Bintang UFC, Conor McGregor membina lapan buah rumah untuk golongan tidak berkemampuan di negaranya, Ireland pada tahun 2019 yang lalu.
Baru-baru ini, petarung handalan itu telah mencuri perhatian media atas pertarungan beliau sebelum ini, dan juga segala kontroversi yang beliau cetuskan di media sosial.
Walau bagaimanapun, harus diingat yang beliau juga sebenarnya ada sisi mulia sendiri dan antaranya berlaku pada dua tahun yang lalu, dengan beliau menunjukkan kemuliaan hatinya dalam mengingati golongan tidak berkemampuan.
Classy move by McGregor to build houses for the homeless.
Well done.#ConorMcGregor https://t.co/WwQmOpcVsz
— Colin Norman Wright (@TheCocoAnarchy) May 17, 2019
McGregor sangat dikenali dengan kemampuan beliau menjana pendapatan yang luar biasa, bahkan beliau pernah dinobatkan sebagai atlet berpendapatan tertinggi dunia menurut Forbes pada tahun lalu.
Beliau tahun lalu berjaya memperoleh $180 juta, dan menduduki kedudukan pertama sebagai atlet berpendapatan tertinggi dunia.
Dikedudukan kedua dalam senarai tersebut adalah Lionel Messi yang memperoleh $140 juta hasil pendapatan beraksi bersama FC Barcelona.
Bagi peminat sukan MMA, tidak mengejutkan untuk melihat bagaimana bijaknya McGregor dalam mempromosikan sesebuah perlawanan yang melibatkan dirinya.
@TheNotoriousMMA I want to be the first from @roscommoncoco & wish you well with the project my hope is thst this is not the last of such to hit the capital & Roscommon is open for business if you want to build more houses here #LE19 #wakeupIreland pic.twitter.com/AmVL5P3mmH
— Derek McCabe ☘️🇮🇱🇮🇪 (@cryptomccabe) May 17, 2019
Jika dilihat pada senarai PPV UFC yang paling mendapat sambutan, nama McGregor jelas mendominasi senarai tersebut.
‘The Notorious’ merupakan kebanggaan Ireland dan beliau jelas sekali sering menunjukkan rasa cinta dan bangganya beliau menjadi warganegara Ireland.
Beliau senantiasa mengagumi negara asalnya dan turut banyak berjasa untuk Ireland sejak beliau mula terkenal dan berjaya dalam dunia sukan MMA.
McGregor memilih Ireland sebagai destinasi untuk beliau membuat kebajikkan dengan membina rumah untuk mereka yang tidak berkemampuan.
“Selamanya Ireland! Ireland yang utama! Sentiasa Ireland!”
Conor McGregor to donate $1 million of @ProperWhiskey sales to first responders | https://t.co/7BUavtkzBh pic.twitter.com/SCq6MiINmg
— The Mac Life (@TheMacLife) November 20, 2019
Ujar beliau ketika melihat tapak pembinaan rumah yang mahu beliau bangunkan.
“Berjalan-jalan di sekitar tanah dan perumahan ini, bertemu semua jiran-jiran, beritahu mereka yang tidak lama lagi akan ada keluarga yang tinggal di sini, cipta detik indah dalam hidup mereka dan bina semula kehidupan mereka, ia sudah cukup membanggakan saya.”
McGregor dilahirkan dan dibesarkan di Crumlin, Dublin bersama keluarganya. Beliau sering dipuji atas kejayaan dan pencapaian beliau sepanjang kariernya.
Ia kerana beliau berjaya hingga ke tahap seperti hari ini atas usaha dan kerja kerasnya sendiri, tanpa bantuan atau pengaruh dari sesiapa.
Conor McGregor says he will donate €1 million in "personal protective equipment" to hospitals combating the coronavirus in Ireland's Leinster region pic.twitter.com/qjGkp109RY
— ESPN MMA (@espnmma) March 25, 2020
Semangat dan keinginan beliau sesuai dengan bakat dan kemampuan beliau dalam sukan MMA, dan kerana itulah beliau berjaya menjadi bintang mega dalam dunia sukan ini.
Walau sudah berjaya, beliau masih tidak melupakan golongan tidak bernasib baik, dan sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membina lapan buah rumah untuk mereka.
Mungkin ramai yang membenci beliau kerana sikapnya di atas gelanggang, dan kontroversi yang sering beliau cetuskan di media sosial miliknya.
Namun kebaikan yang beliau buat tidak boleh dipandang rendah dan diabaikan kerana McGregor sememangnya senantiasa melakukan kebaikan di luar gelanggang, yang tidak beliau umumkan.
Misalnya beliau juga pernah mengeluarkan $1 juta ketika awal wabak pandemik melanda dunia, untuk membantu negaranya berdepan dengan masalah pandemik tersebut.
Conor McGregor's latest delivery came with a personal touch 🇮🇪@TheNotoriousMMA has pledged to donate over €1m in medical equipment to help fight COVID-19 👊 pic.twitter.com/Hh1DAsa8Xg
— UFC on BT Sport (@btsportufc) May 1, 2020
Tidak boleh dinafikan, kontroversi yang sering beliau cetuskan di media sosial kadang kala agak keterlaluan dan terlampau, namun mungkin ada sebab sebaliknya dari hal itu.
Seperti yang didakwa oleh Khabib, McGregor berkemungkinan mabuk atau khayal ketika menulis semua status tersebut, namun ketika beliau sedar, status itu dengan segera di padam.
Jadi mungkin hal itu benar-benar berlaku, dan beliau sebenarnya tidak sedar dengan apa-apa yang beliau tulis di media sosial miliknya, yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan ramai.
Sumber: GMS