“Michael Edwards Bukannya Bodoh”- Klopp

Jurgen Klopp gembira dengan kepulangan Michael Edwards ke Liverpool tetapi mengakui ada satu topik hangat yang tidak dibincangkan oleh kedua-duanya.

Selepas Edwards diumumkan bakal menyertai Fenway Groups, bekas Pengarah Sukan Liverpool itu dijangka kembali ke Anfield sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Merseyside itu selepas tamat saingan musim ini.

Klopp tidak menunggu lama meraikan pelantikan semula Edwards di mana Liverpool melalui tempoh terbaik kelab tersebut sejak berdekad lamanya ketika Edwards di Anfield.

Pengurus dari Jerman yang sah meninggalkan Liverpool selepas sembilan musim itu bagaimanapun mengesahkan satu topik hangat yang sepatutnya diberikan perhatian langsung tidak dibincangkan oleh kedua-duanya.

Bercakap kepada media sebelum perlawanan Europa league menentang Sparta Prague pada Khamis, Klopp ditanya oleh wartawan sama ada Edwards cuba memujuk beliau untuk terus kekal menerajui Liverpool melangkaui saingan musim ini.

Pengurus berusia 56 tahun itu kemudian tampil dengan respon: “Tidak, kerana dia bukannya bodoh!”

“Ia bukan topik yang harus dibincangkan. Bolehkah anda membayangkan bagaimana keadaan sekiranya saya mengubah fikiran? Sudah tentu tidak.”

Menjelaskan sebab dia tidak akan mengubah fikirannya untuk meninggalkan Liverpool, Klopp berkata: “Ia seperti berkata saya tidak akan sama sekali menyertai kelab lain di England dan kemudian tahun hadapan menyertai pasukan jiran!

“Sudah tentu ia perkara gila. Saya tidak akan membuat keputusan tersebut tanpa berfikie.”

Klopp kemudiannnya menyifatkan Liverpool sebagai kelab terbaik dunia, namun menegaskan dirinya tetap akan melangkah pergi selepas saingan musim ini berakhir.

Walaupun demikian Klopp tetap teruja dengan kepulangan Edwards. Edwards sebelum ini membantu Klopp membentuk pasukan Liverpool yang menjuarai Premier League pada 2019 dan Champions League pada 2020.

BACA:  Guardiola Dedah Kelemahan City Dan Memuji Kelebihan Liverpool