Buffon Tuduh Pengadil Tidak Punyai Perasaan, Yang Ada Hanya Tong Sampah

Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon  menempelak tindakan pengadil perlawanan, Michael Olivir memberikan penalti saat akhir kepada Real Madrid dan menuduh Oliver tidak mempunyai perasaan.

Dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi, Juventus yang ketinggalan 3-0 secara aggregat melakukan kebangkitan yang menakjubkan apabila menjaringkan 3 gol menerusi Mario Mandzukic yang menanduk masuk dua gol dan satu lagi gol disumbangkan oleh Blaise Matuidi.

Ref is f**king disgrace ! Mungkin itu yang dikatakan Buffon kepada Michael Oliver sehingga dibuang padang

Disaat perlawanan seakan menuju ke waktu tambahan, situasi kelam kabut dalam kotak penalti Juventus berakhir dengan pengadil, Michael Oliver menghadiahkan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Oliver mendakwa pemain sayap Real Madrid, Lucas Vasquez telah dijatuhkan oleh pemain pertahanan Juventus, Mehdi Benatia dan tanpa ragu-ragu menuding jari ke arah penalti spot.

Tindakan pengadil itu telah membuatkan hampir kesemua pemain Juventus mengerumuni beliau bagi menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap keputusan yang dianggap tidak adil dan berat sebelah.

Penjaga gol legenda, Buffon merupakan pemain yang paling awal melakukan protes dan Buffon dilayangkan kad merah atas sesuatu yang diperkatakannya kepada pengadil. Ia merupakan pengakhiran yang menyedihkan buat penjaga gol berusia 40 tahun itu dalam perlawanan Eropah terakhirnya.

Anda nilaikan sendiri. Blatant foul or dive ?

Protes dari Juventus tidak membuahkan hasil dan pengadil tetap dengan keputusannya  memberikan penalti kepada pasukan tuan rumah dalam waktu kecederaan.

Buffon dilayangkan kad merah kerana melakukan povokasi ke atas pengadil dan mengeluarkan kata-kata kesat yang berbunyi :

“Go take a sh*h!”
_________

“Pergi ambil taik!”

Cristiano Ronaldo dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti dan rembatan kencang beliau mudah menewaskan Wojciech Szczęsny yang masuk menggantikan Gonzalo Higuain untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Buffon.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-1 berpihak kepada Juventus tetapi Real Madrid yang mara ke saingan separuh akhir dengan aggregat 4-3.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, seperti dijangka Buffon meluahkan perasaan tidak gembiranya terhadap persembahan Michael Oliver dalam perlawanan tersebut. Buffon turut mengkiritik Oliver kerana tidak mempunyai sensitiviti untuk memahami perlawanan.

“Anda perlu mempunyai sensitiviti untuk memahami kepentingan sesetengah situasi dalam perlawanan. Jika anda tidak mempunyai sensitiviti tersebut ketika perlawanan sedang berlangsung, anda tidak layak untuk berada di atas padang.”

No No No penaldo.. that’s not a penalty

“Dalam kes seperti ini, pengadil sepatutnya berada di tempat penonton bersama ibubapanya, kawan-kawan, menikmati kentang dan air Coca-Cola sambil menonton perlawanan. Anda tidak boleh membuat keputusan seperti yang telah dilakukan pengadil dalam perlawanan tadi.”

“Pengadil ini tidak mempunyai hati perasaan. Dia hanya ada tong sampah.”

Presiden Juventus, Andrea Agnelli turut berkongsi pendapat yang sama dengan Buffon dan mendakwa Michael Oliver berat sebelah ketika mengadili perlawanan terbabit.

“Tugas mereka yang memilih pengadil adalah untuk memilih pengadil yang tidak berat sebelah tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka ini berterusan memilih pengadil yang terang-terangan tidak menyukai kelab dari Itali.”

“Pengadilan malam ini sangat hura-hara.”

Maka dengan ini fahamilah kenapa tiada pengadil dari England di Piala Dunia Russia.

BACA:  Buffon Hentam Ronaldo Sebagai Punca Juventus Hilang DNA Asal Mereka