Mousa Dembele Pengsan Ketika Latihan

Mousa Dembele telah menimbulkan kegusaran dihati peminat bola sepak dunia apabila pitam dan jatuh pengsan secara tiba-tiba ketika sesi latihan bersama Atletico Madrid.

Kejadian seperti ini apabila terjadi kepada atlet dan pemain profesional yang menjaga dan dijaga kesihatan mereka secara sudah pasti menimbulkan kebimbangan.

Bekas pemain penyerang Lyon itu telah dipinjamkan ke Ateltico Madrid pada Januari lalu dengan pilihan perjanjian tetap hanya bermain 4 kali di bawah Diego Someone.

Ketika sesi latihan pada hari selasa bersama rakan sepasukan yang tidak terlibat dengan tugasan antarabangsa, Mousa Dembele dengan tiba-tiba rebah ke tanah.

Rakan sepasukan segera menggerumuni Mousa Dembele dan kelihatan pasukan perubatan turut hadir dan memberi bantuan sebelum Mousa Dembele kembali sedar.

Menurut laporan penulis La Liga Andrew Miller, pemain berusia 24 tahun itu hilang kesedaran seketika namun kembali sedar dan meninggalkan padang dengan kudrat sendiri.

“Penyerang Ateltico Madrid, Mousa Dembela telah rebah di sesi lalitah hari ini dan telah diberika rawatan perubatan.” Tulis Andrew Miller.

“Mousa Demebel telah kembali sedar dan mampu untuk berjalan sendiri meninggalkan padang tetapi akan diteruskan pemantauan dan akan menjalani ujian perubatan hari ini.”

Selepas kejadian, Mousa Dembele dilihatdan sempat dirakam memandu kereta pulang secara sola ke rumah dengan senyuman dipancarkan dari wajahnya yang ayu.

BACA:  Syarikat Ini Rugi RM2 Juta Kerana Mencetak 18,000 Baju 'England World Cup Winners'