Tidak Sanggup Lihat Messi Dicemuh Di PSG, Emi Martinez Mahu Bawa Messi Ke Aston Villa

Emiliano Martinez berkata beliau mahu memujuk Lionel Messi untuk menyertai Aston Villa pada musim hadapan kerana tidak sanggup melihat rakan sepasukan beliau di dalam skuad kebangsaan Argentina itu merana kerana sering dicemuh oleh penyokong di Paris Saint-Germain.

Malah Martinez percaya Messi akan lebih gembira bersama kelab Premier League itu berbanding tempoh dua tahun bersama PSG selama ini.

Messi yang merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali akan menjadi ejen bebas pada musim panas ini setelah kontrak beliau Ligue 1 tamat.

Pemain itu dikaitkan akan kembali ke Barcelona dan pada masa yang sama turut dikaitkan dengan kontrak mewah di Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Martinez pula mahukan Messi menyertai beliau di Premier League, dan sanggup membenarkan gajinya dipotong untuk merealiasikan perpindahan tersebut.

Penjaga gol Argentina itu berbuat demikian setelah melihat Messi sering menjadi mangsa kecaman penyokong PSG.

“Jika mereka mencemuh Messi [di PSG] saya akan bawa beliau ke Aston Villa. Saya akan memujuk beliau [untuk sertai Aston Viila]. Setiap hujung minggu saya akan sediakan juadah mate and roast (steak) untuk makan malam.

“Saya juga akan mengarahkan orang untuk menyediakan bendera kecil agar Messi sentiasa gembira di sini. Saya akan benarkan gaji saya dipotong demi Messi,” kata Martinez.

Martinez sebenarnya menjadi rakan rapat Messi sejak menjadi penjaga gol utama Argentina dan Piala Dunia 2022 yang lalu. Penjaga gol itu turut dihormati oleh Messi kerana ketangkasannya bersama Albiceleste di Qatar.

“Perkara utama yang saya pelajari ketika Piala Dunia yang lalu adalah ketenangan pemikiran apabila anda perlu mendapatkan keputusan positif [dalam perlawanan.

“Disebabkan oleh tekanan yang dilalui, sebagai contoh ketika Belanda berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan.

“Kemudian selepas mendahului Perancis yang akhirnya berakhir dengan keputusan seri 3-3 dan kami hampir dikecewakan dalam perlawanan tersebut.

“Saya amat sengsara pada ketika itu, tetapi kini saya melalui perlawanan demi perlawanan dengan lebih banyak pengalaman.”

Pada masa ini masa depan Messi belum jelas. Al Hilal dan Inter Miami adalah antara kelab yang mengejar tangdatangan kapten Argentina itu.

Martinez pula kini berpeluang membawa Aston Villa beraksi di pentas Eropah sekiranya mengakhiri saingan Premier League musim ini di kedudukan tujuh teratas.

BACA:  Ronaldo Dan Messi Siapa Lebih Hebat Menurut Sembilan Pemain Ini