Penyerang sesasi bola sepak masa kini, Alvaro Morata Telah mendedahkan bahawa diri beliau dan ahli keluarganya telah menerima ancaman.
Ugutan ini semua berpunca daripada prestasi Morata yang dilabel sangat teruk ketika bersama pasukan Sepanyol di saingan EURO 2020.
Kritikan ke atas Morata semakin hebat lantaran kerana saban perlawanan Morata mempamerkan sentuhan penyudah yang sangat teruk dihadapan gol.
Sepanyol bergelut dalam dua perlawanan pertama EURO 2020 apabila sekadar seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama dan seri 1-1 pada perlawanan kedua.
Álvaro Morata and his family received death threats following the striker's poor performances in the Euro 2020 group stages, reports @hirstclass https://t.co/FCipTa5tVh
— Times Sport (@TimesSport) June 25, 2021
Perlawanan ketiga menjadi kemuncak kemarahan apabila Morata gagal menjaringkan sepakan penalti untuk gol pembukaan Sepanyol menentang Slovakia.
Mujur dalam perlawanan itu Sepanyol menang 5-0 mara selaku naib juara kumpulan dan Morata tiada dalam senarai penjaring.
Alvaro Morata kemudian mendedahkan bahawa beliau tidak dapat tidur menjelang perlawanan menentang Poland selepas buli serta makian bertukar menjadi ancaman bunuh.
Alvaro Morata says he received death threats against his family after Spain's #EURO2020 game against Poland.
🗣 "I did not sleep for nine hours after the game against Poland.
"I received threats, insults to my family, that they hope my children die." [CadenaCOPE] pic.twitter.com/1gWZKPOKG1
— Goal Africa (@GoalAfrica) June 25, 2021
Apa yang lebih merunsingkan pemain berusia 28 tahun itu apabila ugutan itu bukan kepada dirinya sahaja malah melibatkan isteri dan anaknya.
“Mungkin aku tidak menyempurnakan tugas seperti yang sepatutnya.” Ujar Morata membuka cerita kepada Juanma Castano’s El Partidazo de Cope.
“Aku faham aku dikritik kerana aku tidak menjaringkan gol tetapi aku harapa orang ramai boleh meletakkan diri mereka di tempat aku di mana aku menerima ancaman, di mana kau kena ugut bahawa anak kau patut mati.”
Alvaro Morata shares details of the abuse he and his family have received during EURO 2020.
Stop online hate. pic.twitter.com/fCK1U0WEAs
— B/R Football (@brfootball) June 25, 2021
Apa yang meresahkan Morata kini adalah mereka yang tidak berakal ini telah mengugut anak dan isteri beliau juga.
“Setiap kali aku pergi ke bilik persalinan, aku kena tinggalkan telefon aku. Apa yang mengganggu aku adalah mereka ugut isteri aku, mereka ugut anak aku. Mereka ugut keluarga aku.”
“Aku tidak dapat tidur sejak beberapa hari lalu disebabkan oleh adrenaline. Aku gembira tapi perkara ini mengganggu untuk menjalankan tugas dengan baik. Peminat bersiul kepada aku sebelum memanaskan badan tapi aku gembira untuk mengambil sepakan penalti (menentang Slovakia) dan gagal.”
Selepas perlawanan menentang Poland, Morata telah menyerang kembali peminat kerana mereka telah mengkritiknya bahkan sebelum kejohanan lagi apabila peminat melaungkan “Morata, betapa buruknya kamu,” ketika seri 0-0 dengan Portugal.
Alvaro Morata says he received death threats against his family after Spain's #EURO2020 game against Poland.
🗣 "I did not sleep for nine hours after the game against Poland.
"I received threats, insults to my family, that they hope my children die." [CadenaCOPE] pic.twitter.com/8cq0Rc7oHU
— Goal (@goal) June 25, 2021
Setelah seri Poland, penyerang itu berkata:
“Di Sepanyol, memberikan pendapat adalah percuma.”
