Pemain pertahanan Harry Maguire menegaskan seorang penyokong sejati tidak akan sama sekali mencemuh pemain pasukan sendiri selepas bekas pemain tengah Liverpool Jordan Henderson menjadi sasaran penyokong England.
Henderson di-boo oleh segelintir penyokong England selepas dikeluarkan oleh Gareth Southgate selepas kemenangan 1-0 ke atas Australia pada Jumaat lalu, dan ketika membantu England menang 3-1 ke atas Itali di pusingan kelayakan Euro 2024.
Bekas kapten Liverpool itu dikecam kerana menyertai kelab Saudi Pro League, Al Ettifaq pada jendela perpindahan musim panas yang lalu.
“Penyokong sejati England tidak akan boo pemain sendiri,” kata Maguire.
“Jangan boo pemain yang mendedikasikan kehidupan mereka untuk bermain dan sanggup berkorban apa sahaja untuk negara ini memperolehi kenangan terindah. Berikan pemain dan keluarga mereka ingatan istimewa [kerana beraksi untuk England].”
Harry Maguire on Jordan Henderson being booed…
🗣 "Proper England fans don't boo players."
📹 @bbcsportpic.twitter.com/uwcFdObRPs
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 18, 2023
Henderson adalah pendukung tegar golongan penyokong kunyit Liverpool ketika masih di Anfield dan menjadi sasaran golongan tersebut kerana berhijrah ke Arab Saudi di mana golongan seperti mereka diharamkan.
Pengurus England Gareth Southgate melabel tindakan penyokong mencemuh pemain sebagai menentang arus logik selepas perlawanan menentang Australia.
“Anda dapat mendengar bagaimana penyokong bersorak dan ada yang mencemuh ketika Henderson masuk ke padang. Mereka ini bukan penyokong England,” tambah Maguire.
Maguire mungkin pemain yang paling memahami apa yang dihadapi oleh Henderson setelah pengalamannya yang sentiasa di-boo oleh penyokong Man Utd dan England sejak beberapa musim lalu.
Bulan lalu Southgate turut menyifatkan kritikan melampau terhadap Maguire sebagai melampau, dan ibunya menganggap ia sebagai perbuatan memalukan.