Maguire Bakal Hilang Lilitan Kapten Kerana Dibenci Rakan Sepasukan

Kapten Marvel Manchester United yang terbaik dalam sejarah kelab, Harry Maguire bakal kehilangan lilitan kapten dilengannya yang sado kerana wujud kebencian dikalangan rakan sepasukan.

Untuk rekod Harry Maguire menyertai Manchester United pada Ogos 2019 dan dilantik sebagai ketua pasukan menggantikan Ashley Young berhijrah ke Inter Milan pada januari 2020.

Ole Gunnar Solskjaer membuat keputusan untuk memberikan lilitan ketua pasukan kepada Maguire hanya selepas enam bulan dibeli dari Leicester City dengan harga £80 juta.

Pada ketika itu sehingga ke hari ini masih tidak berkesudahan peminat dan pengulas bola sepak mempertikaikan kenapa Harry Maguire dilantik sebagai kapten.

Bersama pasukan England, Harry Maguire agak cemerlang dan membawa Skuad Tiga Singa ke final EURO 2020 dan bersama Manchester United, Maguire ada memberi impak namun tidak meyakinkan dengan beberapa siri aksi kelakar.

Menurut dakwaan ramai, Harry Maguire juga tidak vokal di dalam padang dan hanya sibuk membetulkan rambut serta tidak mempunyai semangat, aura dan karisma sebagai seorang pemimpin yang mampu menjadi teladan kepada yang dipimpin.

Selepas Manchester United kehilangan Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat, peminat Setan Merah mungkin bakal kehilangan kapten marvel mereka, Harry Maguire yang semakin goyah kedudukannya.

Harry Maguire berkemungkinan besar hanya akan kehilangan lilitan kapten sahaja bukannya akan ditamatkan kontrak atau dijual ke kelab lain. Kalau jual sape nak beli?

Dua hari selepas Manchester United tewas kepada Leicester City pada 16 Oktober 2021 satu perjumpaan telah diadakan diantara para pemain dan juga staf kejurulatihan.

Menurut Paul Hirst, Ole Gunnar Solskjaer secara budimannya meminta para pemain untuk bercakap dan meluahkan isi hatinya untuk memperbaiki prestasi pasukan yang dalam keadaan yang sangat teruk.

Lantaran peluang terbuka yang diberikan oleh Ole sepertimana seorang pemain Manchester United yang dirahsiakan namanya telah bertanya satu soalan yang amat mengejutkan.

Pemain tersebut telah mempersoalkan keputusan Ole Gunnar Solskjaer melantik Maguire sebagai ketua pasukan hanya selepas enam bulan dibeli dari Leicester City dengan harga £80 juta.

Menurut laporan Samuel Luckhurst dari manchestereveningnews.co.uk pula, selain mempersoalkan kenapa Harry Maguire dilantik menjadi ada pemain lain mempersoalkan keputusan Ole.

Pemain yang dirahsiakan juga namanya itu telah bertanya soalan yang menjadi misteri sehingga kini, kenapa Ole tetap menurunkan Fred walaupun tidak bermain dengan baik.

Fred dapat dilihat seperti selalu mati akal di padang ketika beraksi dengan kedudukannya sentiasa kelaut dan tidak bersedia menerima bola serta kerap melakukan hantaran kebelakang walaupun dalam kedudukan menyerang.

Kekurangan penggiliran pemain yang dilakukan Ole turut dipersoalkan. Jesse Lingard yang mempunyai hubungan mesra dengan Ole juga bingung kerana jarang diberi peluang beraksi.

Pemain muda Axel Tuanzebe merasakan dia kurang mendapat sokongan daripada kakitangan kejurulatihan selepas hampir patah semangat selepas menentang Istanbul Basaksehir dan Sheffield United.

Brandon Williams pula tidak berpuas hati kerana tidak dipinjamkan pada Januari dan seperti sudah tiada dalam perancangan.

Diogo Dalot tertanya-tanya mengapa Aaron Wan-Bissaka terus bermula walaupun mengalami penurunan prestasi yang teruk. Telles pun pasti merasai benda yang sama.

Kini Ole sudah tiada dan mungkinkah perkara ini akan berubah kerana Mike Phelan dan Kieran McKenna masih lagi kekal diatas permintaan Michael Carrick.

Roy Keane pasti menjadi insan paling gembira jika Harry Maguire yang beliau label sebagai memalukan, sampah dan robot itu dilucutkan jawatan selaku ketua pasukan.

BACA:  Belum Buat Keputusan, Maguire Mungkin Tolak Tawaran Sertai West Ham