Nasihat Luqman Hakim Untuk Ekor Harimau Sejati

Pemain kebangsaan Malaysia yang beraksi bersama KV Kortrijk, Luqman Hakim meminta agar para penyokong memberi sepenuh kepercayaan kepada para pemain dan taktikal pengurus.

Dalam aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu UAE kemarin, skuad Harimau Malaya telah diaibkan dengan kekalahan 4-0.

Peminat seluruh negara kesal dengan aksi hambar yang dipamerkan oleh para pemain terutama pemain naturalisasi yang bermain terlalu teruk dalam perlawanan tersebut.

Tak pasti sama ada faktor cuaca terlalu panas atau gugup atau apa saja alasan, namun aksi pemain Malaysia dalam perlawanan itu sungguh mengecewakan.

Farizal Marlias merupakan antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut dengan beliau satu-satunya pemain yang nampak tenang dan berada dalam perlawanan.

Tidak ketinggalan Dion Cools yang juga boleh diberikan pujian atas aksi yang ditunjukkan walau ini merupakan perlawanan pertamanya bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Seorang lagi pemain yang layak dipuji adalah Shafiq Ahmad yang dibawa masuk pada aksi babak kedua permainan dan terus memberikan impak dalam perlawanan tersebut.

Selain dari tiga pemain ini, boleh dikatakan kesemua yang lain tidak berada di tahap persembahan yang terbaik mereka.

Posisi midfield sungguh hambar dengan masing-masing seolah tak tahu peranan dan apa yang perlu dilakukan, dan lebih teruk lagi Malaysia seolah bermain tanpa pemain di bahagian tengah.

Guilherme De Paula merupakan pemain yang paling teruk dikecam dalam perlawanan ini dengan nama beliau trending di laman Twitter dalam tempoh yang agak lama.

Penyokong jelas tidak gembira dan bengang melihat sumbangan pemain naturalisasi yang seolah tidak bermain demi lencana di dada.

Detik beliau gagal menanduk bola dengan betul dalam perlawanan tersebut membuatkan para penyokong bengang dan tak boleh terima beliau menyarung jersi kebangsaan.

Selain tak menanduk bola dengan betul, beliau juga sama sekali tidak mahu terlibat dalam perlawanan ini dan hanya berjalan santai menikmati cuaca panas di bumi UAE.

Bukan hanya peminat, bahkan penyampai Nadi Arena, Hafizal Ahmad, Nizal Jamil dan Shukor Adan turut mengkritik aksi dari De Paula dan pemain naturalisasi yang lain.

Hafizal Ahmad yang dilihat kecewa dengan aksi persembahan skuad kebangsaan Malaysia selepas tamat perlawanan telah menyatakan:

“Semuanya hari ni tak kira apa part pun, tak kira dia pemandu teksi atau dia seorang ustaz sekali pun, semua memberi tumpuan.”

“Tapi realitinya kita tidaklah mengharapkan seperti apa yang dipamerkan, saya memberikan kata khusus ini kepada pemain naturalisasi, khususnya kepada De Paula, yang saya rasa errrrrr umpama lebih baik tak ada daripada ada.

Shukor Adan turut menyatakan yang:

“Sebenarnya bila kita mewakili negara ni, pernah alami benda-benda yang mengaibkan apa semua, tapi bila kita sembang tentang naturalisasi yang kita diberikan, kita carry bendera, kita carry bendera malaysia ni tanggungjawab, jadi kita tau macam mana, maruah kita, kita tau letak dekat mana, jadi jika kita diberi peluang untuk jadi pemain naturalisasi kita kena extra effort dari pemain lain itu yang paling penting.”

“Kita bukan menghukum pemain Malaysia sebenarnya tapi dari aspek aspek yang sepatutnya benda ni tak boleh berlaku lah sebab maruah kita dekat lencana kita bawa ni, kita carry bendera ni jadi tak kisah lah siapa siapa naturalisasi ke local player ke errr perfomance tu bukanlah kita tahu, kita tahu kehebatan UAE kita tahu kita tak nafikan kehebatan UAE tapi bila kita hilang konsentrasi kita dihukum dengan jaringan yang besar, semua orang netizen penyokong-penyokong ni akan ermm question mark.”

Nidzam jamil juga turut sempat memberi sepatah dua kata berkait De Paula dengan menyatakan:

“De paula bukan tak bagus, tapi adakala kita fikir dia seperti…. saya nampak dia sangat malas tau, saya tak suka bercakap buruk tapi saya rasa dia agak malas.

Terbaru, Luqman Hakim tampil menyarankan kepada para peminat supaya memberi kepercayaan penuh kepada para pemain untuk menaikkan moral dan semangat dalam menghadapi perlawanan seterusnya.

Beliau menganggap tiada individu yang boleh dipersalahkan atas kekalahan Harimau Malaya kemarin, dan mengharap para penonton terus memberi sokongan dan tidak menghentam pemain kerana ia boleh menjatuhkan moral pemain tersebut.

“Kita main satu pasukan, kita kalah pun sama-sama, menang sama-sama kan, apa yg coach letak tu kita kena yakin pasukan kita sendiri. Kita tak perlu nak kata dia ni tak patut bermain, dia tu tak patut bermain, tak perlu macam tu.”

“Kita satu pasukan, kita kena support player, kita kena bagi dia sokongan moral, kita kena yakin pada dia, kalau kita tak yakin pada dia mcm mana kita nak main bola kita satu pasukan,”

“Kita main bola ni kita satu pasukan bukan satu satu, lainlah kita main squash kita main badminton, tak boleh la, kita main bola ni 11 orang, dia satu pasukan, kita kena yakin pada player kita, kita kna yakin pada kawan-kawan kita, kalau tak yakin mcm mana kita nak main sebagai satu pasukan.”

“Kira moral tu tak ada dah, semangat satu pasukan tu nak pergi mana? So apa yg diletak oleh coach Tan Cheng Hoe, mana-mana player semua, kita kena yakin pada pemain-pemain kita, kita kena yakin pada kawan-kawan kita, ini bermaknanya kita main bola sepak.”

“Bola sepak ni main 11 org bermaknanya kita main sebagai satu pasukan.”

BACA:  Penyerang KV Kortrijk Jalani Latihan Bersendirian Guna Jersi Selangor