Malang Untuk Costa Jaringkan Gol Sendiri Dan Gagal Sempurnakan Penalti

Diego Costa melalui detik lapan minit yang sangat teruk ketika beraksi untuk Atletico Madrid bertemu Barcelona dalam perlawanan wajib menang buat gergasi Catalan itu.

Beberapa minggu lalu, skuad kendalian Quique Setien dilihat berada di belakang seteru utama mereka, Real Madrid dalam kedudukan carta La Liga.

Barcelona dan Real Madrid kini dalam perebutan untuk merebut takhta kejuaraan saingan La Liga dan Selasa lalu, Barca turun bertemu Atletico dalam perlawanan wajib menang untuk mereka.

Pada minit ke-11, Diego Costa menjaringkan gol sendiri selepas secara tidak sengaja menahan bola hasil sepakan penjuru dari Lionel Messi ke gawang golnya sendiri.

Hal semakin teruk untuk bekas pemain Chelsea itu lapan minit selepas menjaringkan gol sendiri beliau gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti untuk pasukannya.

Yannick Carrasco dijatuhkan oleh Arturo Vidal dalam kotak penalti dan Atletico Madrid dihadiahkan sepakan penalti. Diego Costa dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan tersebut tetapi beliau gagal.

Diego Costa dengan tenang menolak laju bola tersebut ke sudut kiri gawang gol Barca dan berjaya diselamatkan oleh Mark Andre Ter Stegen.

Untung saja tendangan penalti itu dibatalkan kerana Ter Stegen berdiri melebihi garisan dan sepakan penalti diberikan sekali lagi oleh Atletico dan kali ini diambil oleh Saul Niguez.

Untuk pemain berusia 31 tahun itu, ini bukanlah musim yang terbaik untuknya, beliau hanya berjaya untuk menjaringkan empat gol sahaja untuk skuad kendalian Atletico Madrid musim ini.

Sejak kembalinya saingan liga selepas digantung ekoran dari penularan wabak, Diego Costa sudah meledak dua gol untuk Atletico termasuk gol jaringan beliau ketika menentang Alaves hujung minggu lalu.

Musim ini beliau banyak terganggu dengan perkara luar padang terutama isu penipuan cukai yang sedang dihadapinya.

Selain itu, Barcelona sendiri cuma memenangi tiga sahaja dari lima perlawanan terakhir mereka sejak kembalinya saingan bola sepak.

Ekoran dari keputusan seri yang berterusan, ianya agak menyukarkan Barcelona untuk terus mendahului liga dan kini mereka sudah dipintas oleh Real Madrid.

BACA:  Fabregas Tidak Mahu Maafkan Costa Kerana Mempersiakan Assist Terbaiknya