Michael Oliver Dikecam Kerana Layangkan Kad Merah Kepada Mats Hummels

Mats Hummels telah dilayangkan kad merah yang agak kontroversi ketika beraksi dalam perlawanan yang menemukan antara Borussia Dortmund bertemu Ajax.

Borussia Dortmund turun melayan kunjungan Ajax ke Signal Iduna Park untuk aksi dalam saingan Champions League, dengan mereka mempunyai misi membalas dendam selepas dibelasah 4-0 sebelum ini.

Harapan Dortmund untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini mula bertemu dengan jalan yang sukar selepas mereka terpaksa bermain dengan kekurangan seorang pemain.

Mats Hummel’s telah dilayangkan kad merah pada minit ke-29 permainan, kerana melakukan terjahan keras ke atas Antony.

Antony ketika itu sedang membawa bola dan selepas beliau ditackle oleh Hummels, beliau jatuh di atas badan pemain pertahanan Jerman itu.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan yang melayangkan kad merah kepada Hummels dan menganggap ia satu keputusan yang kelakar.

Sementara segelintir peminat bengang dengan keputusan pengadil perlawanan, dan kecewa kerana kad merah itu masih tetap diberikan walau sudah dirujuk ke VAR.

Bahkan para peminat turut mencadangkan agar Hummels membelasah sahaja pengadil perlawanan agar kad merah yang diterima lebih berbaloi.

Para penyokong Borussia Dortmund turut mengkeji sistem pengadilan dalam saingan bola sepak Inggeris kerana pengadil yang mengadili perlawanan tersebut merupakan Michael Oliver.

“Kalau saya jadi Hummels, saya tumbuk muka pengadil kemudian keluar padang, baru berbaloi dapat kad merah.”

“Adakah tackle macam ini berhak untuk kad merah? Saya rasa kad kuning sudah cukup. Hummels sendiri menunggu VAR beri keputusan dan dia jelas kecewa penilaian VAR dan pengadil sama.”

“Taraf pengadil bola sepak Inggeris, memang ini saja tahap pengadilan mereka, saya tak rasa mereka layak mengadili perlawanan dalam saingan paling berprestij.”

“Kalau kekasaran macam ini pun kad merah, mungkin FIFA patut haramkan terus tackle dalam bola sepak. Pengadil perlawanan merosakkan suasana.”

“Saya yakin kad kuning sudah cukup berat untuk kesalahan ini, tapi merah? Adakah dia bergurau? Dia waras atau tidak?”

Keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Hummels pada awalnya tidak begitu menjejaskan Borussia Dortmund yang terlebih dahulu berjaya membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini.

Borussia Dortmund dihadiahkan dengan sepakan penalti pada minit ke-37 permainan, selepas Jude Bellingham dikasari di dalam kotak penalti.

Bintang Jerman itu tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan Dortmund satu gol dihadapan.

Walau bagaimanapun, masuk aksi babak kedua permainan, semuanya sudah berubah untuk Dortmund dengan mereka didominasi sepenuhnya oleh Ajax.

Dusan Tadic berjaya memadam gol pendahuluan Dortmund pada minit ke-72 permainan, dan gol tersebut juga menjadi pembakar semangat kepada Ajax untuk menambah lagi dua gol sebelum tamat perlawanan.

Pada minit ke-83, Sebastian Haller berjaya meledak gol untuk Ajax mendahului perlawanan dengan kedudukan 2-1.

Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, Davy Klaassen berjaya menjaringkan satu lagi gol untuk memastikan Ajax mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Dortmund.

Selepas dibelasah 4-0, Dortmund kini sekali lagi diabkan oleh juara dari saingan Eredivisie itu dengan keputusan 3-1.

Ajax tidak dinafikan lagi antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Champions League musim ini, selepas mereka cemerlang mencatatkan empat kemenangan dari empat perlawanan di peringkat kumpulan.

Mengumpul 12 mata, Ajax secara rasminya mara ke pusingan 16 terbaik sebagai Juara kumpulan, dengan mereka kini masih ada baki dua perlawanan.

Sementara Borussia Dortmund pula mereka sebenarnya masih berkesempatan untuk layak, dan perlu menang dalam dua perlawanan selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Undian UCL Terbatal Selepas Kesilapan Undian Manchester United