Thomas Muller menganggap pemain muda sensasi ketika menentang Barcelona, Alphonso Davies seperti watak kartun lagenda dan popular, Road Runner yang terkenal dengan bunyi ‘Meep, Meep’ bagi pasukan Bayern Munich.
Kalau kau tak pernah tengok atau dengar pasal kartun Road Runner yang merupakan seekor burung yang laju ditanah ni bermakna kau lagi muda dari penulis la.
Road Runner merupakan karakter kartun dari Looney Tunes dan Merrie Melodies yang sentiasa bercakaran dengan Wile E. Coyote atau lebih dikenali dengan The Coyote yang merupakan seekor serigala.
Coyote yang kelaparan sentiasa mengejar Road Runner untuk menjadi santapan tetap selalu gagal. Macam Tom and Jerry.
Dalam perlawanan Der Klassiker yang menemukan pasukan Bayern Munich dan Borussia Dortmund beberapa bulan lalu, Alphonso Davies berjaya menjadi antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.
Pemain muda itu mampu bersinar dalam perlawanan penting yang menentukan kedudukan pertama dalam saingan liga.
Perlawanan ini menemukan Bayern Munich dengan tempat ke-2 saingan Bundesliga Borussia Dortmund, dan ia menjadikan pertarungan ini lebih menarik untuk disaksikan.
Watch Thomas Muller’s hilarious Alphonso Davies roadrunner impression https://t.co/UiTwhjzomF
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) May 27, 2020
Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka musim ini seperti Robert Lewandowski untuk Bayern Munich, dan Erling Braut Haaland untuk pasukan Borussia Dortmund.
Alphonso Davies yang kini baru berusia 19 tahun cemerlang beraksi untuk membantu pasukannya menewaskan Dortmund 1-0 di Signal Iduna Park.
Pemain remaja itu sentiasa membuat larian yang luar biasa laju ketika beraksi dalam perlawanan ini, baik ketika bertahan mahupun menyerang.
Menurut data statistik dari perlawanan tersebut, Alphonso Davies berjaya mencatatkan kelajuan larian 21.9mph(35.3km/j).
Just when you thought you beat @AlphonsoDavies… 🌬️ pic.twitter.com/4VFcWnIEHI
— B/R Football (@brfootball) May 26, 2020
Beliau mencatatkan kelajuan itu ketika aksinya sedang mengejar penyerang muda sensasi Dortmund, Erling Haaland.
Rakan sepasukannya, Thomas Muller menganggap beliau ibarat Roadrunner di atas padang. Menurut Muller kelajuan Alphonso hanya mampu digambarkan dengan bunyi meep meep meep meep.
“Alphonso, yeah dia beraksi dengan baik dan hebat, mempunyai kekuatan yang luar biasa. Ketika pihak lawan merasakan mereka mempunyai masa, dengan tiba-tiba, Meep Meep Meep Meep, the roadrunner pun sampai.”
Menurut Muller lagi, Alphonso sering berada dalam posisi yang tidak tepat ketika di atas padang, namun beliau tetap berjaya untuk buat recovering kerana mempunyai kepantasan yang sangat luar biasa dan pemain itu sangat rajin.
Muller juga bergembira dengan kemenangan itu dan menyatakan bahawa Joshua Kimmich berjaya memanipulasi Roman Burki yang lemas terkena bola lopnya.
Boleh dilihat penjaga gol itu terpaksa mara lebih kedepan untuk menutup angle beliau namun tetap dilemaskan oleh Kimmich.
Bekas penyerang pasukan setan merah, Romelu Lukaku turut memuji Alphonso Davies melalui laman twitter miliknya:
Romelu Lukaku is all of us watching Alphonso Davies ⚡️ pic.twitter.com/nv6KFk2nZX
— ESPN FC (@ESPNFC) May 26, 2020
Aksi pecutan Alphonso Davies itu sememangnya luar biasa. Beliau memiliki acceleration yang sangat cepat. Pada masa yang sama memiliki sentuhan yang kemas.
Watching Alphonso Davies play for my football club gets better every day. We hit the jackpot with this kid & the fans of certain other clubs just can’t stand it.
