McGregor Anggap Beliau Hanya Pernah Kalah Sekali Sahaja Sepanjang Kariernya Bersama UFC

Conor McGregor mendakwa beliau hanya menganggap diriya pernah tewas sekali sahaja sepanjang kariernya bersama UFC.

Beliau membuat dakwaan tersebut selepas menyatakan yang hanya knockout sahaja yang dianggap sebagai kalah untuknya.

The Notorious akan kembali ke gelanggang Octagon di acara kemuncak UFC 264 di Las Vegas hujung minggu ini untuk melengkapkan perlawanan trilogy terhebat dalam sejarah bertemu Dustin Poirier.

McGregor benar-benar yakin yang beliau akan memenangi pertemuan ketiga bertemu Poirier pada hujung minggu ini nanti.

Poirier merupakan pemenang dalam perlawanan terakhir mereka sebelum ini, dengan McGregor ketika itu menderita kekalahan pertama menerusi keputusan TKO di ‘Fight Island’ pada Januari lalu.

The Diamond berjaya menumbangkan petarung dari Ireland itu pada pusingan kedua perlawanan mereka ketika itu, seterusnya membalas dendam ke atas kekalahan yang beliau alami pada 2014 yang lalu.

Secara rasminya, rekod beliau dalam sejarah UFC adalah 22 kemenangan dan mencatatkan lima kekalahan.

Namun apa yang McGregor nampak adalah berbeza dari rekod tersebut, dengan beliau menganggap hanya kekalahan menerusi kiraan TKO dan knockout sahaja yang boleh diambil kira sebagai rekod kekalahan.

“Rekod saya dalam seni bela diri campuran adalah 19 kemenangan dan satu kekalahan.”

Jelas beliau kepada Stephen A. Smith dalam satu temu bual di ESPN.

“Saya hanya ambil kira knockout sahaja. Saya hanya kira knockout. Rekod Dustin pula adalah 13 kemenangan dan dua kalah. Satu hal terpenting dalam dunia sukan ini adalah knockout. Semua hal yang lain, keputusan pengadil, taps, semua benda tu langsung tak beri makna untuk saya.”

Di UFC, McGregor pernah tewas dua kali menerusi tap selepas beliau terkena gerakan submission dari lawannya.

Nate Diaz menjadi petarung pertama yang berjaya menumbangkan McGregor dalam sejarah UFC ketika beliau memaksa petarung dari Ireland itu untuk tap-out selepas melakukan naked choke di acara UFC 196.

McGregor kemudiannya sekali lagi tap-out ketika beliau bertarung dengan legenda terhebat sepanjang zaman UFC, Khabib Nurmagomedov di acara UFC 229.

McGregor dan Poirier ketika sesi face off

Setahun sebelum beliau menjadi bintang mega, petarung dari Ireland itu telah ditewaskan oleh Artemij Stenkov dan Joseph Duffy menerusi keputusan submission.

Beliau ketika kekalahan itu telah meleburkan rekod kemenangan 15 perlawanan berturut-turut yang dicipta pada ketika itu.

Dalam temu bual yang sama menjelang perlawanan beliau bertemu Poirier, McGregor sempat menganjing Khabib dengan menyatakan yang pencapaian petarung dari Dagestan itu sampah.

McGregor menyatakan yang:

“Ke mana dia pergi? Mana dia sekarang?”

“Yeah, mengapa? Dia pergi melarikan diri. Dia menghilang, buang masa, jadi gemuk dan tak mampu nak bergerak… Dia langsung tak buat apa-apa dalam sukan ni. Sampah semua yang dia lakukan dalam sukan ini.”

Stephen kemudian mengingatkan McGregor yang Khabib bersara dengan rekod kemenangan 29-0 namun petarung dari Ireland itu langsung tidak peduli dengan hal tersebut.

“Yeah, hebat, dan apa?”

Balas McGregor.

“Jika dia petarung yang ada rekod 13-0 dengan tiga menang dan enam kalah, itu merupakan pertunjukan untuk ayah dia. Ayah dia ada sediakan pertunjukan dan dia bertarung dengan petarung yang hanya ada rekod dua menang, lapan kalah.”

“Sebab tu rekod dia boleh sampai 20-0. Dia ada tiga perlawanan besar di UFC yang membuatkan dia nampak gagah, dan rekod sebelum itu, semua sampah. Tak ada guna langsung, dan sekarang dia hilang.”

Menjelang pertemuan McGregor bertemu Dustin Poirier, Khabib Nurmagomedov sebelum ini sempat berbicara tentang perlawanan tersebut.

Khabib yang pernah menewaskan kedua-dua McGregor dan Poirier sebelum ini meramalkan seteru terhangatnya dari Ireland itu yang akan memenangi pertarungan pada 10 Julai nanti.

Beliau juga meramalkan yang McGregor akan menewaskan Dustin Poirier di pusingan kedua pertembungan antara mereka.

Walau bagaimanapun, petarung dari De
Dagestan yang ketika ini berusia 32 tahun itu mengubah ramalannya dengan menganggap Poirier yang akan memenangi pertarungan di acara UFC 264 nanti.

Beliau bahkan yakin Poirier akan mampu untuk menumbangkan McGregor dan menghabiskan perlawanan tersebut seandainya petarung Amerika itu mampu membawa lawannya bertarung lebih dari satu pusingan.

Ketika ditanya tentang ramalan beliau tentang perlawanan tersebut, Khabib dengan yakin mendedahkan:

“Hanya dua pusingan, Conor.”

“Pusingan awal Conor. Tapi, pusingan ketiga, keempat, saya rasa Dustin boleh kalahkan lelaki ini.”

Terbaru, Khabib dengan tiba-tiba mengubah ramalannya dan memberi amaran kepada McGregor supaya beliau harus mengulangi aksi yang dipamerkan olehnya di acara UFC 178 untuk menang menewaskan Poirier.

The Eagle mendakwa McGregor boleh menewaskan Poirier di pusingan pertama, tapi ia tidak akan berlaku andai perlawanan itu berlanjutan lebih dari satu pusingan.

“Jika pusingan pertama dia boleh habiskan perlawanan itu, saya sokong Conor.”

Jelas Khabib kepada RT.

“Tapi kalau perlawanan masuk ke pusingan kedua atau lebih, saya yakin Dustin akan menang.”

Sumber: SPORTbible

ESPN

BACA:  Dana White: Khabib & McGregor Akan Bertarung Sekali Lagi Pada Tahun 2019