Moyes Dijangka Akan Umum Maguire Sebagai Kapten Baharu West Ham

Bekas bintang Premier League Gabriel Agbonlahor menjangkakan Harry Maguire akan dilantik sebagai kapten West Ham yang baharu sebaik sahaja perpindahan pemain itu ke kelab London itu diselesaikan.

West Ham harus melantik kapten pasukan yang baharu setelah Declan Rice berpindah ke Arsenal.

Dan menurut laporan BBC Sport, The Hammers telah mencapai kata sepakat dengan Manchester United untuk mendapatkan Maguire.

Bercakap kepada talkSPORT mengenai perpindahan pemain itu, Agbonlahor berkata: “Dia [Maguire] melalui tempoh yang sukar di Manchester United kerana menjadi pemain yang sering dipersalahkan.

“Jadi saya berharap ia akan menjadi di West Ham dan ia tidak mengejutkan saya sekiranya dia dijadikan kapten pasukan dan kembali menyinar. Ia akan menjadi pembelian yang amat berbaloi untuk West Ham.

Maguire adalah kapten pasukan Manchester United sejak 2019, sebelum peranannya itu dilucutkan dan digantikan oleh Bruno Fernandes beberapa minggu lalu.

Maguire adalah pilihan paling logik untuk memakai lilitan kapten di West Ham mengambil kira pengalaman yang dimiliki oleh pemain pertahanan itu.

Pemain pertahanan tengah berusia 30 tahun itu beraksi 50 kali untuk England. Kebanyakkan penampilan Maguire di pentas antarabangsa pula adalah di kejohanan-kejohanan utama seperti di Piala Dunia dan Euro.

Walaupun Maguire dilihat bergelut di United selama ini, pemain itu bukanlah pemain baharu dan turut kaya dengan pengalaman beraksi di Premier League.

Perkara yang diperlukan oleh Maguire pada masa ini adalah minit perlawanan yang mencukupi selain kepercayaan daripada pengurus seperti Moyes.

Peluang menyertai West Ham juga pasti mahu dimanfaatkan oleh Maguire untuk memperkukuhkan tempat di dalam skuad England kendalian Gareth Southgate menjelang Euro 2024.

Di United, Maguire bukan lagi pilihan utama Erik ten Hag dan berada di belakang Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Luke Shaw untuk posisi pertahanan tengah.

BACA:  Solskjaer Akhirnya Diangkat Menjadi Pengurus Tetap Manchester United