Marcelo Bielsa dijangka akan kembali ke dunia pengurusan, selepas sebulan yang lalu beliau dipecat oleh Leeds United.
Beliau dijangka bakal menerima tawaran untuk menjadi pengurus kepada skuad kebangsaan Bolivia dalam masa terdekat ini.
Sejak berpisah dengan Leeds selepas skuadnya mempamerkan aksi tidak menentu dalam saingan Premier League, Marcelo Bielsa masih lagi menjadi penganggur.
Marcelo Bielsa set for talks over immediate return to management following Leeds axe #LUFC | @RyanTaylorSporthttps://t.co/WRNh4zy89V
— Express Sport (@DExpress_Sport) March 26, 2022
Dek kerana melihat Leeds United sedang berada di kedudukan bahaya dan berpotensi untuk tersingkir, pihak kelab akhirnya terpaksa akur membuat keputusan untuk memecat pengurus legenda mereka.
Pengurus berusia 66 tahun itu dianggap sebagai pengurus legenda kerana berjaya membawa Leeds United untuk kembali ke saingan Premier League selepas 16 tahun kelab berusaha.
Beliau juga dikatakan sangat mesra dengan penduduk setempat dan kerana itulah Marcelo Bielsa dianggap sebagai individu paling disayangi oleh peminat.
Beliau turut dianggap sebagai salah seorang pakar taktikal dalam dunia bola sepak dan atas alasan samalah Bolivia sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Bolivia secara rasminya tidak akan tampil di acara Piala Dunia tahun ini selepas mereka mencatatkan kekalahan 3-0 di tangan Colombia awal pagi semalam.
Marcelo Bielsa in line for shock return to management with Bolivia https://t.co/jwDUlK4BgY
— MailOnline Sport (@MailSport) March 25, 2022
Presiden, Fernando Costa telah mengesahkan yang mereka mahu menukar pengurus skuad, Cesar Farias dan mahu melantik Marcelo Bielsa.
“Saya tak akan nafikan yang kami memang ada berhubung dengan dia (Bielsa).”
Jelas Costa menurut laporan Daily Mail.
“Kami masih belum melakukan rundingan tapi semakin hampir untuk bertemu dengannya.”
“Kami turut sudah bercakap dengan beberapa pengurus, termasuk pengurus-pengurus skuad kebangsaan dan mendengar apa yang boleh mereka tawarkan.”
“Sebaik memiliki calon yang cukup, kami akan mula menilai mereka.”
“Adalah sangat penting untuk tahu berapa banyak duit yang kami ada untuk kegunaan skuad kebangsaan.”
Bielsa membawa philosophy dan pendekatan tersendiri di Elland Road dengan para pemain benar-benar diterapkan dengan prinsip permainan beliau.
Marcelo Bielsa is set to return to management less than a month after being sacked by Leeds – with the Bolivia national team.
Bielsa has been out of work since parting way with Leeds following 4 defeats on the bounce, which left the club dangerously close to the relegation zone. pic.twitter.com/ZiSqjOF0U0
— Bet9ja (@Bet9jaOfficial) March 26, 2022
Leeds United berada di kedudukan ke-9 pada musim pertamanya dalam saingan Premier League, dengan mereka turut berjaya mencatat kemenangan bertemu Manchester City dan Tottenham Hotspur.
Walau bagaimanapun, dek kerana kehilangan ramai pemain seperti Liam Cooper, Kalvin Phillips, Patrick Bamford dan ramai lagi pemain pada musim ini, prestasi skuad juga dilihat merosot.
Bielsa gagal mencatatkan keputusan yang baik dan jelas sekali punca utamanya adalah kerana beliau tidak mempunyai barisan pemain yang cukup.
Bielsa gemar untuk kekalkan skuad yang kecil dan tak mahu sama sekali pemainnya abaikan prinsip dan philosophy yang telah beliau terapkan..
Bahkan walau pemain itu masih belum membiasakan diri, beliau masih akan menuntut agar pemain tersebut akan mampu lakukan apa yang beliau minta.
Atas alasan sama jugalah Leeds agak bergelut musim ini kerana ramai pemain utamanya dibelenggu masalah kecederaan, dan Bielsa mengharapkan skuad depth beliau mampu kekalkan prinsip yang beliau terapkan.
Keputusan untuk meninggalkan Leeds United jelas sekali satu keputusan yang berat untuk diambil, namun demi kebaikan kelab, beliau akur untuk mengundur diri.
One month on from his emotional Leeds departure, Marcelo Bielsa set for talks with Bolivia over an immediate return to management…
"I won't deny that we are in touch with him," says Bolivia FA president Fernando Costa. #LUFC https://t.co/uHo7WDKEQ2
— Ryan Taylor (@RyanTaylorSport) March 26, 2022
Jesse Marsch tampil untuk menggantikan tempat Marcelo Bielsa dan sepertinya beliau berjaya menaikkan semula Leeds United.
Ramai yang awalnya meragui keputusan kelab kerana memilih Marsch, namun melihat hasil yang beliau tunjukkan, terbukti yang beliau individu paling tepat untuk diharapkan.
Marsch memilih untuk meninggalkan RB Leipzig pada Disember lalu atas persetujuan bersama, selepas empat bulan beliau dilantik sebagai pengurus kelab.
Beliau sepertinya sangat selesa bersama Leeds, dengan Marsch berjaya membantu skuad untuk mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League.
Leeds United juga pada ketika ini lapan mata dipisahkan dari zon penyingkiran dan sepertinya mereka bakal mampu untuk mengelak dari kembali ke saingan Championship.
Sumber: SPORTbible