Luqman Hakim Sertai Njardvik FC Selepas Dijamin Minit Permainan

Pemain bola sepak muda berpotensi negara yang berkelana di Eropah, Luqman Hakim Shamsudin memilih untuk menyertai Njardvik FC selepas dijamin minit permainan dan aksi dalam setiap perlawanan.

Luqman Hakim Shamsudin telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab di liga Iceland, Njardvik FC sebagai pemain pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk.

Njardvik FC adalah kelab yang beraksi di divisyen kedua dalam piramind liga bola sepak Iceland, dikenali sebagai Lengjudeild karla dan ini merupakan satu perkembangan yang sihat buat Luqman Hakim.

Ketibaan Luqman di kelab liga Iceland tersebut diumumkan secara rasmi melalui sebuah video khas yang dikongsi di media sosial yang mengalu-alukan kedatangan pemain muda itu.

Melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke laman sesawang kelab, Njardvik FC berkata Luqman menyertai kelab itu secara pinjaman daripada KV Kortrijk. Njardvik FC turut meluahkan rasa bangga kerana berjaya mengikat seorang pemain yang dianggap seorang pemain yang menarik untuk disaksikan.

“Luqman Hakim menyertai Njardvik!

“Liga bola sepak Njardvik telah mencapai persetujuan dengan kelab Liga Perdana Belgium KV Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim secara pinjaman sehingga musim 2023.”

“Berasal dari Malaysia, Luqman adalah pemain penyerang yang mempunyai jumlah 2 cap untuk Malaysia, serta kap junior yang tidak terkira banyaknya. Luqman yang berusia 20 tahun berada dalam senarai The Guardian daripada 60 pemain paling menjanjikan di dunia pada 2019.”

“Luqman telah menandatangani kontrak dengan KV Kortrijk dari negara asalnya pada 2020 dan sejak itu telah membuat 2 penampilan untuk kelab itu dalam Liga Perdana Belgium. Termasuk dalam satu perlawanan musim ini.”

“Selain itu, beliau pernah bermain untuk pasukan U21 dan pasukan simpanan kelab. Luqman sudah pun tiba di tanah air dan pastinya seronok mengikuti pemain menarik berjersi hijau ini. Liga bola sepak sangat mengalu-alukan Luqman!

Sepanjang musim ini, Luqman hanya pernah melakukan satu penampilan bersama Kortrijk iaitu pada 22 Oktober lalu, apabila beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit akhir permainan menentang Westerloo.

Minit perlawanan dan aksi dalam setiap perlawanan merupakan antara sebab utama mengapa Luqman Hakim mengambil keputusan untuk berhijrah sementara ke Iceland.

Melalui temubual eksklusif Sinar Daily bersama Pengarah bukan eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad, beliau turut mendedahkan Luqman sebenarnya turut menarik minat daripada sebuah kelab divisyen pertama Lithuania.

Namun rundingan di antara kedua-dua pihak berhubung kontrak dan perkara lain yang berkaitan gagal mencapai titik persetujuan.

“Ini sedikit sebanyak menjelaskan mengapa pengumuman perpindahan [secara pinjaman] ke UMF Njardvik tertangguh. Kami menjangkakan beliau berpindah secara pinjaman lebih awal, tetapi ia tertangguh disebabkan rundingan kontrak,” jelas Amin.

“Akhirnya dia [Luqman] memutuskan untuk pergi ke kelab di Iceland. Tambahan, jurulatih menunjukkan minat mendalam untuk mendapatkan Luqman.”

“Walaupun ia adalah kelab yang berada di divisyen kedya, kami dimaklumkan Luqman akan diberikan peluang untuk beraksi di dalam setiap perlawanan, sekali gus membenarkan diri untuk membuktikan sesuatu.”

“Bola sepak Malaysia agak terasing di Eropah. Jadi di sinilah beliau harus bermula untuk membina reputasi sebagai pemain bola sepak yang berasal dari Malaysia.”

Nama: Luqman Hakim Shamsudin

Umur: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 5 Mac 2002

Tempat Lahir: Kelantan

Posisi: Penyerang

Tinggi: 170 Sm

Berat: 59 Kg

Hobi: Berkenalan

Pasukan Kegemaran: Manchester United & Brazil

Pemain Kegemaran: Zico & Shamsudin Mahmmod

Page Kegemaran : The Sukan

BACA:  Nasihat Luqman Hakim Untuk Ekor Harimau Sejati