Pengambilalihan Leeds United oleh konsortium dikenali sebagai 49ers Enterprises akhirnya diluluskan oleh EFL – dan antara pemegang sahamnya adalah legenda Sukan Olimpik, Michael Phelps.
Selepas lima minggu Andrea Radrizzani bersetuju untuk menjual majoriti sahamnya kepada firma dari Amerika Syarikat itu, Leeds akhirnya mengumumkan pengambilalihan kelab itu telah selesai.
Ini juga bermakna pemenang pingat emas terbanyak sepanjang zaman di Sukan Olimpik, Phelps akan bergelar salah seorang pemilik kelab Liga Inggeris itu sebagai pemegang minoriti saham.
Antara atlet dan bekas atlet profesional lain yang turut memiliki pegangan di dalam kelab itu melalui 49ers Enterprises adalah seperti pemain golf, Jordan Spieth dan Justin Thomas, selain bintang NFL, NBL, dan NHL.
Michael Schwimer, leader of Big League Advance and former MLB player, has announced he is an investor in Leeds United alongside other professional athletes.
Michael Phelps the new name, with NHL Erik Johnson and Gabe Landeskog and NFL Myles Jack#LUFC https://t.co/xEBlPhCpZ6— Andrea Russo (@AndRusso_16) July 17, 2023
Melalui satu kenyataan Pengerusi merangkap Presiden baharu Leeds, Paraag Marathe berkata:
“Ia adalah saay penting untuk Leeds United dan kami sudah pun mula bekerja keras.
“Perubahan ini amat penting permulaan baharu kelab. Kami sudah pun melantik pengurus baharu dengan rekod yang cemerlang, dan yakin Leeds mampu memberikan saingan kompetitif pada musim akan datang.
“Ia adalah satu penghormatan untuk diberikan peranan dan tanggungjawab memastikan kelab ini, kakitangan, pemain dan penyokong di Leeds dan komuniti di York rasa bangga dengan kelab ini.”
Leeds United’s takeover by 49ers Enterprises is finally approved by the EFL – with Michael Phelps among a host of American sport stars who’ll become minority investors https://t.co/tDuFuBwd15 pic.twitter.com/AgVynQrqjY
— Daily Mail U.K. (@DailyMailUK) July 17, 2023
Rudy Cline-Thomas yang juga merupakan bekas ejen bola keranjang dan pengasas platform pelaburan Mastry turut menyertai kelab itu sebagai pemilik bersama dan memegang jawatan Naib Presiden.
“Keluarga saya datang dari Leeds. Ia adalah satu penghormatan apabila diberikan peluang untuk bekerja dengan komuniti di sini.
“Ia bukan sekadar sebuah peluang. Ini adalah satu misi peribadi.
“Peluang untuk menaikkan budaya Leeds, dan mencipta platform untuk menarik pemain terbaik dunia selain membina jenama global yang kaya dengan kepelbagaian adalah perkara yang paling mengujakan saya.”
49ers adalah salah satu firma yang melabur secara besar-besaran di kelab NFL San Francisco 49ers. Sebelum ini mereka memiliki 44% pegangan di dalam Leeds, dan kini telah membeli kesemua 56% pegangan milik Radrizzani untuk melebarkan pengaruh mereka di dalam bola sepak.