McGregor Dedah Kakinya Sudah Patah Sebelum Bertarung Dengan Dustin Poirier Lagi

Conor McGregor telah mengesahkan yang beliau sebenarnya sudah mengalami kecederaan sebelum kakinya patah ketika aksi perlawanan bertemu Dustin Poirier di acara UFC 264.

Petarung dari Ireland itu telah menderita patah kaki kirinya ketika aksi pusingan pertama dalam perlawanan trilogy terhebat sepanjang zaman UFC bertemu Poirier hujung minggu lalu.

Petarung berusia 32 tahun itu telah keluar dari hospital dan beliau kini tampil dengan memberi alasan terbaru berkait kecederaannya.

Dalam satu video berdurasi selama enam minit di laman instagram miliknya, McGregor telah mendedahkan yang keting beliau sebenarnya sudah retak sebelum pertarungan bertemu Poirier lagi.

Beliau yang ketika itu sedang bersiar-siar menggunakan scooter di California kerana kakinya tak mengizinkan untuk beliau berjalan, telah menyatakan bahawa:

“Saya sudah mengalami kecederaan ketika sebelum perlawanan itu lagi. Orang ramai tanya saya, ‘waktu bila kaki saya boleh patah?’.

“Tanyalah pada Dana White, tanya pada UFC, tanya pada Dr Davidson ketua doktor di UFC, mereka semua tahu kaki saya memang sudah retak sebelum perlawanan itu lagi.”

“Mereka ketika itu berdebat tentang hal itu kerana saya sparring tanpa menggunakan shin pads, dan saya menendang lutut beberapa kali.”

“Saya mengalami keretakkan beberapa bahagian dibahagian tulang keting hingga ke pergelangan kaki. Dan kemudian saya turut mempunyai masalah dengan pergelangan kaki saya selama bertahun-tahun melalui semua pertarungan yang saya hadapi.”

“Juga, saya akan membalut pergelangan kaki saya setiap kali sesi latihan. Ketika pergelangan kaki saya merasa sakit, saya akan tetap terus menjalani sesi latihan. Saya lebih banyak menjalani latihan dari belakang.”

“Dan itulah bagaimana saya kembangkan teknik pukulan bawah dari belakang, dan kerana itu Dustin takut dan lebih berhati-hati ketika dia di atas saya. Dan saya berjaya lepaskan sepakan dan sikuan, ia sangat membinasakan lawan.”

“Ia merupakan teknik yang saya kembangkan kerana kekuatan saya adalah pada kaki yang sakit dan saya perlu adaptasi semua itu dari sesi latihan… Saya perlu menjalani rawatan di bahagian pergelangan kaki dan tulang keting, dan saya tak akan pernah jalani pembedahan melainkan berlakunya hal seperti ini.”

“Apa yang saya perlukan sekarang adalah tulang keting titanium dan sekarang saya sudah dapat titanium rod dari lutut ke pergelangan kaki. Doktor kata ia tak mudah untuk patah.”

“Ketika ia sudah selesa, saya akan berlatih keseimbangan, kemudian bina kekuatan dan saya ada kaki titanium yang tak akan patah.”

“Saya seperti Arnie (Arnold Schwarzenegger) dalam Terminator 2! Saya sudah ada semua kelengkapan untuk lakukan ini dan saya akan lakukannya. Ia akan jadi kisah yang menakjubkan.”

“Saya sayang kamu semua, kamu tak akan mampu halang kami! Kamu tak akan tewaskan The Irish, kamu tak akan mampu tewaskan The MacMan.”

McGregor dijangka akan berehat panjang selepas ini dan setidak-tidaknya setahun untuk beliau pulih semula dari kecederaan yang menimpanya ketika ini.

McGregor pernah menewaskan Poirier di pusingan pertama menerusi kemenangan TKO di acara UFC 178 pada tahun 2014 yang lalu.

Namun beliau kemudiannya telah tewas kepada Poirier pada pertemuan kedua mereka di acara UFC 257 pada Januari lalu dengan kekalahan menerusi keputusan TKO.

Perlawanan ketiga mereka untuk melengkapkan trilogy pertarungan paling dasyat dalam sejarah UFC memperlihatkan petarung dari Amerika itu sekali lagi berjaya untuk menumbangkan MCGregor.

McGregor turun dalam perlawanan baru-baru ini untuk membalas dendam atas kekalahannya kepada bekas Juara interim lightweight UFC itu pada Januari lalu.

Beliau dilihat benar-benar bertekad untuk memenangi perlawanan tersebut dan turut mempamerkan aksi yang agak baik di minit pertama perlawanan.

Namun Poirier lebih cemerlang selepas menewaskan lawannya itu betul-betul di detik terakhir aksi pusingan pertama perlawanan yang menemukan kedua-dua mereka.

Beberapa detik sahaja sebelum horn dibunyikan, McGregor dan Poirier saling cuba melepaskan tumbukan padu ke arah muka masing-masing, namun kedua-duanya tersasar.

Selepas menghayunkan penumbuk, McGregor berundur ke belakang untuk bersedia mengelak serangan seterusnya yang akan dilancarkan oleh Poirier.

Ketika beliau mengundur, kakinya dilihat seperti tergeliat lalu menyebabkan beliau terduduk dan Poirier menggunakan masa beberapa detik yang ada untuk melepaskan tumbukan padu ke arah The Notorious yang sudah tak bermaya.

Sebaik horn dibunyikan, McGregor menunjukkan ke arah kakinya yang sudah patah tebu kepada petugas kesihatan dan menyebabkan doktor meminta pengadil untuk menamatkan pertarungan tersebut.

Khabib retweet ciapan dari Cormier

Khabib tidak menunggu lama dengan beliau terus memuat naik status di laman twitter miliknya dengan mendakwa:

“Baik akan selalu tewaskan syaitan. Sangat gembira untuk @DustinPoirier saya harap kamu akan dapatkan tali pinggang pada penghujung tahun.”

Menjelang perlawanan mereka sebelum ini, petarung dari Ireland itu mendakwa yang Poirier akan diusung keluar dari gelanggang dengan dibantu oleh petugas kesihatan.

“Dustin akan keluar dari gelanggang dengan menggunakan stretcher.”

Jelas McGregor kepada Ariel Helwani dari BT Sport.

“Itu ramalan saya. Dia akan keluar dari gelanggang selepas perlawanan dengan diusung menggunakan stretcher.”

“Saya sudah bersedia untuk semua itu.”

Jelas McGregor ketika ditanya tentang berapa lama perlawanan itu akan berjalan

“Saya bukan nak berlagak terlalu awal.. tapi dia memang akan diusung keluar gelanggang menggunakan stretcher.. awal perlawanan.”

Namun pada akhir perlawanan mereka, petarung dari Ireland itu yang keluar gelanggang dengan diusung menggunakan stretcher sambil dibantu oleh petugas kesihatan.

Khabib Nurmagomedov tanpa teragak-agak menegaskan yang itu adalah karma untuk McGregor yang terlalu sombong sebelum memulakan perlawanan.

Sumber: SB

BACA:  Conor McGregor Berminat Untuk Membeli Chelsea FC