Para peminat jelas tidak berpuas hati dengan keputusan Michael Oliver yang melayangkan kad merah pada Reno Freuler ketika beraksi bertemu Sepanyol awal pagi tadi.
Beliau bukan hanya kenyang makan maki dari peminat Switzerland, bahkan peminat dari pasukan lain turut merasakan yang keputusan Michael Oliver terlalu sulit untuk diterima.
Pemain midfield Atalanta itu telah melakukan ‘late tackle’ ke atas Gerard Moreno pada aksi babak kedua perlawanan peringkat suku akhir saingan Euro 2020 itu.
Switzerland scores, Michael Oliver, hold my beer. #SUIESP Disgrace. pic.twitter.com/WVxTLeB3Gs
— Mistah (@dailywth) July 2, 2021
Selepas melihat Freuler melakukan kekerasan itu, Michael Oliver dengan segera meniupkan wiselnya dan terus melayangkan kad merah kepada pemain midfield Switzerland itu.
Dengan keputusan pada ketika itu terikat 1-1, sudah tentu ia memberi tamparan dasyat kepada Switzerland yang terpaksa menghabiskan baki 13 minit permainan dengan kekurangan seorang pemain.
Keputusan itu kemudiannya dirujuk semula oleh VAR, namun begitu keputusan di atas padang sama sekali tidak berubah.
Para peminat merasakan Freuler dan Switzerland telah dizalimi oleh Michael Oliver dan kebanyakkan dari mereka telah memberikan kritikan yang sangat pedas untuk pengadil dari England itu.
Tidak ada sesiapa yang akan menafikan bahawa tindakan Freuler sememangnya salah, namun melayangkan kad merah bukanlah hukuman yang sesuai untuk kesalahan seperti itu.
It's safe to say the British government doesn't have to worry about Michael Oliver having an offshore bank account in Switzerland😭 pic.twitter.com/UKfeT6tsL5
— UpYourArsenal🔴⚪🔴⚪♥️ (@UPYOURARSENAL04) July 2, 2021
Peminat merasakan yang teguran lisan dan kad kuning sudah cukup untuk kesalahan itu dan layangan kad merah sepertinya agak keterlaluan.
Apa yang lebih membuatkan peminat bengang dan marah adalah, kebanyakkan keputusan dari pengadil dan VAR sepanjang saingan Euro 2020 ini sering dipuji kerana berlaku adil.
Namun mutu pengadilan yang ditunjukkan oleh Michael Oliver dan penjaga VAR, Chris Kavanagh yang mana kedua-dua mereka dari premier league adalah sangat-sangat teruk.
Setakat ini, hanya mereka berdua sahaja yang telah menerima kritikan yang begitu teruk dari para peminat.
Michael Oliver ladies and gentlemen’s one is a red and one is not even a yellow 👏🏼 pic.twitter.com/aEw9Vdx8zD
— ً (@lfcvinz) July 2, 2021
Bintang Arsenal, Rob Holding sendiri memuat naik status di laman instagram miliknya untuk mengecam keputusan yang dibuat oleh Michael Oliver dan Chris Kavanagh itu.
“Kad merah? Kamu sepertinya sudah tidak boleh lakukan tackle lagi (emoji tepuk dahi) perlawanan tamat.”
Rob Holding on Instagram story, voicing his opinion on Remo Freuler’s red card for Switzerland against Spain: “Red card???! You can’t even tackle anymore 🤦♂️ Games gone” [IG: rholding95] #afc pic.twitter.com/CCro0q878f
— afcstuff (@afcstuff) July 2, 2021
Michael Oliver showing the world what the PL has to deal with on a weekly basis.
— CPFCDC (@CrystalPalaceDC) July 2, 2021
Michael Oliver loves to be the centre of attention. Never a red card. Studs weren’t showing til after he got the ball
— 4 The Arsenal (@4TheArsenal_) July 2, 2021
Michael Oliver couldn’t wait to show the red card there. Poor refereeing. Showing the standard of English refereeing on the European stage 👏🏼😫
— Harry Symeou (@HarrySymeou) July 2, 2021
From first glance, didn’t look like a good tackle. Second glance, you can actually see that he pulls his studs away.
Michael Oliver has made a clear and obvious error in our opinion. That’s not a red card.
— EiF (@EiFSoccer) July 2, 2021
“Sangat teruk, rasa kad kuning sudah cukup, macam mana dia boleh memutuskan untuk beri kad merah?”
“Mungkin kerana inilah terlalu banyak pertikaian terhadap mutu pengadilan dalam saingan premier league berbanding liga lain.”
“Dia bawa kebodohan premier league ke Euro, dia fikir peminat Euro boleh terima keputusan seperti itu? Harap UEFA lihat balik insiden ini dan ambil tindakan ke atas dia.”
“Dia bunuh perlawanan, kalau Switzerland kalah perlawanan ini, dia boleh dipersalahkan.”
Begitulah antara komen-komen yang sudah ditapis, kerana terlalu banyak maki makian yang ditulis oleh para peminat kepada Michael Oliver.
Sepanyol terlebih dahulu membuka tirai jaringan selepas bola rembatan Jordi Alba tertampan ke gawang sendiri oleh Denis Zakaria.
Michael Oliver did everything he could to make this match go to extra time. He must have placed a bet somewhere, ridiculous officiating. #SUIESP #michaeloliver #EURO2020 pic.twitter.com/siYEm7SNLx
— Chris Connors (@_ChrisConnors_) July 2, 2021
Xherdan Shaqiri kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan selepas menjaringkan gol yang cantik dan menakjubkan, dan gol beliau itu juga berpunca dari kesilapan pertahanan Sepanyol.
Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan namun masih tiada sebarang tambahan gol yang berjaya dihasilkan maka perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Rodri dan Sergio Busquets gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti sepanyol, manakala Dani Olmo, Gerard Moreno dan Mikel Oyarzabal berjaya menewaskan Yann Sommer.
Mario Gavranovic merupakan satu-satunya pemain Switzerland yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti manakala tiga pemain lagi, Fabian Schar, Manuel Akanji dan Ruben Vargas gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti mereka.
In the 2020-21 Premier League season, Michael Oliver awarded a staggering 0.68 penalties per game, by far the most of any head official in the league.
Taking games into his own hands 🤦♂️ pic.twitter.com/sdJYxBa1ak
— Matchday365 (@Matchday365) July 2, 2021
Hal itu menyebabkan Sepanyol berjaya menewaskan Switzerland seterusnya mara ke peringkat separuh akhir saingan Euro 2020.
Sepanyol selepas ini akan berdepan dengan Itali yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan Belgium 2-1 awal pagi tadi.
Sumber : SB