Luke Shaw Dikatakan Sudah Memeluk Islam

Siapa sangka bek kiri Manchester United dan England sebenarnya adalah seorang muslim. Aksi cemerlang Luke Shaw bersama England pada malam tadi membantu negaranya mara ke separuh akhir Euro 2020.

Dalam perlawanan tersebut, Shaw melakukan dua assist, masing-masing untuk Harry Maguire untuk gol kedua England, sebelum satu lagi hantaran lintang dari sebelah kiri yang disempurnakan oleh Harry Kane.

Kali terakhir England mara ke separuh akhir kejohanaan eropah ialah pada 1996 apabila menjadi tuan rumah kejohanan tersebut, sebelum dikecewakan Jerman.

Perpindahan ke Old Trafford

Luke Shaw menyertai Manchester United pada 2014 dengan yuran perpindahan sekitar £30 juta, sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain remaja termahal di dunia pada masa itu.

Bergelut untuk membuktikan keupayaan beliau di era Louis van Gaal, karier Shaw turut dibayangi beberapa siri kecederaan, termasuk patah kaki ketika aksi menentang PSV Eindhoven dalam saingan UEFA Champions League pada musim 2015/16.

Shaw turut tidak lari dari kritikan Jose Mourinho mengenai kesungguhan dan kecergasan beliau, namun kali ini pemain ini berjaya bangkit untuk membuktikan diri kepada pengurus dari Portugal itu.

Malah sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi dibimbing oleh jurulatih dari Portugal itu, nama Shaw masih meniti di bibir Mourinho.

Cabaran dihadapi Luke Shaw

Pemain pertahanan Manchester United, Luke Shaw mengakui karier bola sepaknya hampir berakhir selepas kecederaan patah kaki yang dialaminya pada September 2015.

Shaw mengalami patah di dua bahagian tulang kakinya dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven di pertandingan UEFA Champions League, yang turut menyaksikan Manchester United tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Rentetan kecederaan tersebut, Shaw turut mengalami kecederaan pangkal paha pada musim 2016/17, selepas sebelum itu menjalani pembedahan dua kali berikutan kecederaan yang dialaminya.

Disebabkan itu, Shaw lega kini kariernya seperti dihidupkan kembali, apatah lagi selepas dipanggil kembali untuk menyertai skuad England.

Melalui satu laporan oleh BBC, Shaw berkata:

“Saya menipu sekiranya sepanjang tempoh itu tidak pernah memikirkan untuk menyerah kalah dan menamatkan karier, ujar Shaw.

“Terlampau banyak komplikasin saya alami pada kaki saya, dan ia adalah tempoh yang sukar sepanjang karier saya setakat ini.

“Bagaimanapun sokongan mereka yang berada di sekitar saya, seperti rakan-rakan dan ahli keluarga telah membantu saya untuk melaluinya,” jelas Shaw mengenai siri kecederaan yang dialaminya.

Shaw juga mengakui kecederaan tersebut hampir meragut kakinya itu.

“Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa sebenarnya saya hampir hilang kaki. Saya sendiri hanya mengetahui selepas enam bulan kecederaan patah kaki berlaku apabila doktor sendiri yang memaklumkan kepada saya.

“Pada ketika itu, mereka sudah mahu menghantar saya balik ke Manchester. Dan jika ia berlaku, kaki saya mungkin terpaksa dipotong akibat darah beku dan implikasi lain yang berlaku

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenainya. Dua kesan parut sepanjang kaki saya ini adalah kerana mereka (pakar perubatan) terpaksa menarik keluar untuk membetulkan tulang yang patah.

“Ia menjelaskan betapa serius kecederaan yang saya alami ketika itu.”Hari ini saya sudah melupakan kecederaan tersebut. Saya berasa sangat kuat, dan kaki kanan saya sudah pulih sepenuhnya seperti ianya sebelum tercedera,” tambah beliau lagi.

Luke Shaw sebenarnya seorang Islam?

Pertanyaan adalah Luke Shaw sebenarnya seorang Islam sebenarnya sudah bermula sejak 2017 lagi. Ini kerana pada ketika itu, bek kiri Man Utd ini pernah kelihatan bersama bekas rakan sepasukan di Old Trafford, Adnan Januzaj dan bekas pemain tengah Bojan Krkić bersahur bersama-sama di bulan Ramadhan di Dubai.

Perkara itu berlaku sekitar Mei 2017, dan Januzaj berada di Dubai untuk melakukan persiapan awal sebelum pra musim di bawah kendalian Jose Mourinho pada musim berikutnya.

Malah Luke Shaw juga kelihatan menggunakan jubah sepertimana rakan-rakan yang lain di dalams satu muat naik di media sosial yang menjadi tular.

Tidak dapat dipastikan sama ada Shaw sememangnya adalah seorang Islam, atau sekadar bersama rakan-rakan yang lain untuk bersahur.

Bagaimanapun biodata bekas pemain akademi Southampton itu di salah sebuah portal sukan negara menyatakan Shaw sememangnya seorang muslim.

Pengguna Instagram, Ahmed El-Saraf menyiarkan foto bintang Manchester United bernilai 27 juta pound (RM147 juta) itu memakai jubah dengan kapsyen: “Bersahur bersama rakan seperjuangan.”

Jadi tidak hairan ramai yang beranggapan Shaw kini menganut agama Islam.

Bagaimanapun, setakat itulah sahaja bukti yang dapat dilihat di Internet mengenai Shaw seorang Muslim.

Pemain pertahanan kiri itu sendiri tidak pernah mengesahkan dia seorang Muslim walaupun ada yang menyatakan dia amat berminat untuk mendalami ilmu agama Islam.

Sesetengah laman sesawang Muslim bagaimanapun dengan yakin menyatakan pemain bintang United itu sudah memeluk agama Islam.

Tiada bukti lain yang jelas menyatakan Luke Shaw adalah seorang muslim selain daripada perkongsian ini. Jika benar, ini bermakna agama Islam menjadi agama semakin diterima di Eropah terutamanya England.

BACA:  Persembahan Jadon Sancho Menentang Ukraine Hanya Dinilai Pada 4/10