Neymar telah diserang oleh peminat yang taksub dengannya ketika beliau bersama skuad kebangsaan Brazil tiba di hotel kediaman mereka.
Dua penyokong yang terlebih teruja itu berlari lalu memeluk kaki Neymar hingga mencetuskan kekecohan dan mengejutkan bintang Brazil itu.
Insiden yang agak mengerikan itu telah dirakam dan video rakaman tersebut tular di media sosial.
Neymar Bum Rushed By Crazed Fans at Brazil Team's Hotel, Limps Away https://t.co/saqPuq8l3J
— TMZ (@TMZ) June 4, 2021
Para peminat bimbang pemain berusia 29 tahun itu dibelenggu masalah kecederaan dengan beliau ketika ini sedang dalam persiapan untuk aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia dan saingan Copa America.
Skuad kebangsaan Brazil ketika itu baru saja tiba dengan para pemain mahu turun dari bas dan menuju masuk ke hotel kediaman mereka.
Dengan tiba-tiba dua penyokong yang terlalu taksub dengan Neymar telah merempuh pengawal keselamatan demi untuk berjumpa dengan bintang PSG itu.
Dek kerana mereka berlari terlalu pantas, kedua-dua mereka telah tergelincir dan melanggar Neymar sebelum pihak pengawal keselamatan menarik mereka.
Neymar 🇧🇷 fans crossed the security and ended up running over the Brazilian. The PSG star limped into the hotel where his national team is staying. [@okdobleamarilla] #Neymar #PSG
pic.twitter.com/gRrLkpXO1x— RouteOneFootball (@Route1futbol) June 4, 2021
Salah seorang peminat dilihat cuba bergambar dengan Neymar walau dirinya ditarik oleh pengawal keselamatan, sementara seorang lagi yang awalnya sudah tergelincir itu telah memeluk erat kaki bekas bintang Barca itu.
Peminat tersebut memegang kaki Neymar dengan sangat kuat hingga memerlukan ramai pengawal keselamatan untuk menariknya.
Setelah berjaya melepaskan diri, Neymar dilihat memegang kakinya dan sedikit terhencot ketika berjalan mungkin beliau terasa sakit di pergelangan kakinya.
Kesakitan itu mungkin berpunca dari pelanggaran dan dipeluk kuat oleh peminat itu, dengan kasut Neymar turut hilang ketika insiden tersebut berlaku.
Bintang berusia 29 tahun itu kemudiannya meneruskan perjalanan beliau untuk masuk ke hotel namun jelas menahan kesakitan di bahagian kakinya.
Un supporter brésilien a littéralement sauté sur #Neymar alors qu’il rejoignait l’hôtel. Petite alerte physique au regard des images 😟🇧🇷 #PSG pic.twitter.com/4lfWhsgaI0
— ParisTeam (@Paristeamfr) June 4, 2021
Ketika artikel ini ditulis, pengurus Brazil, Tite masih belum memberi apa-apa maklum balas berkait kecederaan atau perkembangan terbaru tentang Neymar.
Neymar sempat melambai kepada peminat yang berada di sekitar hotel tersebut sebelum beliau diserang oleh dua peminat itu.
Semoga saja beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dek kerana insiden tersebut dengan peminat itu sendiri sepertinya jelas tidak sengaja untuk melanggar beliau.
📽 Neymar foi atropelado na chegada ao hotel após o treino 🥺😅!!!
Tomem cuidado com o pé dele gente… 🙏🏼 pic.twitter.com/n5NoijW6SX— Memesneymar 🔛 (@memesneymar) June 4, 2021
Ketika berbicara tentang kecederaan, Neymar sememangnya sering dibelenggu masalah kecederaan apabila ada perlawanan penting yang melibatkan skuad kebangsaan Brazil mahupun PSG.
Beliau sebelum ini telah terlepas keseluruhan aksi Copa America pada tahun 2019 kerana masalah kecederaan di bahagian pergelangan kakinya.
Pada tahun 2014 pula, Neymar telah mengalami kecederaan diperingkat suku akhir saingan Piala Dunia bertemu Colombia, dan menyebabkan beliau terlepas aksi separuh akhir bertemu Jerman.
These kids were so excited to see Neymar they almost floored him 😳
(via @memesneymar)pic.twitter.com/1rNL9sogOk
— ESPN FC (@ESPNFC) June 4, 2021
Jadi ia jelas sebarang sentuhan ke atas Neymar, bakal memberikan kesan yang buruk pada skuad Brazil, dan melihat kepada cara beliau berjalan, sepertinya beliau benar-benar menahan kesakitan.
Semoga saja Neymar tidak apa-apa selepas melalui insiden yang aneh dan mengerikan itu.