Mensah-Stock Jadi Tokoh Inspirasi Atlet Amerika Syarikat

Walaupun temasya Olimpik Tokyo 2020 sudah akan tiba ke penghujungnya tidak lama lagi, namun sejarah dan rekod baru terus berjaya dicipta oleh para atlet.

Tamyra Mensah-Stock berjaya melakar sejarah tersendiri selepas menjadi atlet wanita berkulit hitam pertama yang memenangi pingat emas dalam acara gusti di temasya Sukan Olimpik.

Atlet berusia 28 tahun itu menambah satu lagi koleksi pingat emas untuk kontijen Amerika Syarikat selepas beliau menewaskan atlet dari Nigeria, Blessing Oborududu dalam acara ‘freestyle wrestling’.

Selepas kejayaannya menewaskan atlet Ukraine, Alla Cherkasova dengan keputusan 10-4 di peringkat separuh akhir, Mensah-Stock berjaya untuk mara ke perlawanan akhir.

Kejayaannya memenangi pingat emas menjadikan beliau atlet wanita berkulit hitam pertama memenangi pingat emas dalam acara gusti di temasya Olimpik, dan menjadi atlet Amerika kedua dalam sejarah yang memenangi emas acara tersebut.

Juara dunia pada tahun 2019 itu berjaya memenangi pingat emas Olimpik pertama dalam kariernya, seterusnya berjaya melakar namanya dalam lipatan sejarah Sukan Olimpik.

“Ia satu perasaan yang sungguh menakjubkan.”

Jelas Mensah-Stock selepas kejayaan beliau menewaskan lawannya itu.

“Saya sangat gembira mewakili Amerika Syarikat, saya sangat gembira untuk tinggal di sana.”

Pencapaian beliau sungguh luar biasa menakjubkan, bahkan pemikiran yang beliau miliki juga sememangnya sangat dikagumi.

Selepas menerima pujian yang menggunung dari para peminat di laman media sosial atas personaliti yang beliau miliki, Mensah-Stock kemudiannya mencuri perhatian ramai dengan mendedahkan apa yang mahu beliau lakukan dengan duit hadiah kemenangannya.

“Saya mahu berikan pada ibu saya $30,000 jadi dia boleh dapatkan food truck. Itu impian dia.”

Jelas Mensah-Stock.

“Ibu saya mahu mendapatkan food truck kerana beliau mahu menguruskan perniagaan masakan.”

Ibu beliau tentunya berbangga dengan pemikiran yang dimiliki oleh anaknya, yang mementingkan ibunya berbanding memenuhi keinginannya sendiri.

Selain gembira melihat anaknya memenangi pingat emas di temasya Olimpik, ibunya tentu gembira dan berbahagia selepas mengetahui yang impinnya bakal menjadi kenyataan.

Selain memuji beliau kerana hasratnya yang mahu membantu merealisasikan impian ibunya, peminat turut gembira dan berbangga dengan sikap patriotik yang ditunjukkan oleh Mensah-Stock.

Beliau tetap menunjukkan rasa bangga kerana mewakili Amerika Syarikat walau darah yang mengalir dalam dirinya berasal dari Ghana.

Kerana itulah para peminat memuji dan kagum dengan nilai patriotik yang beliau tunjukkan, dan menjadikan Mensah-Stock sebagai inspirasi positif kepada generasi muda.

Jadi tidak hairanlah mengapa kebanyakan peminat sukan dari Amerika tidak henti-henti memuji sikap dan keperibadian yang ditunjukkan oleh Mensah-Stock.

Mensah-Stock ketika meraikan kejayaan beliau memenangi pingat emas

Nama beliau akan kekal dalam sejarah atas pencapaian cemerlangnya, dan juga atas pemikiran serta sikap patriotik yang ditunjukkan di temasya Olimpik Tokyo 2020 ini.

Sumber: GMS

BACA:  Atlet Wanita Ini Gagal Beraksi Sehebat Ketika Beliau Lelaki