Mbappe Delete Story Yang Mengutuk Pengurus PSG

Pemain yang berkuasa pemilik dari pasukan PSG, Kylian Mbappe terus mencetuskan kontroversi telah pun memadan Instagram Storynya yang kelihatan seperti mengutuk pengurus pasukan PSG, Christophe Galtier.

Kritikan dan kutukan ini hadir selepas pendahulu Ligue 1 itu sekadar seri tanpa jaringan ketika menenatang Reims dan buat pertama kalinya PSG gagal menjaringkan sebarang gol musim ini.

Pemain pertahanan PSG Sergio Ramos dilayangkan kad merah pada lewat separuh masa pertama berikutan pertengkaran dengan pengadil Pierre Gaillouste, satu tindakan yang langsung tidak membantu pasukan.

Kylian Mbappe memulakan permainan di kesebelasan utama seperti biasa tanpa Lionel Messi dan Neymar di bahagian sayap.

Lionel Messi terlepas perlawanan selepas mengalami kecederaan ketika seri 1-1 dengan Benfica Rabu lalu, manakala Neymar masuk dari bangku simpanan sejurus sebelum perlawanan memasuki tempoh sejam.

Pemain berusia 23 tahun itu sebaliknya bermain bersama Carlos Soler dan Pablo Sarabia, yang gagal memberi impak sebagaimana Lionel Messi dan Neymar.

Keputusan seri itu nyata mengecewakan Mbappe dan memilih media sosial untuk meluahkan perasaan di Instagram melalui fungsi story.

Mbappe menyiarkan gambar dirinya dengan hashtag ‘geng pivot’. Menurut Get French Football News, itu merujuk kepada pemain antarabangsa Perancis itu tidak mahu bermain di depan secara bersendirian.

Bersama pasukan kebangsaan Perancis, Mbappe bermain di bahagian depan bersama Olivier Giroud seabgai temannya.

Christophe Galtier yang menggantikan Mauricio Pochettino pada musim panas lalu pasti membawa persediaan taktikal baharu bersamanya.

Dia menggunakan tiga pertahanan dengan dua wingback di belakang, yang memberikan lebih banyak lesen kepada trioh hadapan bintangnya untuk bebas di hadapan.

Namun taktik itu tidak berjaya ketika menentang Reims dan Galtier merujuk Mbappe sebagai ‘anak yatim’ dalam serangan, berseorangan dan tidak bertaring tanpa Messi dan Neymar.

“Apabila Messi atau Neymar tidak bermula dengan jelas ia akan mengubah cara kami bermain dan boleh menyebabkan kami mungkin kehilangan bola yang membawa kepada beberapa kesukaran dan memberikan keyakinan kepada pihak lawan,” kata pengendali berusia 56 tahun itu kepada laman web rasmi Ligue 1.

“Kylian Mbappe kelihatan seperti anak yatim piatu tanpa Leo dan Ney, seperti yang saya duga. Saya fikir ia mungkin berubah apabila permainan berlangsung.”

Christope Galtier menjelaskan Neymar tidak bermula dari kesebelasan utama kerana mahu memberikannya rehat selepas terlibat dalam banyak aksi.

“Ney tidak memulakan perlawanan kerana dia banyak bermain baru-baru ini. Jelas sekali, apabila dia muncul, kami melihat betapa baiknya hubungan mereka dan itulah sebabnya persembahan separuh masa kedua kami lebih baik walaupun kami berkurangan kepada 10 pemain.”

Situasi tanpa Messi dan Neymar ini sebenarnya sudah dijangka oleh Galtier namun tidak mahu menyakiti hati pemilik bersama PSG itu jika dinyatakan hakikat sebenar sebelum perlawanan.

Mungkin kenyataan dari Galtier ini telah membuatkan Mbappe terasa hati lalu menggunakan laman Instagramnya untuk menyindir tetapi telah memadam story itu.

Tindakan Mbappe sudah terlambat kerana pemain bertaraf bintang seperti dia pasti akan menjadi tumpuan media jika memuatnaik benda-benda negatif.

Mbappe menandatangani kontrak baharu yang lumayan dengan PSG pada musim panas lalu, menjadi antara pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Dia menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan musim ini dan akan cuba memenangi Piala Dunia keduanya musim sejuk ini di Qatar.

PSG kembali beraksi menentang Benfica pada hari Selasa.

BACA:  Mbappe Diboo Dan Diejek Ketika Tiba Di Majlis Ballon d'Or