EURO 2020: Perancis 1-0 Jerman

Perlawanan paling besar dalam saingan Euro 2020 diperingkat kumpulan menemukan Perancis sang juara dunia dan Jerman yang merupakan gergasi bola sepak dunia.

Berada dalam kumpulan F yang dilabel kumpulan maut bersama penyandang juara Euro 2016, Portugal setiap perlawanan dalam kumpulan ini pasti menjadi tumpuan.

Portugal terlebih dahulu membuka tirai perlawanan kumpulan F dengan membelasah Hungary 3-0 dengan ketiga-tiga gol terhasil pada lewat permainan dan pelbagai sejarah tercipta.

Sebelum perlawanan bermula seorang aktivis alam sekitar telah terjun ke padang dengan payung terjun membawa mesej menjaga alam sekitar.

Kem pasukan Perancis panas apabila Kylian Mbappe tidak berpuas hati dengan mulut celupar Olivier Giroud yang menuduh rakan-rakan tidak menghantar bola kepada beliau.

Namun itu semua cerita luar padang dan permainan antara Jerman dan Perancis ini berlangsung dengan sangat menarik setaraf dengan status mereka.

Bermain laman sendiri, Allianz Arena, Jerman mempamerkan sifat sebagai tuan rumah apabila menguasai permain untuk tempoh lima minit pertama.

Perancis pula masih tenang mencari rentak mereka dengan melayan sahaja penguasaan Jerman dan selepas itu mula melawan.

Skuad bimbingan Didier Deschamp mula menyerang dan mendapat beberapa peluang namun gagal diterjemahkan sebagai gol.

Tandukan Paul Pogba dari sepakan penjuru Antoine Griezman telah melewati palang dan rembatan kencang Kylian Mbappe pula ditepis keluar Manuel Neuer.

Pada minit ke-20 hantaran genius Paul Pogba yang nampak mengarut rupanya mencari Lucas Hernandez yang entah datang dari mana.

Lantunan bola Pogba itu terus dirembat ke arah Kylian Mbappe di depan gawang, Mats Hummels cuba menghalang dan telah menjaring gol sendiri.

Kerana kelajuan bola rembatan Hernandes itu, Hummels tidak sempat melaraskan kakinya untuk mengeluarkan bola dan tertolak ke gawang sendiri.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan memihak kepada Perancis dengan satu gol.

Adrien Rabiot telah mensia-siakan hantaran lolos yang membunuh Kylian Mbappe apabila memilih untuk mencuba secara solo ketika Antoine Griezmann keseorangan tidak dikawal.

Adrien Rabiot telah melakukan satu rembatan yang menerjah sisi gawang, bengan Griezmann dengan tindakan Rabiot itu.

Kejadian yang tidak diingini ini terjadi pada penghujung separuh masa pertama ketika Jerman masih lagi ketinggalan kepada Perancis hasil jaringan sendiri Mats Hummels.

Serge Gnabry melakukan satu voli cantik yang menggelembung namun sedikit tinggi ke atas palang. Cantik hantaran Robin Gosens.

Jerman mula menekan Perancis dengan melancarkan serangan demi serangan demi sebiji gol penyamaan.

Perancis tenang menyerap asakan dan menunggu detik terbaik untuk melancarkan serangan balas pantas.

Perancis akhirnya berjaya menggandakan kedudukan melalui Kylian Mbappe pada minit ke-65 dengan satu gelecekan cantik.

Pertahanan Jerman akhirnya terpaku dengan gelekan Mbappe dan satu rembatan lencong dilepaskan dan bola menerjah gawang selepas terkena tiang.

Ketika Mbappe hendak meraikan jaringan itu pengadil membatalkan jaringan kerana offside, serius muka penjaga garisan mengangkat bendera.

Jerman menguasai permainan dengan 57 peratus berbanding Perancis 43 peratus.

Lima belas minit permainan berbaik, Joachim Loew telah memasukkan penyerang bahaya tapi tidak berbisa Timo Werner dan Leroy Sane mengeluarkan Kai Havertz dan Serge Ganbry.

Kylian Mbappe datang lagi dan nampak seperti dijatuhkan oleh pertahanan Jerman namun tiada sepakan penalti dari pengadil kerana itu satu tackle bersih.

Pada minit ke-85 Karim Benzema menjaringkan gol kedua yang boleh terus membunuh perlawanan selepas Paul Pogba melorongkan cantik bola kepada Mbappe.

Dari kanan Mbappe telah melihat Karim Benzema kosong berhadapan dengan Manuel Neuer dan membuat hantaran.

Tiada masalah buat Benzema yang mempunyai penyudah tajam menjaringkan gol namun gol itu sekali dibatalkan kerana offside.

Penelitian daripada Video Assistang Referee (VAR) mengesahkan Mbappe offside.

Jerman berterusan merencanakan serangan demi serangan namun tiada gol kunjung tiba dan masa kecederaan 6 minit diberikan pengadil memberi Jerman sedikit harapan.

Perancis bertahan dengan mapan dan penuh yakin mempertahankan kelebihan satu gol sambil menunggu ruang dan peluang untuk menyerang.

Pengadil mengheret masa kecederaan sehingga lapan minit dua minit lebih dari sepatutnya dan Jerman gagal mencari satu gol sekurang-kurangnya.

Gandingan Pogba Paul dan N’Golo Kante nyata berbisa apabila mendominasi dan menakluk bahagian tengah padang ketika menyerang dan bertahan.

Lantaran kecemerlangannya, Paul Pogba telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, Star of The Match (SOTM).

Dominasi Pogba tidak boleh baca bincang dan menjadi pemain paling banyak menyentuh bola, menang diudara, merampas kembali bola, menang perebutan bola bawah dan paling banyak gelecekan berjaya.

France (4-4-2) Lloris; Pavard, Varane, Kimpembe, Hernandez; Kante; Pogba, Rabiot; Griezmann; Benzema, Mbappe.

Substitutes: Mandanda, Maignan, Lenglet, Lemar, Giroud, Dembele, Tolisso, Zouma, Digne, Coman, Ben Yedder, Kounde.

Germany (3-4-3) Neuer; Rudiger, Hummels, Ginter; Kimmich, Gundogan, Kroos, Gosens; Havertz, Gnabry, Muller.

Substitutes: Leno, Trapp, Halstenberg, Volland, Werner, Sule, Klostermann, Neuhaus, San, Emre Can, Koch, Gunter.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).

BACA:  Kisah Bagaimana Perlawanan Jerman vs England Mengubah Bola Sepak Moden