Neymar Cipta Assists Yang Sungguh Menakjubkan Ketika Bantu Brazil Mara Ke Final Copa America

Neymar berjaya mencipta assists yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Brazil untuk mara ke perlawanan akhir saingan Copa America.

Beliau berjaya menghasilkan gerakan yang sememangnya menakjubkan ketika melakukan hantaran untuk Lucas Paqueta meledak gol kemenangan Brazil.

Brazil bertemu Peru di peringkat separuh akhir pagi tadi, dengan mereka sebenarnya sudah saling bertemu ketika peringkat kumpulan sebelum ini.

Neymar sekali lagi membawa masalah besar kepada skuad Peru yang terpaksa menerima kekalahan kepada jiran serantau mereka itu.

Penyerang Paris Saint Germain itu berjaya menjaringkan gol ketika membantu Brazil membelasah Peru 4-0 dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Ketika pertemuan kedua bertemu Peru di peringkat separuh akhir, Neymar berjaya mempamerkan skill yang mantap dengan mengayam-ayamkan tiga pemain pertahanan lawan sebelum melakukan hantaran kepada Lucas Paqueta.

Melihatkan kepada skill beliau menganjing pertahanan lawan membuktikan mengapa Neymar sering menjadi mangsa kekasaran dari pasukan lawan.

Beliau terlalu lincah dan kemahiran gelecekan beliau juga sungguh mengagumkan dengan aksinya dalam perlawanan ini membuktikan segalanya.

Pada minit ke-35 permainan, beliau dengan tenang mengayam-ayamkan tiga pemain pertahanan Peru menggunakan skillnya yang lincah di dalam kotak penalti lawan.

Selepas berjaya mengawal bola dan melepasi tiga pemain pertahanan lawan, Neymar melorongkan bola tepat menemui pemain midfield Lyon, Paqueta yang berjaya memasukkan bola ke dalam gawang gol yang sudah tebuka luas untuknya.

Selain tiga pertahanan, Neymar juga turut berjaya memperbodohkan penjaga gol lawan dan kerana itulah tugas mudah untuk Paqueta menyumbat gol ke gawang Peru yang kosong selepas kerja sempurna yang dilakukan oleh bintang PSG itu.

Tidak dinafikan assists tersebut sememangnya cukup cantik dan sungguh menakjubkan dan tidak keterlaluan juga untuk katakan yang ia boleh dianggap assist of the tournament.

Brazil turut tanpa kelibat Gabriel Jesus di peringkat separuh akhir ini, selepas bintang Manchester City itu digantung kerana melakukan aksi karate kick di peringkat suku akhir.

Richarlison telah diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk skuad Brazil dengan beliau bermain di posisi hadapan dan Everton bermain di bahagian sayap.

Neymar dan rakan sepasukannya meraikan kemenangan mereka

Paqueta berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan di peringkat suku akhir bertemu Chile sebelum ini dan bekas midfield AC Milan itu sekali lagi melakukan hal yang sama di peringkat separuh akhir bertemu Peru.

Kejohanan ini sepatutnya dijalankan di Argentina dan Colombia, namun kerana masalah pandemik yang teruk melanda, kedua-dua negara itu telah melepaskan hak tuan rumah kepada Brazil.

Dan kedua-dua pasukan itu juga akan bertemu sesama sendiri esok dalam perlawanan peringkat separuh akhir dengan pemenang akan bertemu Brazil dalam aksi perlawanan akhir saingan Copa America 2021.

Neymar berkemungkinan akan bertemu dengan bekas rakan sepasukannya bersama Barcelona, Lionel Messi di perlawanan akhir nanti seandainya Argentina berjaya menyingkirkan Colombia.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu ketika ini sedang dalam rentak persembahan terbaiknya dan beliau benar-benar bertekad mahu menjulang Piala pertamanya dalam saingan bola sepak antarabangsa.

Ketika aksi peringkat suku akhir sebelum ini, Messi telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan terlibat dalam kesemua tiga gol yang dijaringkan oleh Argentina dalam perlawanan bertemu Ecuador itu.

Bintang berusia 34 tahun itu berjaya mencatatkan dua assists sebelum meledak gol yang luar biasa cantik menerusi sepakan percuma di akhir minit permainan.

Beliau kini merupakan penjaring terbanyak kejohanan selepas menjaringkan empat gol dan Messi berpeluang untuk luaskan lagi rekodnya selepas ini ketika bertemu Colombia.

Argentina dan Brazil kedua-duanya merupakan pilihan utama untuk memenangi kejuaraan Copa America tahun ini dengan kedua-dua mereka sedang dalam rentak persembahan terbaik masing-masing.

Argentina harus memastikan mereka mampu untuk menewaskan Colombia dalam aksi peringkat separuh akhir awal pagi esok untuk mara ke perlawanan akhir seterusnya membantu Messi memenangi Piala pertamanya bersama skuad kebangsaan.

Jika Brazil bertemu Argentina dalam aksi perlawanan akhir nanti, maka ia akan menjadi final impian ramai dan jelas akan sangat berbaloi untuk ditonton.

Sumber: Copa America

SB

BACA:  Neymar Dilayang Kad Merah dan Sambung Bertumbuk Dalam Terowong