Monaco Pecat Leonardo Jardim, Henry Dicanang Isi Kekosongan Jawatan Pengurus

Bekas pemain antarabangsa Perancis, Thierry Henry semakin hampir untuk bergelar pengurus pasukan buat pertama kali dalam kariernya selepas Monaco memecat Leonardo Jardim berikutan permulaan musim yang buruk.

Kelab Ligue 1 itu memecah Jardim selepas pasukan tersebut terjerumus ke kelompok bawahan liga dan kini menduduki tangga ke-18 selepas  mengharungi 9 perlawanan. Monaco hanya mampu mengutip 6 mata dan 10 mata ditinggalkan Marseille, penghuni slot terakhir untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Jardim terima padah selepas mengemudi Monaco terjerumus sehingga kedudukan ke-18 Ligue 1 musim ini. Bala bala.

Jardim yang telah menguruskan kelab tersebut selama 4 tahun berjaya membawa Monaco memenangi kejuaraan Ligue 1 pada musim 2016/2017, memecahkan dominasi Paris Saint-Germain buat sekian lama. Namun begitu, satu kemenangan dari 9 perlawanan liga yang menyebabkan beliau dipecat dari jawatan yang disandangnya.

Jardim turut berjaya membawa Monaco mara sehingga peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2016/2017 dan bertanggungjawab membentuk pemain muda terbaik dunia ketika ini iaitu Kylian Mbappe.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Monaco, Jardim meluahkan rasa bangganya kerana dapat membimbing Monaco selama 4 tahun.

Selepas menolak tawaran Aston Villa, Henry dikhabarkan bakal menjadi pengurus Monaco yang baru. Tugas berat menanti Henry untuk menaikkan kelab lamanya itu ke persada liga

“Saya bersyukur dan bangga kerana dapat membimbing Monaco lebih dari 4 tahun. Saya sentiasa memberi yang terbaik dan bekerja dengan sepenuh hati untuk kelab ini. Kita telah mencapai beberapa kemenangan bersama-sama dan saya akan sentiasa menyimpan memori ini buat selama-lamanya.”

Ketua Eksekutif Monaco, VadimVasilyev pula berkata:

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Leonardo Jardim atas segala perkara yang telah beliau lakukan terhadap kelab ini.”

“Masa beliau bersama kelab ini akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai masa yang paling ‘cantik’ pernah kelab ini harungi. Leonardo akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Monaco.”

Berkenaan kekosongan jawatan pengurus di Monaco, Thierry Henry dianggap sebagai pilihan utama untuk mengisi jawatan tersebut, Henry yang pernah bermain untuk Monaco sebelum berpindah ke Juventus, dianggap calon pilihan kerana pertalian beliau dengan kelab tersebut.

Suatu ketika dahulu, Henry memulakan kariernya bersama Monaco. Ketika itu, beliau bermula sebagai pemain sayap.

Henry meninggalkan Sky Sports pada musim panas lalu bagi meneruskan aspirasi beliau untuk bergelar pengurus suatu hari nanti. Walau bagaimanapun, buat masa sekarang Henry masih lagi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Belgium bersama Roberto Martinez, yang mana Henry bertindak sebagai pembantu jurulatih.

Henry baru sahaja mengadakan perbincangan dengan Aston Villa hujung minggu lalu untuk mengambil alih tempat Steve Bruce namun tiada persetujuan dicapai. Aston Villa juga telah melantik Dean Smith kelmarin sebagai pengurus mereka yang baru, dengan John Terry bertindak sebagai pembantu pengurus.

BACA:  Fabinho Mahu Nabil Fekir Sertai Beliau Di Liverpool