Emi Martinez Kecam Dan Label Mbappe Tidak Cukup Ilmu Bola Sepak

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez telah mengecam Kylian Mbappe dan melabelkan pemain sensasi Perancis itu sebgagai seorang yang masih tidak cukup ilmu bola sepak.

Kecaman daripada Emiliano Martinez ini hadir sebagai jawapan bala kepada kenyataan Mbappe bahawa bola sepak Amerika Selatan tidak semaju bola sepak di Eropah.

“Kelebihan kami ada di Eropaha adalah kerana kami bermain sesama sendiri di dalam perlawanan tahap teratas sepanjang masa seperti UEFA Nations League (UNL).”

“Apabila kami tiba di Piala Dunia, kami sudah bersedia. Di mana Brazil dan Argentina tidak mempunyai tahap seperti ini di Amerika Selatan.”

“Bola sepak Amerika Selatan tidak semaju bola sepak Eropah. Kerana itulah kenapa dalam Piala Dunia terakhir, pasukan Eropah sentiasa menjadi juara.”

Nyata kenyataan Kylian Mbappe itu adalah bersandarkan kepada fakta dan ada juga kebenarannya namun ada juga bau-bau penghinaan kepada bola sepak Amerika Selatan.

Penjaga gol Argentina itu yang beraks bersama Aston Villa di Eropah nyata tidak senang dengan kenyataaan Mbappe lalu melakukan kecaman balas pantas yang agak keras.

“Dia tidak cukup pengetahuan tentang bola sepak. Dia tidak pernah beraksi di Amerika Selatan.”

“Orang Eropah tidak tahu bagaiman bermain di Amerika Selatan, mereka tidak tahu betapa sukar bermain di La Paz, Bolivia, di Colombia dan banyak lagi tempat.”

“Bila kau tiada pengalaman ini maka lebih baik tidak bercakap mengenainya. Tapi itu tidak penting, kami pasukan yang hebat dan sudah diiktiraf.”

Rakan sepasukan Emiliano Martinez, Lionel Messi, yang juga berkongsi bilik persalinan di PSG dengan Mbappe bersetuju dengan pendapat penjaga golnya itu.

Lionel Messi sebelum ini memberitahu TyC Sports:

“Banyak kali kami bercakap mengenainya di Sepanyol.”

“Apabila kami kembali dari perlawanan kelayakan, kami memberitahu mereka, ‘Anda tidak tahu betapa sukarnya untuk anda layak ke Piala Dunia jika anda perlu pergi ke sana, pada ketinggian altitude, dalam cuaca panas, di Venezuela’.”

Ternyata sukar untuk negara Amerika Selatan layak ke Piala Dunia kerana di pusingan kelayakan CONMEBOL, 10 negara Amerika Selatan akan merebut 4 slot ditawarkan berserta satu slot play off bertemu wakil Asia.

Berbanding Eropah, pusingan kelayakan Piala Dunia sangatlah mudah membabitkan 55 negara Eropah yang dipecahkan kepada 10 kumpulan untuk merebut 13 slot Piala Dunia jauh lebih banyak slot berbanding 4.5 slot ditawarkan kepada pasukan Amerika Selatan.

Sejak kali terakhir Brazil muncul juara, negara Eropah mendominasi dan menjadi juara Piala Dunia, Itali (2006), Sepanyol (2010), Jerman (2014) dan Perancis (2018)

Dan Argentina berpeluang memecahkan dan menamatkan dominasi pasukan Eropah jika berjaya menewaskan Perancis di perlawanan akhir Piala Dunia 2022.

BACA:  Kylian Mbappe Tangani Kontrak 5 Tahun Bersama Real Madrid