Man City Semakin Hampir Pasti Tandatangani Kalvin Phillips Dari Leeds United

Manchester City berjaya mencapai kata sepakat dengan Leeds United untuk menandatangani Kalvin Phillips pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Citizens bersetuju untuk tandatangani Kalvin Phillips dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta.

David Ornstein dari The Athletic melaporkan yang Manchester City kini semakin hampir pasti akan menandatangani Phillips dari Leeds selepas rundingan antara kedua-dua kelab berjaya menemui kata sepakat.

Juara saingan Premier League itu dikatakan bersetuju untuk membayar £42 juta dengan potensi bonus bernilai £3 juta.

Pemain kebangsaan England itu bakal menjadi pembelian mega Manchester City pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau bakal menjadi penandatanganan kedua terbesar kelab pada musim panas ini, selepas The Citizens melengkapkan penandatanganan Erling Haaland dari Borussia Dortmund selepas ini.

Kalvin Phillips sebelum ini hanya setia bersama Leeds United dengan beliau kekal bersama kelab sejak 2014 lagi.

Dari awal karier profesionalnya, Kalvin Phillips terus menghabiskan kariernya bersama Leeds dengan beliau turut datang dari akademi kelab.

Pemain kebangsaan England itu telah bermain lebih dari 200 perlawanan untuk Leeds United dan beliau turut dianggap sebagai pemain terpenting kelab sejak dari awal beliau menyertai skuad utama.

Pemain berusia 26 tahun itu pada ketika ini sedang bercuti dan beliau dijangka akan kembali menyertai sesi latihan pra musim bersama Leeds pada 4 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, seandainya rundingan beliau bersama Man City boleh dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari ini, Phillips berpotensi untuk sertai latihan pra musim bersama The Citizens.

Phillips berjaya menarik minat dari kelab seperti Manchester United dan Paris Saint Germain sebelum Man City terus bertemu Leeds untuk melakukan rundingan.

Pemain midfield itu dikatakan bakal menjadi pengganti Fernandinho dan beliau turut akan memperkuatkan lagi skuad depth mereka.

Manchester City sepertinya benar-benar bertekad mahu mempertahankan gelaran liga yang mereka menangi pada musim lalu itu dengan menyediakan skuad yang sangat mantap menjelang musim baharu nanti.

Tidak mengejutkan andai mereka akan mampu untuk menjulang gelaran Champions League pertama kelab pada musim hadapan, apa lagi selepas melihat bagaimana rapinya persediaan mereka pada musim panas ini.

Erling Haaland dan Kalvin Phillips sememangnya dua pembelian yang sangat dasyat dengan kedua-dua mereka bakal memberi impak yang sungguh menakjubkan kepada skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Haaland bakal menjadi mesin peledak gol utama skuad dan Kalvin Phillips pula bakal membantu memantapkan lagi barisan midfield Manchester City.

Mungkin kerana tercabar melihat Liverpool turut sakan membeli pemain pada musim panas ini, menyebabkan Man City tak berhenti untuk berusaha memantapkan skuad mereka.

Kedua-dua Liverpool dan Manchester City dilihat melakukan persiapan yang sangat rapi pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sangat menarik untuk melihat bagaimana kedua-dua pasukan akan bersaing pada musim hadapan memandangkan mereka bakal menghadapi musim baharu nanti dengan skuad yang baru.

Pasukan seteru seperti Manchester United pula pada ketika ini masih belum melengkapkan sebarang pembelian dengan mereka masih lagi membuang masa menunggu Frenkie de Jong.

Dek kerana terlalu membuang masa menunggu Frenkie de Jong, United sepertinya tidak memberi tumpuan kepada pemain lain untuk memperbaiki skuad sedia ada.

Pada awal Ten Hag dilantik sebagai pengurus kelab, Man Utd mendedahkan yang mereka akan menyediakan dana bernilai £200 juta kepada pengurus dari Belanda itu untuk digunakan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, hal itu sepertinya masih tidak berlaku dan para peminat turut merasa bimbang melihat bagaimana kelab menguruskan jendela perpindahan kali ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Tak Mampu, Barca Pertimbang Hantar Ferran Torres Kembali Ke City