Mourinho Kejar Eric Dier Yang Lari Tinggalkan Padang Untuk Melepaskan Hajat

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho telah mengejar Eric Dier yang secara tiba-tiba telah lari meninggalkan padang dengan tergesa-gesa menuju ke terowong ketika perlawanan sedang berlangsung.

Tindakan Eric Dier nyata telah mengejutkan ramai dan Jose Mourinho tidak gembira dengan tindakan pemain tersebut kerana ketika itu Spurs sedang ketinggalan satu gol.

Ketika ketiadaan Eric Dier di padang, Chelsea telah mendapat peluang untuk menggandakan kedudukan mujurlah tiada jaringan yang terhasil.

Melihat perangai pelik dan aneh Eric Dier yang meninggalkan padang dan Jose Mourinho segera mengejar untuk mengetahui apa yang terjadi bagi merungkai kesangsian di minda.

Mourinho jelas tidak gembira dengan tindakan Dier itu tetapi apabila mengetahui bahawa semua itu terjadi kerana panggilan alam dan Dier sudah tidak tahan untuk ke tandas.

Maka Mourinho yang marah dan tidak gembira itu akhirnya terpaksa juga menerima hakikat bahawa perkara sedemikian tidak berada dalam kawalan beliau.

Selepas perlawanan Eric Dier mengakui tindakannya itu telah membuatkan Mourinho naik angin dan hilang akal.

“Mourinho tidak gembira tapi tidak apa lagi yang dapat aku lakukan, panggilang alam telah menyeru.”

Eric Dier telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan aksinya dalam perlawanan menentang Chelsea ini telah dipuji oleh Jose Mourinho.

Mourinho selepas perlawanan telah ditanya mengenai insiden ini dan memberi penjelasan serta pasrah sahaja dengan apa yang terjadi.

“Beliau perlu pergi, aku tahu beliau perlu pergi.”

“Mungkin ini perkara normal bila kau dehidrate, bila ka tak da benda lagi kat otot, inilah yang terjadi.”

Mourinho juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan jadual yang padat bakal dihadapinya nanti dengan 4 perlawanan perlu dilalui dalam tempoh 8 hari.

Tottenham Hotspur * 1-1 Chelsea (Pen. 5-4)

Chelsea kandas di pusingan keempat Carabao Cup bagi musim 2020/21 selepas tewas kepada lawan yang merupakan pasukan yang juga berasal dari Kota London, Tottenham Hotspur di penentuan sepakan penalti.

Chelsea mendominasi perlawanan separuh masa pertama dan Timo Werner akhirnya berjaya membuka buka rekod jaringan bersama Chelsea selepas kelihatan agak bergelut dalam perlawanan sebelum ini.

Satu penyudah yang sangat klinikal ditunjukkan oleh Timo Werner dengan meletakkan bola ke bucu bawah gawang dengan satu rembatan rendah.

Bersambung Selepas rehat, Tottenham Hotspur mula untuk mencari gol penyamaan dan Sergio Reguilon yang membuat debut untuk Spurs dalam perlawanan ini nyata tidak mengecewakan.

Berbaki 7 minit permainan, hantaran silang Sergio Reguilon belayar melepasi tiga kepala pemain Chelsea untuk mengeluarkan bola dan jatuh tepat ke kaki Erik Lamela.

Tiada kawalan daripada pemain Chelsea ke atas Lamela dan mudah gol penyamaan itu dijaringkan dan mengheret perlawanan ke sepakan penalti tanpa sebarang masa tambahan.

Eric Dier, Lamela, Pierre-Emile Hojbjerg, Lucas Moura dan Harry Kane berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Spurs.

Manakala Tammy Abaraham, Cesar Azpilicueta, Jorginho dan Emerson juga tidak berdepan masalah untuk meletakkan bola ke gawang, Mason Mount menjadi penendang terakhir.

Mason Mount yang dilabel sebagai anak emas serta pemain kesayangan Frank Lampard gagal untuk menyempurnakan sepakan terakhir iaitu sepakan yang ke-10 selepas 9 lagi sepakan berjaya disempurnakan.

Tottenham Hotspur: Lloris, Alderweireld, Dier, Tanganga, Aurier, Fernandes, Ndombele, Sissoko, Reguilon, Bergwijn, Lamela.

Subs: Doherty, Hojbjerg, Sanchez, Kane, Hart, Lucas Moura, Davies.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Tomori, Zouma, Chilwell, Jorginho, Kovacic, Hudson-Odoi, Mount, Werner, Giroud.

Subs: Arrizabalaga, Kante, Barkley, Abraham, James, Havertz, Emerson Palmieri.

BACA:  Pelik Tapi Benar : Jose Mourinho Puji Luke Shaw