Malang Terus Melanda De Beek Selepas Beliau Diketepikan Dari Skuad Euro Netherlands

Nasib Donny Van De Beek dari kurang bernasib baik berubah menjadi lebih malang, selepas beliau disahkan terkeluar dari senarai pemain Belanda yang bakal beraksi dalam saingan Euro 2020.

Pemain midfield itu awalnya turut disenaraikan dalam senarai 26 pemain Netherlands pilihan Frank de Boer untuk aksi Euro nanti, walaupun tidak mendapat minit permainan yang cukup di Old Trafford.

Namun begitu, pemain berusia 24 tahun itu telah dibelenggu masalah kecederaan dan tidak mungkin akan dapat bermain di kejohanan Euro nanti.

Netherlands telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa Donny Van De Beek tidak akan beraksi di pentas Euro kali ini.

Dengan tempoh yang tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bermulanya Euro, tidak ada pemain yang akan dipanggil untuk menggantikan Van De Beek.

Netherlands pada Euro kali ini telah ditempatkan dalam kumpulan C bersama Ukraine, Austria dan North Macedonia.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Netherlands, mereka telah menyatakan bahawa:

“Donny Van De Beek terpaksa melupakan saingan European Championship. Pemain midfield Manchester United itu dibelenggu masalah kecederaan.”

“Oleh yang demikian, pemain yang sudah membuat 19 penampilan di peringkat antarabangsa, yang juga kali terakhir beraksi bersama Orange pada Mac dalam aksi pertemuan Netherlands bertemu Gibraltar (7-0), beliau tidak akan beraksi dalam saingan European Championship tahun ini.”

“Jurulatih kebangsaan, Frank de Boer juga tidak akan mencari pemain pengganti untuk menggantikan Van de Beek.”

Satu berita yang tentunya sangat mengecewakan untuk Van de Beek yang tidak dapat beraksi di pentas Eropah tahun ini.

Lebih teruk lagi, beliau juga tidak mendapat tempat dan minit permainan yang cukup bersama Man United sejak ditandatangani dari Ajax pada musim panas lalu.

Beliau ditandatangani dengan nilai £40 juta dan hanya empat kali sahaja diturunkan sebagai kesebelasan dari 19 penampilan bersama setan merah.

Beliau juga hanya beraksi selama 511 minit sahaja dalam saingan liga dan hanya menjadi pengganti kepada pemain seperti Bruno Fernandes, Fred, Scott McTominay, Paul Pogba, Daniel James dan Nemanja Matic di Old Trafford.

BACA:  Solskjaer Tidak Mahu Ada Anak Buahnya Yang Merajuk