Lukaku Dan Skuad Denmark Merancang Sesuatu Yang Indah Untuk Beri Penghormatan Kepada Eriksen

Lukaku telah menyiapkan rancangan yang sangat menakjubkan untuk beri tribute kepada Christian Eriksen, ketika aksi pertemuan antara Belgium bertemu Denmark nanti.

Seperti semua sedia maklum, Christian Eriksen telah tumbang ketika penghujung aksi babak pertama permainan bertemu Finland sebelum ini.

Insiden tersebut telah mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat yang merisaukan tahap kesihatan bintang Inter Milan itu.

Beliau dengan tiba-tiba rebah dan para pemain yang melihat Eriksen tumbang terus memanggil petugas kesihatan untuk memeriksa kepadanya.

Ketua pasukan Denmark, Simon Kjaer merupakan individu yang telah menyelamatkan nyawa Eriksen dengan beliau ketika itu memberikan bantuan CPR sementara menunggu petugas kesihatan masuk.

Ketika petugas kesihatan berusaha merawat Eriksen, Kjaer turut meminta rakan sepasukannya yang lain untuk membina tembok manusia bagi memudahkan urusan doktor.

Selepas menerima rawatan di atas padang, Eriksen telah dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang lebih lanjut.

Beliau ketika ini sudah berada dalam keadaan stabil dan para peminat turut merasa lega melihat perkembangan beliau sekarang.

Dua hari lalu, bintang Inter Milan itu telah memuat naik status di laman instagram miliknya, dengan memuat naik gambarnya beserta ucapan selamat kepada rakan sepasukannya.

“Hello semua orang. Terima kasih banyak-banyak atas kebaikan dan ucapan hebat dan kata-kata semangat dari seluruh dunia yang saya terima. Ia sangat bermakna untuk saya dan keluarga saya. Saya baik-baik saja, dan masih dibawah pemantauan. Saya masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan di hospital, tapi saya rasa saya ok.”

“Sekarang, saya akan bersorak untuk mereka dalam aksi perlawanan Denmark selepas ini. Bermainlah untuk semua orang Denmark. Best Christian.”

Sangat menarik untuk melihat beliau kembali pulih dan bersemangat seperti itu, ia juga boleh jadi penambah semangat untuk semua rakan sepasukannya.

Selepas tamat perlawanan yang menemukan antara Denmark dan Finland itu, ayah kepada Kasper, Peter Schmeichel telah meluahkan kemarahannya terhadap UEFA.

UEFA memberi pilihan kepada kedua-dua pasukan untuk meneruskan perlawanan pada hari yang sama, atau disambung semula keesokan harinya jam 12.

Para pemain Denmark awalnya memutuskan untuk tidak mahu bermain selagi mana mereka masih belum dapat perkhabaran tentang Eriksen.

Sebaik mengetahui keadaan Eriksen sudah stabil dan para pemain dapat berhubung dengannya, Denmark memutuskan untuk meneruskan permainan.

Namun begitu, Kasper Schmeichel ketika bersiaran langsung di studio BBC Radio Five Live, telah meluahkan kemarahannya tentang pilihan yang diberikan oleh UEFA.

“Saya ingin menegaskan di sini yang UEFA telah memberikan jalan penyelesaian yang sangat tidak masuk akal.”

“Sesuatu yang mengerikan telah berlaku dan UEFA beri pemain pilihan untuk keluar dan bermain baki 55 minit permainan atau apa saja baki masa itu, atau datang semula esok jam 12.00 pm, maksud saya, pilihan jenis apa yang dia kasi itu?”

“Jadi kamu pulang semula ke hotel, dan seperti kes Denmark kekurangan baki 45 minit permainan, mereka mungkin tak boleh tidur, mereka rasanya memang tak akan boleh tidur kerana trauma melihat insiden itu yang memberi kesan besar kepada mereka dan mereka kena naik bas semula jam 8 nanti untuk habiskan baki permainan.”

“Itu bukan pilihan, itu merupakan keputusan yang mengarut dari UEFA dan mereka sepatutnya berusaha untuk mencari senario berbeza dan tunjukkan sikit rasa belas kasihan, tapi mereka tak lakukan itu.”

Selepas insiden itu berlaku juga, rakan sepasukan Eriksen, Romelu Lukaku telah mendedikasikan gol jaringannya ketika bertemu Rusia kepada bintang Denmark itu.

Sebaik Lukaku berjaya menjaringkan gol, beliau terus berlari ke arah kamera dan menjerit:

“Chris, I Love you.”

Ia merupakan detik yang sungguh beremosi dan indah ditunjukkan oleh penyerang Belgium itu.

Namun Lukaku tidak berhenti setakat di situ sahaja, beliau sebenarnya telah menyediakan sesuatu yang menarik untuk rakan sepasukannya di Inter Milan itu.

Lukaku mahu rakan sepasukannya mengeluarkan bola dari kawasan permainan pada minit ke-10 perlawanan bertemu Denmark nanti, bersempena untuk beri penghormatan pada Eriksen.

“Sebaik minit ke-10 permainan, kami akan mengeluarkan bola untuk beri penghormatan pada dia.”

Jelas Lukaku.

“Beberapa pemain dari negara kami pernah bermain bersama dia, tapi apa yang pasti kami ke sana untuk menang dan itulah yang paling penting sekali.”

Ia bakal menjadi detik yang indah dan beremosi, untuk pemain bernombor 10 Denmark itu. Ia jelas merupakan budaya bola sepak yang sungguh mengagumkan.

Denmark terdesak untuk memenangi perlawanan tersebut bagi membuka ruang kepada mereka untuk mara ke peringkat seterusnya, selepas mencatatkan kekalahan di tangan Finland sebelum ini.

Sementara itu, Belgium juga telah mencatat kemenangan ketika bertemu Finland malam semalam, selepas tewas 3-0 di tangan Belgium sebelum ini.

BACA:  Romelo Lukaku Mahir Menggunakan Lapan Bahasa Utama Dunia