Morocco Rai Kemenangan Dengan Sujud Syukur dan Kibaran Bendera Palestin

morocco palestin

Pasukan kebangsaan Morocco telah meraikan kemenangan mereka layak ke suku akhir Piala Dunia dengan sujud syukur dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti kepada negera yang ditindas itu.

Sepanyol yang berlatih 1,000 sepakan penalti telah ditewaskan oleh Morocco di penentuan sepakan penalti apabila permainan terikat tanpa jaringan selepas 120 minit permainan.

Morocco yang berada dalam benua Afrika dari segi Geografi menjadi negara Arab pertama mara ke suku akhir Piala Dunia, menewaskan Sepanyol 3-0 dalam penentuan sepakan penalti.

Dengan kejayaan ini, Morocco telah mencipta kejutan terbesar di Piala Dunia dan boleh menjadi Dark Horse selepas Jepun dan Korea Selatan yang mencipta sensasi selamat tersingkir.

Ketika pasukan Maghribi berkumpul di padang untuk meraikan, pemain menaikkan bendera Palestin bersama beberapa bendera Maghribi, tanda solidariti terbaru dengan rakyat Palestin pada Piala Dunia pertama yang diadakan di Timur Tengah.

Langkah tetap dibuat walaupun hubungan Morocco semakin rapat dengan Israel selepas menandatangani Perjanjian Abraham yang menormalkan hubungan antara dua negara.

Peraturan FIFA melarang paparan sepanduk, bendera dan risalah yang dianggap sebagai “bersifat politik, menyinggung perasaan dan/atau diskriminasi.”

Pada masa lalu, badan induk bola sepak, FIFA telah mengeluarkan denda kerana mempamerkan bendera Palestin di dalam stadium.

Ini bukanlah kali pertama pemain Maghribi mempamerkan bendera Palestin selepas kemenangan pasukan itu menentang Kanada semasa peringkat kumpulan minggu lalu.

Tuan rumah Piala Dunia, Qatar tidak mempunyai hubungan dengan Israel dan kekal sebagai penyokong perjuangan Palestin selama beberapa dekad atas dasar kenegaraan.

Israel telah menduduki wilayah Palestin di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat sejak Perang Enam Hari 1967 bertempur dengan negara-negara Arab.

Kira-kira 250,000 rakyat Palestin tinggal di Qatar yang mempunyai penduduk sekitar 2.9 juta yang kebanyakannya warga asing.

Maghribi juga merupakan satu-satunya pasukan dari luar Eropah atau Amerika Selatan yang layak ke peringkat lapan terakhir. Pasukan hanya sekali ke pusingan 16 namun gagal ke suku akhir iaitu pada Piala Dunia 1986 di Mexico.

Sepanyol disingkirkan oleh tuan rumah Rusia dalam penentuan sepakan penalti pada Piala Dunia 2018 dan oleh Itali pada separuh akhir Kejohanan Eropah tahun lepas.

Ini adalah kali kelima berturut-turut Sepanyol bermain masa tambahan dalam pusingan kalah mati kejohanan utama. Pasukan itu bermain selama 120 minit menentang Rusia dan bermain dalam semua perlawanan kalah mati di Euro 2020.

Maka tidak peliklah kenapa Luis Enrique memberi kerja rumah 1,000 sepakan penalti kepada para pemainnya. Maghribi dan Sepanyol adalah jiran rapat dengan hubungan geopolitik yang kompleks.

Morocco 0-0 Sepanyol (Penalti 3-0)

Usaha Sepanyol untuk mara ke suku akhir Piala Dunia pertama mereka sejak 2010 berakhir dengan kekecewaan dan kegagalan mereka terlepas semua sepakan penalti dalam kekalahan di penentuan penalti kepada Morocco.

Selepas 120 minit penguasaan tanpa jaringan, di mana Sepanyol mencipta 1019 hantaran, pasukan Luis Enrique menyerah kalah dalam penentuan penalti.

Amat dahsyat apabila sepakan dari Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets semuanya gagal di mana dua percubaan terakhir diselamatkan oleh penjaga gol Morocco, Yassine Bounou.

Ia meninggalkan Achraf Hakimi, pemain kelahiran Madrid dengan peluang untuk memenanginya yang disudahkan dengan Panenka begitu bergaya untuk menghantar Maghribi mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia mereka.

Maghribi dan penyokong riuh mereka merayakan secara meriah dengan Sepanyol dibiarkan kelihatan bingung, dan sudah pasti mempersoalkan pendekatan mereka.

Maghribi adalah pasukan Afrika keempat yang mara ke suku akhir Piala Dunia selepas Cameroon pada 1990, Senegal pada 2002 dan Ghana pada 2010.

Jurulatih Maghribi Walid Regragui telah menjadi pengurus Afrika pertama yang mara ke suku akhir Piala Dunia. perintis.

Maghribi akan bertemu Portugal dipusingan suku akhir dan mampukah mereka terus melakar kejayaan?

Morocco: Bounou, Hakimi, Aguerd, Saiss, Mazraoui, Ounahi, Amrabat, Amallah, Ziyech, En-Nesyri, Boufal.

Subs: Hamdallah, Zaroury, Sabiri, Mohamedi, Chair, Aboukhlal, Ezzalzouli, El Yamiq, Dari, Cheddira, Tagnaouti, El Khannous, Benoun,
Attiyat Allah, Jabrane.

Spain: Simon, Llorente, Rodri, Laporte, Jordi Alba, Gavi, Busquets, Gonzalez, Ferran Torres, Asensio, Olmo.

Subs: Sanchez, Azpilicueta, Garcia, Pau Torres, Morata, Koke, Williams, Raya, Balde, Guillamon, Pino, Carlos Soler, Carvajal, Sarabia, Fati.

Referee: Fernando Rapallini (Argentina)

BACA:  Croatia Sahkan Gelaran Dark Horse Terunggul Selepas Tundukkan Maghribi