Diminta untuk menjelaskan komen itu, dia berkata:
“Aku mengatakannya dengan marah kerana telah bermain dalam pertandingan Kejuaraan Eropah. Saya tidak akan bersikap tenang di depan penyokonh Sepanyol. Aku berharap orang akan meletakkan diri mereka di tempat lain.
“Orang bersiul kerana itu yang mereka dengar, ada banyak orang yang mendorongnya. Aku memberikan segalanya. Mereka tidak memberikan aku tongkat yang sama seperti yang lain. Semua yang aku katakan ditafsirkan dalam satu atau lain cara. Aku mempunyai dua pilihan – diam atau datang ke sini untuk menerangkan.
“Sekiranya aku harus menyedarkan orang dan bukannya melakukan pekerjaan aku, mereka hanya akan membahayakan aku. Itulah yang aku ingin katakan. Perkara ini banyak dibesar-besarkan.”
Mungkin dari komen Morata inilah menyebabkan kemarahan penyokong Sepanyol memuncak dengan prestasi serta sentuhan penyudah yang sangat teruk di Euro 2020.
Media Sepanyol Tidak Mahu Lagi Melihat Morata Beraksi
Media Sepanyol tanpa berlapik dan beralas menyatakan hasrat tidak mahu lagi melihat Alvaro Morata turun beraksi dalam kesebelasan utama lagi untuk skuad La Roja.
Kebencian penyokong Sepanyol kepada Alvaro Morata bukan perkara baru lagi, sebelum kejohanan Euro 2020, Morata sudah dimaki hamun dan diboo siap ada lagu lagi.
Ketika perlawanan pemanas badan Sepanyol menentang Portugal lagi Morata dimaki tanpa had kerana Morata seperti biasa mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.
Still thinking about this clearance by Morata. As good as a goal imo. pic.twitter.com/zS1ez2lIb5
— Yes Sir, I Can Buchi (@LagoonerBeach) June 20, 2021
Menurut laporan dari The Guardian, terdapat segelintir penyokong yang berada di dalam stadium ketika itu telah menyanyikan lagu yang menganjing Morata.
“Morata, betapa teruknya kamu!(bahasa Sepanyol).”
Alvaro Morata sememangnya mempunyai jati diri yang tinggi apabila terus menjadi Alvaro Morata yang terkenal dengan aksi pembaziran peluang keemasan di depan mata.
Pemain penyerang Juventus itu telah dikritik dan dikecam hebat kerana terlepas peluang besar Sepanyol dalam perlawanan pembukaan menentang Sweden yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.
That Szczesny save at the feet of Morata was incredible. Committed 100% to stopping the ball. You love to see it 😍 pic.twitter.com/Olv8C87gdI
— David Preece (@davidpreece12) June 19, 2021
Ketika bertemu Poland, Morata telah meletakkan Sepanyol dihadapan pada separuh masa pertama namun Robert Lewandowski menyamakan kembali kedudukan.
Dalam perlawanan menentang Poland, Alvaro Morata banyak kali lagi membazirkan beberapa peluang termasuklah tindakan susulan selepas Gerard Moreno gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Moreno + Morata = Malapetaka buat Sepanyol.
Josep Pedrerol habló en @elchiringuitotv sobre las palabras de Álvaro Morata tras el partido que enfrentó a España ante Polonia https://t.co/6VXMcJJMDk
— laSexta (@laSextaTV) June 20, 2021
Pengacara rancangan di El Chiringuito, Josep Pedrerol tanpa segan silu telah menempelak Morata dengan kata-kata yang agak sini apabila melabel pemain penyerang itu sebagai pemain yang tidak mampu memberi inspirasi kepada pasukan Sepanyol.
Warga Sepanyol berusia 55 tahun yang juga merupakan seorang wartawan telah berkata:
“Morata tak boleh lagi beraksi bersama Sepanyol bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.”
