Neville Dan Carragher Terlibat Dalam Perdebatan Panas Tentang Messi Dan Ronaldo

Neville dan Carragher terlibat dalam perdebatan panas tentang Messi dan Ronaldo.

Situasi di studio Sky Sports menjadi semakin panas ketika Gary Neville menamakan Cristiano Ronaldo sebagai pemain bola sepak terhebat pernah ada di dunia ini.

Cristiano Ronaldo telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi debutnya bertemu Newcastle United hujung minggu lalu.

Beliau berjaya meledak dua gol ketika membantu setan merah menewaskan Newcastle United 4-1 dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.

Kehebatan Ronaldo ketika aksi debutnya telah mencetuskan satu lagi perdebatan hangat tentang siapa pemain terhebat sepanjang zaman antara beliau dengan Lionel Messi.

Tentang Ronaldo, Neville menyatakan di Monday Night Football:

“Saya dapat rasakan, dengan rekod gol antarabangsa dia, Champions League dan pelbagai lagi perlawanan yang dia jaringkan gol, ia membawa saya untuk berfikir yang dia adalah pemain terhebat sepanjang zaman.”

Jamie Carragher dengan segera membalas kenyataan dari Gary Neville dengan menyatakan:

“Tidak ada sesiapa yang tak minat dengan Ronaldo atau Messi. Ronaldo bukan pemain terhebat sepanjang zaman.”

“Tidak kira bagaimana bola itu masuk menerjah jaring… Messi ada rekod jaringan yang lebih bagus berbanding Ronaldo. Dia juga seorang perancang, Messi boleh cipta permainan sendiri, Ronaldo tak mampu.”

Carragher kemudiannya turut membalas kenyataan dari Neville dengan menyatakan yang Ronaldo merupakan pemain yang beliau akan keluarkan dari padang sebagai seorang pengurus, dan turut menyatakan Messi sering menjaringkan gol ketika dimasukkan sebagai pemain gantian.

Bekas bintang Liverpool itu kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Ronaldo mungkin boleh lakukan hal yang Messi tak boleh, tapi Messi bawa kamu ke tempat yang kamu sebenarnya tak boleh percaya dengan apa yang kamu lihat.”

“Ronaldo lakukan hal yang sudah kebiasaannya pemain lain lakukan… Messi pula lakukan hal yang kita tak pernah lihat sebelum ini.”

“Ronaldo merupakan pemain yang lebih lengkap dalam kebanyakkan aksi dalam satu perlawanan.”

“Messi boleh atur permainan, Ronaldo tak mampu lakukan itu.”

Sepertinya perdebatan tersebut berakhir dengan Neville dan Carragher masing-masing bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan masing-masing.

Bekas bintang Manchester United itu mendakwa yang mempertahankan hujah beliau adalah sama seperti berdebat dengan kanak-kanak berusia lima tahun.

Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan yang kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke bumi Old Trafford sebenarnya telah membawa pelbagai impak yang positif.

Para peminat turut beranggapan yang pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu bakal menjadi individu yang akan membawa United untuk memenangi gelaran Premier League pertama mereka dalam tempoh lapan tahun ini.

Namun Neville tidak begitu yakin hal itu akan berlaku pada musim ini, walaupun beliau memandang tinggi pada bakat dan kemampuan Ronaldo.

Neville kemudiannya menambah ucapan beliau dengan menyatakan:

“Dia berjaya buatkan pasukan nampak lebih bagus.. dia buatkan mereka semua nampak mahu menang kejuaraan sejak dari awal ketibaannya lagi.”

“Sesuatu dalam diri saya beritahu saya yang saya tak rasa dia akan mampu untuk bantu membawa United memenangi liga pada musim ini.”

Neville mungkin betul kerana Man Utd masih mempunyai masalah di beberapa posisi pada ketika ini terutama di bahagian defensive midfielder.

Seandainya setan merah mampu menandatangani pemain defensive midfielder baru pada jendela perpindahan Januari nanti, tak mustahil untuk melihat beraksi dengan lebih baik lagi.

Dan tidak keterlaluan juga untuk katakan yang mereka merupakan pilihan utama untuk memenangi gelaran liga dan Champions League pada musim ini.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Carragher: Manchester United Tidak Lagi Bermain Dalam Ketakutan