— Complaxes (@Complaxes) May 26, 2020
Alphonso Davies memiliki ketenangan terutama sekali apabila mengambil kiea usia muda beliau bermain dalam Der Klassiker.
Bukan mudah untuk menewaskan Erling Haaland yang sudah beberapa langkah dihadapan dan beliau mengejar bintang Norway itu dengan begitu tenang.
Watch Alphonso Davies chase back and stop Haaland. World Class. pic.twitter.com/3I5svuW4aU
— Eagle-Eyed Social Media User Dan Why-Ner (@DanWeiner) May 26, 2020
Alphonso Davies turut mencatatkan statistik yang luar biasa dalam aksi Der Klassiker pada kali ini. Beliau terlibat dalam 95 sentuhan bola, 42 pecutan, 19 duels, 7 recoveries, 5 gelecekan berjaya, 2 bentesan, 2 clearances dan 2 cross.
Alphonso Davies' game by numbers vs. Borussia Dortmund:
95 touches
42 sprints
35.3 top speed (km/h)
19 duels contested
7 recoveries
5 take-ons completed
2 tackles made
2 clearances
2 crosses
1 foul conceded
0 goals concededAbsolutely lightning. pic.twitter.com/vlmWC5g45Y
— Squawka Football (@Squawka) May 26, 2020
Alphonso Davies Ayamkan Messi Dan Rakan-rakan
Itu aksi dulu yang padu daripada Alphonso Davies sehingga digelar Road Runner oleh Thomas Muller dek kerana kelajauan lariannya yang tidak boleh di bawa bincang malah telah mendapat pujian Romelu Lukaku.
Bayern Munich jelas telah memalukan Barca di suku akhir Champions League. Sukar menjelaskan dan diterima akal keputusan 8-2 dan bagaimana bahagian pertahanan Barcelona diperlekehkan begitu sahaja.
Walaupun tidak menjaringkan gol, kelibat Davies mencuri tumpuan apabila berjaya menewaskan hampir separuh pemain pasukan barcelona dengan lariannya, sebelum menghasilkan assist untuk gol kelima Bayern melalui Joshua Kimmich.
Aksi pada minit ke-62 oleh Davies membuktikan kemampuan dan ancaman yang boleh diberi oleh pemain ini.
19 years old and humiliating Barcelona at the biggest stage, Alphonso Davies. pic.twitter.com/nBsr8s3lAd
— Galu (@PSGalu) August 14, 2020
Pada ketika Bayern sedang mendahului 4-2, Davies menewaskan Messi, membuatkan Arturo Vidal kelihatan bingung, sebelum memalukan Nelson Semedo dan Gerard Pique untuk menghasilkan bantuan gol buat Joshua Kimmich.
Pengulas BT Sport Darren Fletcher menanggap Davies sebagai pemain full-back terbaik di dunia dengan aksinya itu.
Davies membesar di Edmonton, Kanada. Kedua-dua ibu dan bapa kepada Davies melarikan diri dari Liberia ke ketika perang saudara. Davies sendiri dilahirkan di kem pelarian di Ghana sebelum bersama kedua orang tuanya berhijrah ke Kanada pada usia 5 tahun.
"That was my dream and my dream came true." 🔴⚪@AlphonsoDavies @ChampionsLeague #MissionLis6on #MiaSanMia pic.twitter.com/htgXD5A8dz
— FC Bayern English (@FCBayernEN) August 13, 2020
Bakat beliau dikesan oleh Bayern di usia remaja ketika Davies beraksi bersama Vancouver White Caps FC – kelab Kanada yang beraksi di Major League Soccer (MLS).
Musim lalu, beliau segera dipancing oleh Bayern dan muai beraksi bersama feeder team kelab Bavarian itu, Bayern Munich II.
Debut bersama skuad senior Bayern Munich pula tiba pada 27 Januari tahun lalu, dan sejak daripada itu telah tampil dalam lebih 25 perlawanan untuk juara Jerman tersebut.
Inilah serba sedikit kisah hidup Alphonso Davies yang mempunyai kelajuan yang padu seperti Road Runner yang kini dalam proses untuk menjadi antara pemain terbaik dunia.