“Morata bukan pemain yang boleh memberi inspirasi kepada pasukan. Dengan melihat permainannya boleh sebabkan bapa dan anak tertidur.”
💣"MORATA no puede jugar NI UN MINUTO más con la SELECCIÓN"💣
El @jpedrerol más duro en #ChiringuitoSelección pic.twitter.com/rDo533j0aL
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) June 19, 2021
Sebelum ini Alvaro Morata masih lagi positif dengan segala kritikan, makian dan gelaran pelbagai yang telah dilontarkan kepadanya:
“Aku bercakap tentang segala-galanya. Aku tahu Joaquin Valdes [psikologi sukan Sepanyol] ada di sana untuk aku dan untuk semua rakan sepasukan aku.”
“Aku baik-baik saja, aku mempunyai karier yang panjang untuk bimbangkan apa pendapat orang tentang Aku. Aku tidak mampu membuat semua orang sukakan aku.”
“Apabila ada kritikan, anda hanya perlu menghormatinya dan bekerja, bekerja, bekerja. Aku lebih prihatin dengan pendapat rakan sepasukan aku. Aku fenomena.”
Pengurus Sepanyol, Luis Enrique sebelum ini juga dengan tegas telah mempertahankan Alvaro Morata dan menegaskan bahawa Morata hanya ‘Tidak bernasib baik’ sahaja.
Luis Enrique loved seeing Alvaro Morata hit back at his critics 💪#EURO2020 | #ESP pic.twitter.com/TfHyjfimpw
— Goal (@goal) June 19, 2021
Luis Enrique yang memantau prestasi Morata saban hari mengakui bahawa Morata sebenarnya sudah memberikan usaha terbaik dalam gerakan yang gagal disudahkan.
“Rimas betul aku bila tengok penyokong menyerang pemain aku.”
“Selepas segalanya telah diberikan oleh Morata sepanjang perlawanan, dia masih lagi mampu berlari dengan pantas sejauh 40 meter di minit akhir perlawanan.”
“Morata telah berjaya memperdayakan penjaga gol, cuma Morata tidak bernasih baik kerana rembatannya agak tinggi dan terkena palang pulok.”
“Aku rasa ia sesuatu yang harus dipuji dan dibanggakan, tapi benda ni hanya untuk orang betul-betul faham bola sepak.”
Dua perlawanan, dua kali seri – itulah keputusan yang dicatatkan oleh pasukan bekas juara Euro dua kali berturut-turut, Sepanyol. Selepas dua perlawanan, dengan dua mata, Sepanyol sekadar merekodkan 1 jaringan gol, selepas Alvaro Morata menjaringkan gol ketika menentang Poland.
How do I tell my kids Patrick Schick scored from here but Morata missed from there? #ESPSWE pic.twitter.com/iMs3k9mgSH
— Football News (@footballtimes90) June 14, 2021
Kalau ikutkan, dua mata daripada dua perlawanan ni dah kira bagus dah dan pasukan ini masih lagi dalam posisi untuk memburu kelayakan ke pusingan 16-pasukan.
Namun dengan reputasi gah Sepanyol yang berada dalam kumpulan E bersama Slovakia, Sweden dan Poland sepatutnya menjadi jalan mudah buat La Roja.
Tambahan pula, dengan format yang sedia ada, jika Sepanyol berada di tangga ketiga sekalipun, mereka masih berpeluang untuk mara jika menjadi salah satu daripada empat pasukan di tangga ketiga yang terbaik.
Tapi, ini adalah Sepanyol. Bukan Hungary, bukan England, bukan Macedonia Utara.
Sepamyol adalah pasukan yang pernah memegang tampuk sebagai pasukan terhebat di dunia, pasukan yang dikenali sebagai pasukan yang ampuh di segenap posisi, ditambah pula dengan corak permainan tiki-taka yang bisa membuatkan lawan berteka-teki.