Martinez Jelaskan Kenapa Dia Buat Gila Selepas Ambil Trofi Golden Glolve

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez tampil menjelaskan sebab sebenar kenapa dia membuat aksi gila dan tidak sopan itu selepas mengambil trofi Golden Glove.

Perlakuan kontroversi penjaga gol terbaik Piala Dunia 2022 itu telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak sopan kerana membawa kepada gambaran isyarat lucah dan memalukan.

Ia sebenarnya bukanlah kali pertama Emiliano Martinez meraikan kemenangan anugerah penjaga gol tebaik dengan cara tidak enak dipandang seperti ini.

Ketika Argentina menjuarai Copa America pada tahun 2021, Ketika dipilih sebagai penjaga gol terbaik Emiliani Martinez juga telah meraikan dengan cara yang hampir sama termasuklah mimik wajahnya.

Menjelaskan perlakuannya itu di atas pentas selepas mengambil hadiah Martinez telah meletakkan trofi itu di atas ‘kepala adiknya’ yang berada di bawah perut dengan penuh bangga. Muka tu tak boleh blah.

“Saya melakukannya kerana penyokong Perancis mengejek saya.” kata penjaga gol Aston Villa itu kepada stesen radio Argentina, La Red.

“Kebanggaan tidak berkesan dengan saya.”

Alasannya mudah buat pakar provokasi pemain lawan itu, mendengar ejekan penyokong Perancis terus dia membalas tanpa mengira tempat. Memang masuk air.

Dalam perlawanan menentang Perancis ini, Lionel Messi merupakan pemain terbaik perlawanan dan diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan namun kelibat Emi Martinez tersangat penting.

Beberapa aksi menyelamat yang penting dan getir telah dilakukan oleh Martinez sepanjang perlawanan menentang Perancis yang bangkit dihujung perlawanan.

Aksi menyelamat terpenting sudah pasti pada minit ketiga masa kecederaan di separuh masa kedua masa tambahan.

Emiliano Martinez telah menyajikan aksi menyelamat berkelas dunia menafikan rembatan deras jarak dekat dari penyerang Perancis Randal Kolo Muani.

Penjaga gol Argentina itu dilihat telah meregangkan badannya sehabis besar seperti bentuk tapak sulaiman dan berjaya mengagalkan gol kemenangan Perancis.

Jamie Carragher juga telah memuji aksi Martinez itu satu titik perubahan besar yang dianggap aksi klasik sepanjang zaman.

“Permainan ini menunjukkan sebab bola sepak adalah permainan terhebat⚽️ Yang ini klasik sepanjang masa👌🏻 Begitu banyak liku & liku, tetapi ini penyelamatan daripada @emimartinezz1 adalah titik perubahan terbesar😱#WorldCupFinal”

Statistik juga membuktikan kebenaran akan kehebatan Emiliano Martinez bersama pasukan Argentina yang kini sudah memilik tiga piala utama.

◉ 26 permainan dimainkan
◉ 20 kemenangan
◉ 5 seri
◉ 1 kalah
◉ 16 clean sheet

Tiga piala dimenangi bersama Argentina:

1. 🏆 Pemenang Copa America
2. 🏆 Pemenang Finalissima
3. 🏆 Pemenang Piala Dunia

Lantaran itu Emiliano Martinez dari Argentina telah dianugerahkan Sarung Tangan Emas Piala Dunia FIFA berikutan kepahlawanannya untuk La Albiceleste semasa larian bersejarah mereka ke Final.

Disepanjang tujuh perlawanan Piala Dunia 2022, Emiliano telah melalui tiga perlawanan tanpa bolos dan telah memberikan Argentina ketenangan dan kestabilan di bahagian belakang.

Namun anugerah ini bukan dinilai kepada jumlah perlawanan terbanyak tanpa bolos atau clean sheet namun dinilai prestasi sepanjang kejohanan dan pecabar terdekat Martinez adalah Dominik Likakovic (Croatia) dan Yassine Bounou (Maghribi).

Emiliano Martinez Dominik Likakovic dan Yassine Bounou mempunyai persamaan yang nyata merupakan pakar penyelamat sepakan penalti yang sangat dominan di penentuan sepakan penalti sepanjang Piala Dunia 2022.

Lionel Messi pada 2021 telah memberikan pujian yang menggunung kepada Emiliano Martinez atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh penjaga gol Argentina itu.

“Dibu (Emiliano) Martinez sangat menakjubkan. Dia mengukuhkan dirinya di posisi penjaga gol dan kami beruntung mempunyai salah seorang penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak.”

Kata-kata Messi itu ternyata benar dan mereka kini telah bergandingan sebagai satu pasukan menjadi juara dunia.

BACA:  Tidak Sanggup Lihat Messi Dicemuh Di PSG, Emi Martinez Mahu Bawa Messi Ke Aston Villa