Mimpi Ngeri Terus Hantui Ozil Apabila Diusung Keluar Ketika Perlawanan

Mimpi ngeri terus menimpa Mesut Ozil di bumi Turki yang sepatutnya menjadi tempat beliau melempiaskan kreativitinya setelah sekian lama disejuk bekukan ketika bersama Arsenal yang lemah dan lembik.

Dalam perlawanan Fenerbahce menentang Antalyaspor yang berkesudahan seri tanpa jaringan, Ozil gagal menamatkan perlawanan apabila mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar.

Setakat ini, Ozil belum menjaringkan sebarang gol atau mencipta sebarang bantuan sejak menyertai Fenerbahce pada Januari selepas pembatalan kontrak bersama Arsenal.

Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol apabila memperoleh peluang yang terbuka dan besar.

Antalyaspor dengan mudah kehilangan bola dan Ozil menerima bola di luar kotak penalti dan ketika itu penjaga gol Antalyaspor berada di luar posisi beliau.

Pemain pertahanan jugak pecoh berai dan konsep sek kito jange pecoh tidak diamalkan dan Ozil mempunyai masa untuk menjaringkan gol dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun sentuhan pertama Ozil yang kelaut membuatkan Ozil tidak mempunyai masa yang cukup dan rembatan Ozil lalu sipi sahaja ke tepi tiang. Lagu mana la buleh tak gol.

Seminit sebelum terlepas peluang terbesar itu, Ozil telah dinutmeg oleh pemain Antalyaspor. Malang betei.

Nasib malang Ozil tidak terhenti disitu dan berakhir dengan kesedihan apabila telah diterjah dari belakang oleh penjaring gol awal Antalyaspor, Fredy.

Terjahan itu telah pergi tepat ke buku lali Ozil yang terus terbaring dan Fredy yang sudah mengutip kad kuning sebelum itu tidak dikenakan sebarang tindakan.

Mesut Ozil tidak mampu untuk meneruskan permainan dan terpaksa diusung keluar pada minit ke-67 dan digantikan dengan Papiss Demba Cisse.

Enner Valencia menjaringkan gol penyamaan Fenerbahce pada minit ke-83 dan ekorang kecederaan itu masa kederaan dilanjutkan selama 11 minit.

Pada minit ke-90+9 pemain Antalyaspor, Ruud Boffin dialayangkan kad merah dan Fenerbahce gagal untuk menambah jaringan tambahan.

Ozil bermula baik dalam perlawanan pertama beliau ketika bersama Fenerbahce dan memberi sinar walaupun 13 minit bermain namun selepas itu terus kemarau gol dan assist.

Hanya 13 Minit Diperlukan Ozil Untuk Beritahu Dunia Beliau Sudah Kembali

Pemain perancang antara yang paling berbakat dan genius di muka bumi ini, Mesut Ozil hanya memerlukan 13 minit masa di padang untuk memberitahu seluruh dunia bahawa beliau kini telah kembali merumput.

Mesut Ozil hanya sekadar memanaskan bangku simpanan dan menghitung menunggu mati agar kau jumpa yang dinanti selepas tiada lagi berada dalam perancangan Mikel Arteta.

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu juga telah terpalit dengan situasi panas apabila menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada penindasan yang terjadi diseluruh dunia.

Kelantangan Ozil itu dikatakan antara punca beliau disisihkan malah kontrak penajaan mewah daripada jenama terkenal juga tidak disambung kerana penaja dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa isu berkaitan imej dan disiplin Ozil.

Akhirnya peluang untuk Ozil kembali merumput tiba apabila kelab dari Turki Fenerbahche datang membawa sinar harapan menawarkan kontrak kepada Ozil untuk meninggalkan Arsenal yang lemah dan lembik.

Fenerbahche yang merupakan kelab sokongan Ozil sejak kecil telah menawarkan kontrak selama tiga tahun setengah dan Ozil ternyata tidak sabar untuk kembali beraksi.

Selepas hampir setahun atau lebih tepatnya 322 hari, Ozil buat pertama kalinya tampil untuk beraksi dan menghiburkan dunia dengan bakatnya.

Dalam perlawanan Fenerbahche menentang Hatayspor Ozil melakukan debut dengan masuk selaku pemain gantian pada minit ke-77 menggantikan Mame Baba Thiam.

Iringan doa ke hadrat Ilahi seperti biasa dilakukan Ozil sebelum masuk ke padang dan Ozil tidak perlu menunggu lama untuk memberikan impak.

Ketika Ozil masuk Fenerbahche mendahului Hatayspor 1-0 hasil jaringan Mame Baba Thiam di separuh masa pertama.

Ozil telah merencanakan dengan penuh bersahaja gol kedua Fenerbahche dalam perlawanana ini dengan satu lorongan kepada Ferdi Kadioglu.

Ferdi Kadioglu telah melakukan hantaran silang yang telah menyebabkan pertahanan Hatayspor, Jean-Claude Billong tertampan bola ke gawang sendiri.

Aaron Salem Boupendza menjaringkan gol saguhati Hatayspor pada penghujung perlawanan dan gagal untuk menambah lagi jaringan lalu tewas 2-1.

Hanya 13 minit sahaja untuk Ozil umumkan kepada dunia beliau sudah kembali.

BACA:  Bagaimana Ozil Boleh Terlepas Peluang Yang Terhidang Luas?