Dua Gol Dalam Tempoh 5 Minit Hadirkan Man Utd 3 Mata Berharga

Leeds United dan Manchester United bertemu sekali lagi dalam tempoh 3 hari di Elland Road selepas Leeds hampir mengejutkan Setan Merah dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri di Old Trafford.

Jadon Sancho sejak Oktober 2022 akhirnya membuat penampilan di kesebelasan utama Manchester United selepas kembali beraksi ketika menentang Leeds United beberapa hari lalu dari bangku simpanan.

Erik Ten Hag bereksperimen di pertahanan tengah apabila buat pertama kalinya menggandingkan Harry Maguire dan Luke Shaw, skuad depth mahu digunakan secara maksima.

Fred dan Marcel Sabitzer terus digandingkan tanpa ketiadaan Cristian Eriksen dan Casemiro menyokong Bruno Fernandez dari belakang dan David De Gea membuat penampilakan ke-400.

Michael Skubala masih lagi kekal sebagai pengurus interim di mana pengganti Jesse Marsch masih lagi belum diumumkan.

Skrip sama hampir berulang apabila, Leeds United hampir mendapat gol awal pada minit ketiga namun peluang keemasan disia-siakan dengan rembatan ke laut.

Leeds United menekan dengan memadatkan segenap ruang membuatkan Manchester United yang kelam kabut terus huru-hara. Beberapa kekasaran awal menyaksikan tiada layangan kad dari pengadil.

Harry Maguire menyajikan dunia dengan aksi kelakarnya apabila terlepas bola dengan mudah namun dengan pantas berjaya menebus kesilapan dengan merampas kembali bola.

Di hujung separuh masa Bruno Fernandes mensia-siakan peluang terbaik Manchester United apabila terlalu lambat untuk menyempurnakan ketika dalam situasi satu lawan satu.

Sepakan penjuru Luke Shaw juga disusuli dengan satu tandukan yang tersasar.

Besambung separuh masa kedua agak berkicap Setan Merah diperlakukan Leeds United dengan percubaan bertubi-tubi yang berjaya ditepis David De Gea dan juga bola keluar sipi-sipi.

David De Gea yang merupakan penjaga gol paling muda membuat 400 penampilan di Premier League membuat hantaran kelakar mujur Fred tampil meneutralkan bahaya.

Pada minit ke-61 Erik Ten Hag telah memasukkan Lisandro Martinez dan Alejandro Garnacho dengan mengeluarkan Jadon Sancho dan Tyrell Malacia.

Manchester United kembali hidup dengan Shaw kembali ke tempat asal, Diogo Dalot memberi satu harapan dengan rembatan yang sekadar menggegarkan palang.

Pada minit ke-80, akhir Marcus Rashford memecahkan kebuntuan dengan satu sundulan tajam selepas menyudahkan umpanan secukup rasa dari Luke Shaw. Gol ke-21 Rashford musim ini.

Lima minit kemudian Alejandro Garnacho menggandakan kedudukkan dengan satu larian menarik selepas menyempurnakan tolakan Wout Weghorst dengan penyudah yang tenang.

Leeds United tidak mahu mengalahkan dengan terus mengasak memaksa Fred membuat satu perbuatan aneh. Rashford menjaringkan gol ketiga namun dibatalkan kerana offside.

Wout Weghorst melibas masuk gol ketiga dari jarak dekat selepas satu flick dari Maguire tetapi sekali lagi dibatalkan kerana offside.

Kesebelasan Utama Manchester United (4-2-3-1): De Gea; Dalot, Maguire (capt), Shaw, Malacia; Sabitzer, Fred; Sancho, Fernandes, Rashford; Weghorst.

Pemain Simpanan : Heaton, Wan-Bissaka, Lindelof, Varane, Martinez, Iqbal, Pellistri, Elanga, Garnacho.

BACA:  Solskjaer Tiada Masalah Alih Fokus Terhadap Arsenal Selepas Cemerlang Singkirkan PSG