporkan oleh BBC.

The Reds bakal menerima jumlah tetap £27.4 juta, dengan £6 juta duit tambahan daripada penampilan serta £3 juta hasil daripada pencapaian individu serta pasukan.

Sebelum ini Liverpool telah menolak dua bidaan daripada Bayern sebelum kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk perpindahan pemain berusia 30 tahun itu, yang kontraknya bersama pasukan dari Merseyside itu akan tamat pada musim panas tahun hadapan.

Dia menyertai Liverpool dari Southampton pada nilai £31 juta dengan tambahan £2.5 pada tahun 2016.

Sejak itu, Mane telah muncul sebagai pemain yang sangat penting buat kelab dan mencipta gandingan yang hebat bersama Mohamed Salah dan juga Roberto Firmino.

Ketiga-tiga pemain ini membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara UEFA pada tahun 2019 dan menamatkan penantian selama 30 tahun kelab tersebut untuk menjulang trofi kejuaraan liga.

Tahun ini merupakan tahun yang cemerlang buat Mane di mana dia telah memenangi Piala Negara Afrika bersama Senegal, serta membantu kelab memenangi Piala FA dan Piala Carabao.

Pemergian sadio Mane ke Munich dilaporkan untuk menggantikan penyerang unggul, Robert Lewandowski, di mana penyerang antarabangsa Poland tersebut dikatakan ingin meninggalkan Bayern serta dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Statistik Mane

Sejak tiba ke Anfield, Mane telah beraksi di atas padang selama 15,918 minit dalam liga, dan telah menjaringkan 90 gol. Dia juga telah melakukan 1204 sentuhan di dalam kotak penalti.

Bersama Salah, Mane telah memberikan terjemahan baru kepada posisi penyerang sisi, di mana kedua-dua pemain telah menjaringkan gol yang mencecah dua angka secara konsisten selama enam musim, serta 20 gol sekurang-kurangnya dalam empat musim.

Secara totalnya, Mane telah menjaringkan 120 gol buat Liverpool dalam kesemua pertandingan, meletakkannya di tangga ke-14 dalam buku rekod sejarah Liverpool.

Angka-angka ini menguatkan lagi legasinya di Liverpool sebagai seorang tokoh serta legenda.

Secara totalnya, hanya ada tiga pemain yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol liga berbanding Mane sepanjang keberadaannya di Anfield. Jika Salah merupakan penjaring terbanyak, Mane pula boleh diangkat sebagai penjaring gol penting.

Sejak musim 2016-17, Sadio Mane telah menyumbang kepada 63 mata dalam perlawanan di mana gol pemain ini dikira sebagai gol kemenangan. Jumlah mata ini hanya diatasi oleh seorang pemain, Harry Kane dari Tottenham Hotspur.

Salah pula di tangga ketiga di belakang Mane, dengan Pierre Emerick Aubameyang, Jamie Vardy serta Chris Wood masing-masing melengkapkan carta dari tangga keempat sehingga keenam.

Dalam pertandingan piala, Mane juga merupakan watak penting. Terbaru, dia telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan separuh akhir Piala FA ketika menentang Manchester City di Stadium Wembley, sekaligus membawa pasukannya ke perlawanan akhir untuk menentang Chelsea.

Dalam Champions League, statistik kasar menunjukkan Salah telah menjaringkan 33 gol berbanding Mane yang merekodkan 24 gol ketika bersama Liverpool, tetapi penting untuk dilihat bahawa gol Mane adalah termasuk 15 jaringan pada peringkan kalah mati, berbanding Salah yang hanya menjaringkan 11 gol pada peringkat tersebut.

Malah sejak 2016, hanya Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Robert Lewandowski sahaja yang telah merekodkan jaringan yang lebih dalam peringkat kalah mati pertandingan terulung peringkat kelab tersebut.

Sumbangannya kepada kejayaan Liverpool di bawah Klopp adalah lebih mengkagumkan jika mengambil kira kemampuan pemain ini untuk beradaptasi dalam gaya permainannya. Pada 2017, selepas Salah dibeli, Mane mengubah posisinya dari kanan ke sebelah kiri padang, sebelum sekali lagi berubah kepada penyerang tengah selepas Luis Diaz dibeli pada musim lalu.

Setiap posisi dan peranan mempunyai tugas dan memerlukan set taktikal yang tertentu namun Mane dengan begitu bersahaja dapat menyesuaikan diri mengikut kehendak dan arahan daripada jurulatih sekaligus menggambarkan betapga geniusnya pemain ini bermain mengikut kemampuan fizikal dan teknikalnya.

“Dalam segenap sudut, dia adalah kelas dunia,” komen Klopp berkenaan pemain ini.

“Dia selalu berubah demi orang lain tetapi persembahannya tidak pernah menurun,” ujar pundit bola sepak untuk media Britain, Jamie Carragher. “Tak kisah di mana Mane bermain, orang akan nampak hasil yang sama daripadanya. Pemain serangan Liverpool yang lain tak mampu buat cenggitu.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Milner: Liverpool Sudah Bersedia Hadapi Ujian Separuh Akhir Yang Sukar Menentang Barcelona