Neymar Copy Ori Berjaya ‘Memperbodohkan’ Peminat, Media Dan Sekuriti Di Piala Dunia

Neymar Copy Ori yang merupakan seorang lelaki mirip kepada bintang Brazil telah berjaya ‘memperbodohkan’ peminat, media dan juga sekuriti ketika berada di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Peminat bola sepak menyangka mereka mungkin telah melihat kelibat dan bertemu dengan bintang Brazil, Neymar di tempat penonton semasa Brazil menang 1-0 ke atas Switzerland.

Ternyata peniru atau penyamar atau Doppelganger itu melakukannya dengan sangat baik sehingga ramai percaya lalu mengambil kesempatan dengan keistimewaan status selebriti yang dimiliki Neymar.

Seorang penyamar Neymar yang luar biasa dilihat mengambil swafoto dengan peminat sebelum berjaya mendapatkan akses masuk ke padang sambil diiringi oleh pegawai keselamatan rasmi Qatar.

Keterujaan peminat dapat bergambar serta berselfie dengan Neymar copy ori itu jelas kelihatan dan kegembiraan terpancar dari wajah mereka.

Penyamar itu menyamar dengan hampir sempurna dengan sosok tubuh, ketinggian, wajah dengan berjambang serta penampilannya mirip kepada Neymar boleh membuatkan ramai terpedaya.

Dengan mengenakan kaca mata serta topi berjaya menutup ketidaksamaan wajahnya berbanding Neymar dan dia tidak kekok untuk melayan peminat dengan mesra.

Neymar telah terlepas perlawanan Piala Dunia selepas mengalami kerosakan ligamen buku lali semasa perlawanan pembukaan pasukan Amerika Selatan itu.

Pemain sayap Brazil itu juga menyiarkan gambar dalam talian menonton perlawanan dari bilik hotelnya dengan balutan diikat pada buku lalinya ketika penyamarnya sibuk melayan peminat di stadium.

Neymar telah mengalami kecederaan buku lali yang kelihatan mengerikan berikutan terjahan keras amat daripada pemain pertahanan Serbia, Nikola Milenkovic.

Tetapi itu tidak menghalang Neymar Copy Ori daripada memanfaatkan sepenuhnya keadaan itu, tanpa Neymar di stadium lebih senang untuk meyakinkan orang ramai.

Peminat berteriak di sekeliling penyamar itu kerana dia kelihatan diiringi oleh kakitangan keselamatan dengan bib kuning dan lanyard ketika masuk ke padang melalui terowong.

Penonton cepat-cepat mengeluarkan telefon mereka kerana percaya mereka berada terlalu dekat secara peribadinya dengan sensasi bola sepak dunia itu.

Kesempatan seperti ini tidak selalu terjadi maka mereka pasti mahu mengabadikan detik itu dengan bergambar dan berselfie bukan untuk sekadar nak raso-raso.

Nampaknya bukan peminat bola sepak sahaja yang tertipu.

‘Doppleganger’ itu mempunyai akaun TikTok yang bernama ‘sosianey‘ dan juga telah memuat naik serta menyiarkan video di mana dia diiringi masuk ke padang oleh kakitangan keselamatan.

@sosianey

#copadomundo #copadomundo2022 #qatar #foryou #neymar

♬ Evoque Prata – MC MENOR HR & MC MENOR SG & DJ ESCOBAR

Beberapa pengawal yang bertugas terus bergegas ke arah ‘pemain bola sepak’ untuk mengambil gambar dengannya, mungkin percaya mereka mendapat detik satu lawan satu dengan bintang Brazil itu.

Kisahnya seleapas itu tidak jelas sama ada dia diminta meninggalkan stadium oleh pihak keselamatan atau mereka yang ada di situ terus terpedaya sehingga kini.

Mereka tidak bersalah kerana tertipu kerana penyamar itu kelihatan sama seperti bekas pemain Barcelona dari segi tatu, rambut, jebeng, muka dan size badannya.

Anda boleh memaafkan mereka kerana tealah ditipu dan satu-satunya perkara yang tidak sama antara penyamar dan Neymar itu ialah buku lali yang bengkak.

Malah media dan penyiar terkenal, AS Fox Soccer juga telah tertipu oleh Neymar copy ori itu, AS Fox Soccer memuat naik video penyamar ke media sosial ketika mereka terserempak di Doha.

“Neymar dilihat berjalan di sekitar Doha 👀”

Namun selepas itu dari komen orang ramai, AS Fox Soccer telah sedar bahawa mereka telah tertipu dan membuat kemas kini:

“KEMASKINI: kami mendapat. Neymar mempunyai doppelgänger yang sangat meyakinkan 😅🤣”

BACA:  Neymar Dedahkan Lima Pemain Yang Berkemahiran Teknikal Sepertinya