Bekas pertahanan dan pemain legenda Manchester United, Rio Ferdinand telah melontarkan pandangannya mengenai Harry Maguire yang disifatkannya sebagai perlawanan dan senang menjadi lubuk untuk penyerang lawan.
Pandangan yang dilontarkan Rio Ferdinand kepada Kapten Marvel Manchester United itu bukanlah berbentuk satu kecaman namun lebih kepada analisis permainan Harry Maguire sebagai seorang pemain pertahanan.
Harry Maguire sentiasa menjadi mangsa kecaman dan kutukan serta menjadi kambing hitam apabila Manchester United mendapat keputusan yang tidak diingini malahan jika menang sekalipun Maguire tetap ditroll.
Dalam perlawanan menentang Watford yang berakhir dengan keputusan seri, Harry Maguire tidak beraksi dan selamat dari sebarang kecaman dan Cristiano Ronaldo dilihat menjadi kambing hitam pula.
'Most saves' is a stat usually reserved for goalkeepers in the bottom half of the Premier League because it's logical they face the most shots. But David de Gea leads it with 96, which is both indicative of his return to form and wholly damning for Man Utd allowing so many shots.
— Jamie Spencer (@jamiespencer155) February 21, 2022
Namun tidak dapat dinafikan aksi kelakar Harry Maguire yang tidak masuk akal telah membuatkan reputasinya sebagai pemain pertahanan dan ketua pasukan tercalar teruk.
Dah la ketua pasukan lepas tu kau buat bukan-bukan kat tengah padang. Memang berkicap la kena maki.
Dalam saingan Premier League musim ini, Manchester United telah bolos 34 kali dalam 27 perlawanan dan jika bukan kerana David De Gea sudah pasti jumlah bolos akan berlipat kali ganda.
David De Gea setakat musim ini telah melakukan sebanyaka 98 aksi menyelamat atau save (penjimatan) dan memastikan Manchester United meraih mata demi mata walaupun dalam perlawanan yang sepatutnya mereka tewas.
Rio Ferdinand has questioned whether Harry Maguire has the attributes to play for a ‘top team’.#ManchesterUnited #MUFC #Maguire pic.twitter.com/XkeJ1xIXqY
— The Football Faithful (@FootyFaithfuI) March 1, 2022
Rio Ferdinand dalam satu program bual bicara saluran Youtube Vibe With Five telah membuat satu analisa yang agak mendalam ke atas Harry Maguire dan pada pandangan Rio Ferdinand kelemahan utama Harry Maguire adalah kerana terlalu perlahan.
Kerana kelemahan inilah menjadi sebab kenapa Harry Maguire tidak cocok dengan corak permainan diterapkan oleh Ralf Rangnick. Ferdinand menjelaskan secara mendalam mengapa Maguire bergelut musim ini, terutamanya di bawah Ralf Rangnick.
Ferdinand merasakan Maguire tidak sesuai dengan gaya permainan Manchester United sekarang ini yang lebih pantas. Maguire bergelut untuk beraksi dalam sistem yang lebih laju.
“Gaya permaiannya yang perlahan tidak membenarkan dia [bermain gaya Rangnick]. Dia sentiasa melihat ke belakangnya.” Ujar Rio Ferdinand membuka pembedahan.
“Jika saya seorang penyerang yang pantas atau pemain sayap yang pantas, saya akan berkeliaran di mana Harry Maguire berada.”
'If I'm a quick attacker, I'd hang around Harry Maguire'
Rio Ferdinand says the Man United captain's lack of pace 'is a big weakness' https://t.co/DesCKWmfe7
— MailOnline Sport (@MailSport) February 28, 2022
Ferdinand menjelaskan apa yang diminta Rangnick daripada barisan belakang Manchester United ketika ini. Jurulatih Jerman itu mahu barisan pertahanan meningkat dan memenuhi garisan tengah bagi memenuhi kawasan lawan.
Ragnick mahukan pemain pemainnya melakukan counterpressing ataupun high pressing.
Ini akan menjadikan Manchester United terdedah untuk mencipta situasi satu lawan satu di kawasan sendiri apabila mereka dikenakan serangan balas oleh pasikan lawan mereka.
Situasi itu memerlukan seorang pemain pertahanan untuk bergerak pantas dan Ferdinand merasakan Maguire tidak mempunyai rentak yang dia harapkan bagi bermain sistem itu.
“Untuk semua kualiti yang dia ada dalam permainannya sebagai pertahanan, itu [lambat] adalah kelemahan besar dia dan itulah asas semua pasukan elit, adalah dapat bermain satu lawan satu di garisan tengah.”
Rio Ferdinand has doubts over Harry Maguire’s future because of his lack of pace
— utdreport (@utdreport) March 1, 2022
Seterusnya Rio Ferdinand meragui masa depan Maguire dalam pasukan Manchester United untuk jangka masa panjang. Walaupun Ralf Rangnick tidak menjadi pengurus musim hadapan, namun Rangnick terlibat dalam pemilihan pengurus.
Di mana Rangnick dan Man United sedang dikaitkan dengan pengurus dengan sistem high pressing seperti Mauricio Pochettino, Luis Enrique dan Erik Ten Hag.
Maguire pastinya sedar nama nama pengurus di atas juga menggemari sistem permainan high pressing di kawasan lawan. Jika Maguire tidak dapat memperbaiki gaya permainannya agar menjadi lebih cepat dan pantas, Ferdinand merasakan kapten United itu dalam bahaya untuk tersisish daripada pasukan utama.
“Jadi saya fikir untuk Maguire, dalam jangka masa panjang – melainkan dia boleh meningkatkan rentaknya – mungkin sukar untuknya,” kata bekas pemain pertahanan itu.
Rio Ferdinand says quick attackers should target Manchester United captain Harry Maguire https://t.co/Ny5iMaB7LH
— MANCHESTER UNITED NEWS ⚽️ (@SirAlexStand) February 28, 2022
Harry Maguire merupakan pemain bek tengah yang dibeli Manchester United dari Leicester dengan rekod perpindahan dunia untuk bek tengah beberapa tahun lalu.
Di bawah Ole Gunnar Solskjaer, Maguire dilantik menjadi kapten. Maguire mempunyai kualiti seorang pertahanan yang bagus dan lengkap namun agak sukar untuk bermain diperingkat elit.
Prestasi Maguire dengan pasukan England tidak boleh dipertikaikan malah mampu untuk menjaringkan gol namun bersama kelab aksi sentiasa konsisten dengan aksi kelakar tidak masuk akal.