Conor McGregor akan kembali ke gelanggang pada 11 September nanti dalam satu perlawanan tinju menggunakan kerusi roda.
Pertarungan itu sudah disahkan dan beliau sudah tentu akan turun pada 11 September nanti, dan akan bertarung dengan menggunakan wheelchair.
Petarung dari Ireland itu ketika ini sedang melalui fasa pemulihan selepas kakinya patah ketika aksi pertarungan bertemu Dustin Poirier di acara UFC 264 sebelum ini.
Nothing can stop Conor McGregorhttps://t.co/SWX1F4Qkgr
— talkSPORT (@talkSPORT) August 2, 2021
Beliau akan turun bertarung dengan Al Foran dalam satu perlawanan amal untuk mengumpul dana dan akan diserahkan kepada ‘Irish Wheelchair Association’.
Laporan sama turut mendakwa yang McGregor akan bertarung dengan Foran di co-main slot di acara yang akan dilangsungkan di The Clayton Hotel itu pada bulan hadapan.
Dalam satu muat naik di laman twitter, Stevo Timothy, individu yang menganjurkan acara tersebut telah mengesahkan yang kedua-dua McGregor dan Foran akan bertemu di acara tersebut nanti.
Drum roll ladies and gentlemen 👌👌
The co-main event: @TheNotoriousMMA v @ImpressionistAL aka The Notorious v The Notorious Impressionist all in aid of the @IrishWheelchair
Please donate here if you can: https://t.co/lDMJxs1MvE
📸 @madebyGoodie pic.twitter.com/kqFIXApdzu
— Sir Stevo Timothy (@SirStevoTimothy) July 30, 2021
Jurulatih McGregor, John Kavanagh turut bercakap tentang acara tersebut ketika beliau sedang ditemu ramah oleh wartawan, Laura Sanko.
“Conor sudi menjadi sukarelawan untuk aksi co-main event di acara tersebut, yang mana beliau akan turut bertinju bertemu seorang lelaki yang juga seorang penghibur, nama dia Al Foran.”
“Kamu mungkin akan lihat dia meniru gaya Conor. Jadi Conor akan bertarung dengan Conor di co-main event acara tersebut.”
“Jadi Conor akan bertarung dengan Conor di co-main event, yang mana saya rasa ia agak lucu, dia telah menerima tawaran untuk bertarung dalam perlawanan ini.”
Conor McGregor to box comedian Al Foran in charity wheelchair bout on Sep 11 https://t.co/jdGrIYTmCe
— Irish Sun Sport (@IrishSunSport) August 2, 2021
“Dia sudah menjadi petarung di acara main-even sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tapi apa-apa pun, dengan kehangatan acara itu, dia cakap, ‘kamu tahu, saya akan bertinju menggunakan wheelchair sekarang.”
“Ia kerana dia masih mengalami kecederaan. Jadi kerana itu dia bergurau seperti itu.”
Dalam temu bual sama, Kavanagh turut menolak segala rumours yang mengatakan Conor McGregor akan bersara lebih awal dari dunia sukan MMA.
“Dia betul-betul sukakan sukan ini dan sukar untuk bayangkan kalau dia tak mahu kembali ke gelanggang, tak mahu bertarung lagi.”
Tambah Kavanagh lagi.
“Kerana kami baru saja mendapatkan rentak yang menakjubkan ini.”
Conor McGregor Set For Wheelchair Boxing Match On September 11 https://t.co/aITosfrt7M
— TheFanSource 🗣 📰 (@FanSourceNews) August 1, 2021
“Dia sudah berusia 33 tahun, yang mana bagi saya dia sedang berada di waktu kemuncak dia, kekuatan dia sedang dalam keadaan terbaik dan mental serta fizikal dia dan kematangan semangat dia dan segalanya sedang berada dalam keadaan terbaik.”
“Saya rasa dia masih ada masa beberapa tahun untuk terus beraksi lagi.”
This would do more for disability sport than the government has since the foundation of the sport.
Thank you @TheNotoriousMMA for the massive solidarity ♿👩🦼👨🦽https://t.co/nQi6dfmC47
— Sir Stevo Timothy (@SirStevoTimothy) August 1, 2021
Peminat sudah tentunya tidak sabar untuk melihat bagaimana McGregor akan bertarung dengan individu yang akan meniru dia, dan menggunakan kerusi roda.
Usaha beliau untuk terlibat dalam kerja-kerja amal seperti ini wajar dipuji, dan tak pasti sama ada beliau akan berlembut atau tidak ketika hari perlawanan nanti.
Siapa tahu beliau mahu balas dendam pada Poirier, tapi lepaskan dulu dendam yang ada pada Foran nanti, siapa tahu bukan?
Conor McGregor is set to return in a wheelchair boxing fight for charity https://t.co/G5IwhwKRAj
— Irish Sun Sport (@IrishSunSport) August 1, 2021
Conor McGregor sememangnya sudah tidak sabar untuk kembali ke gelanggang dan beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk mengajak Poirier sekali lagi bertarung dengannya.
Walau bagaimanapun, Poirier mungkin akan menolak cabaran tersebut, memandangkan tumpuan beliau ketika ini adalah untuk mencabar kejuaraan lightweight UFC.
Conor McGregor signs on for charity wheelchair boxing match on September 11th #MMA #UFC #Boxing https://t.co/ceLvLXbyZg pic.twitter.com/HIq8s51etY
— MMA mania (@mmamania) August 2, 2021
Jadi adalah lebih baik untuk McGregor terus membakar Khabib, dan pastikan petarung dari Rusia itu kembali semula ke gelanggang dan bertarung dengannya.
Sumber: SPORTbible