Manchester United Umum Eriksen Akan Berehat Selama 3 Bulan

Manchester United telah membuat pengumuman rasmi melalui laman sesawangnya akan situasi terkini kecederaan Cristian Eriksen yang akan berehat selama t bulan dan menurut jangkaan awal hanya akan kembali pada penghujung April atau awal bulan Mei.

Kecederaan Cristian Eriksen dialami ketika perlawanan menentang Reading di pusingan keempat Piala FA selepas diterjah keras oleh Andy Carroll pada awal separuh masa kedua dan terus dikeluarkan.

Ketiadaan pemain perancang itu pasti akan memberi impak yang besar kepada bahagian tengah pasukan bimbingan Erik Ten Hag itu yang masih beraksi di semua kejohanan.

Manchester United berharap Cristian Eriksen dapat kembali seperti yang dijangka agar dapat kembali memainkan peranannya di penghujung musim.

Dalam kenyataan di laman web manutd.com kelab itu telah menulis:

“Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh yang panjang kerana kecederaan buku lali yang dialami dalam kemenangan Piala FA Emirates ke atas Reading pada hari Sabtu.”

“Pemain tengah Denmark kami keluarkan pada separuh masa kedua kemenangan 3-1, selepas diterjah oleh terjahan penyerang Reading Andy Carroll, yang kemudiannya dibuang padang kerana dua kesalahan yang ditempah.”

“Sementara pemeriksaan diteruskan, penilaian awal menunjukkan bahawa Eriksen mungkin akan keluar sehingga akhir April atau awal Mei.

“Ketiadaan pemain berusia 30 tahun itu akan menjadi kekecewaan besar kepada pengurus Erik ten Hag dan peminat, memandangkan konsistensi persembahannya sepanjang musim setakat ini, membuat 31 penampilan sejak tiba di Old Trafford.”

“Bagaimanapun, ada harapan bahawa Christian dapat kembali tepat pada masanya untuk memainkan peranan di peringkat akhir kempen. Kami semua mengucapkan selamat maju jaya kepada Kristian agar cepat sembuh.”

Cristian Eriksen meninggalkan Old Trafford dan pulang ke rumah dengan bertongkat selepas diterjah keras, digunting oleh Andy Carrollterpaksa digantikan pada minit ke-57.

Walaupun terjahan itu jelas kelihatan sangat keras, pengadil perlawanan, Darren England tidak menganggapnya cukup jahat untuk memberikan kad kuning kepada penyerang itu.

Ketika menerima bola di bulatan tengah bekas pemain tengah Tottehnham Hotspur dan Inter Milan cuba berpusing lalu Andy Carroll datang dari belakangnya dan terus menggungting kaki Eriksen.

Andy Carroll walaubagaimanapun telah dilayangkan kad kuning dua kali dan dibuang padang kemudian dalam permainan kerana terjahan ke atas Tyrell Malacia dan Casemiro.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah beraksi sebanyak 30 kali dalam semua pertandingan untuk Erik Ten Hag dan bisanya masih ada walaupun bergelut dengan masalah jantung apabila menjaringkan dua gol dan mencatat sembilan assist.

Pengurus United, Erik ten Hag percaya keyakinan Eriksen terhadap bola membuatkan pasukannya lebih selesa menguasai bola. Di bawah bos terdahulu, pemain tengah Manchester United lebih sesuai untuk mengejar lawan.

Erik Ten Hag mengesahkan Eriksen telah mengalami kecederaan buku lali dengan tahap keparahannya akan ditentukan selepas imbasan dan kini keputusannya sangat buruk dan khidmat Eriksen tiada untuk tempoh tiga bulan.

Cristian Eriksen kini mengurangkan beban yang dipikul oleh Bruno Fernandes sebagai pemain kreatif dalam mencipta gerakan dan penghasilan gol, dengan kehadiran Casemiro di bahagian belakang telah memberikan Eriksen dan Bruno perlindungan meyakinkan.

Manchester United akan menentang Nottingham Forest dalam perlawanan separuh akhir kedua Carabao Cup dan telah diundi bertemu West Ham United untuk perlawanan pusingan kelima Piala FA.

BACA:  Christian Eriksen Melalui Minggu Yang Sempurna Selepas Bantu Brentford Benam Chelsea